Pages

25 June 2012

Menaip lagi


Assalamualaikum & salam sayang

Dah pukul 12.15 am tapi mata belum lagi ditutup dek kerana aku yang paksa untuk terus membuka mata. Yes!! aku akui menikmati kesunyian waktu malam sambil memasang angan untuk masa hadapan adalah salah satu hobi yang selalu aku lakukan tapi jarang dapat buat./*pelik tak ayat nie??. Satu kenikmatan yang amat aku syukuri kepada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi kehidupan kepada aku. Masih lagi memberi peluang kepada aku untuk berada bersama keluarga aku,untuk merasa bahagia,untuk ketawa,menangis,dan segala kesusahan yang pasti akan ada bayaran nya,yang pasti bayaran nya adalah kesenangan dunia akhirat yang selalu aku pinta.

Diberi kesempatan untuk menaip untuk blog pun masih aku syukuri. Aku ber'blog bukan untuk mencari populariti ataupun duit tapi aku ingin lakukan sesuatu di waktu remaja aku,dan yang pasti aku tahu setiap apa yang aku tulis dalam blog nie adalah pengalaman aku di waktu remaja. Peengalaman inilah yang telah mengajar erti kematangan kepada aku.

Pelajaran? Yes,aku gagal lagi untuk capai apa yang telah aku target. Tapi kenapa? Kerana aku gagal kawal diri aku. Aku hanya tahu hal yang boleh membuat aku seronok tetapi tidak pernah mahu cari jalan yang betul untuk berjaya. Cikgu dah mula tegur prestasi aku. Dia mintak aku kembalikan kegemilangan yang telah aku buat time PMR. Mampukah aku??Insyallah,untuk ma dan abah dan demi cita-cita aku nak jadi pilot aku pasti mampu.


Share with the world:

No comments:

 
Designed by Beautifully Chaotic