Pages

28 December 2012

Segment : King Follow Back by Amercorner

Assalamualaikum & Salam Sayang



klik banner untuk join..
sorry ninie xde prinscreen..hehe..follower sekarang 167..




23 December 2012

Free Template

Assalamualaikum & Salam Sayang

Here i come..haha..Hari nie tangan begitu gatal sekali nak mendesign tapi photoshop pulak dah terdelete sebab notebook nie baru aje kena format..Virus punya pasal semua hasil kerja aku dah lenyap tanpa boleh dikesan lagi..sob..sob..sob..

Disebabkan begitu bosan dengan template blog yang lama,aku terus search di internet dengan bantuan mr google untuk mencari dermawan2 yang sudi mendesign blog secara percuma. Kitakan suka sangat-sangat dekat barang free2 nie so rembat aje lar apa yang ada depan mata..

Banyak lagi template design yang cantik-cantik korang boleh dapatka di skincorner..Jangan risau mereka gunakan kod-kod yang sangat-sangat simple dan mudah untuk diredesign mengikut citarasa. Tapi ingat minta kebenaran owner dia dulu sebelum edit apa-apa yea..

Thats all from me..simple quick entry..:)

20 December 2012

Far Away

Assalamualaikum & Salam Sayang
Semakin hari semakin bertambah bilangan hari..
semakin hari semakin bertukar ganti bulan dan tahun..
semakin hari semakin dewasa dan meningkat usia seorang remaja..
dan..
semakin hari juga semakin jauh remaja itu daripada penciptaNya...
Kenapa dan mengapa hanya dia yang tahu..Mungkin dia mengharapkan satu kejayaan
yang besar datang kepada nya tapi dalam masa yang sama dia sudah tahu
pelbagai kemungkinan bakal dia hadapi dek kerana kesalahan yang tidak mampu dia hapuskan lagi
melainkan dia terus bangkit dan bangkit untuk memohon keampunan daripada yang maha esa..
Tapi..
kenapa dia masih tunggu dan terus menunggu???
dia sepatuntya bangun dan terus berusaha melawan segala perkara yang akan membawa penyiksaan kepada
dirinya??
kenapa dia terus hanyut??
kenapa dia terus membiarkan dirinya berada dalam kegelapan??
kenapa dia masih tidak mencari sedikit cahaya untuk meneranginya??
kenapa dan mengapa hanya dia yang ada jawapan nya..
dia yang seharusnya menjawab kelak..

17 December 2012

Segmen Up Follower Bulan Disember

Assalamualaikum & Salam Sayang

Tambahkan follower blog..best jugak selalu join segmen daripada rakan-rakan blogger..selain dapat tambah follower dapat jugak kenal rakan-rakan blogger yang lain..:)

14 December 2012

what happen to me??

Assalamualaikum & Salam Sayang
suka sangat dengan gambar nie tak tahu kenapa??uhhh..
Haihh mak aihh dah lama aku biarkan blog terus berhabuk,bersarang tanpa dicuci sedikit pun dengan entry-entry terbaru. Memang tak logik kalau aku kata aku sibuk,dah sah-sah aku tipu pembaca blog aku. Aku tak sibuk langsung tak sibuk,spm dah habis. Aku cuma duk goyang kaki dekat rumah,makan tidur makan tidur aje kerja tetap aku sekarang nie. Ma aku memang dah mula bising sibuk dok suruh aku kerja dekat econjaya dekat tempat tinggal lama aku. Fikir punya fikir bab-bab nak naik teksi bas bagai nak pergi kerja memang aku malas. Lastly,aku decided bulan januari 2013 nanti aku ke JB. Duk dengan cousin dekat sana tolong dia punya bisnes..Tukar haluan,tukar tempat tinggal dan tingalkan kenangan lama di kelantan buat sementara waktu sebelum aku mula study balik..
Tapi kan tapi kan tak sure lagi la nak pergi ke JB..tadi dok online dekat facebook,ada laa cikgu sekolah aku nie dok post dekat group sekolah aku pasal tawaran dia dekat pelajar lepasan spm dan stpm yang berminat nak belajar fotografi dengan dia. Yang best nya die nak ajar dengan percuma. Giler maut nak tolak tawaran keemasan yang aku idam-idamkan sejak dulu lagi..Ingat nak discuss dengan kawan-kawan pasal nie kalau ada 5 orang ke atas yang berminat nak join cikgu tuu nak ajar laa. Dari tadi lagi aku dok sebut cikgu tuu cikgu tuu nama dia cikgu Husmira. Cikgu yang mengajar subjek seni. Tapi tak berapa rapat la dengan aku. Yewla dia ajar seni,aku tak hambik seni aku hambik sains yang semakin hari semakin nak bunuh aku..
Bercakap pasal aliran sains nie,aku nak nasihat kat adik-adik yang bakal spm dan bakal memilih aliran untuk teruskan pengajian di peringkat spm,kalau korang betul-betul tak minat untuk belajar sains jangan pilih aliran sains. Kalau tak pandai boleh ajar tapi kalau tak ada minat susah untuk pupuk kembali.Tapi nak berminat macam mana kalau tak belajar lagi??ni satu hal lagi. Macam nie laa senang,minat terhadap sesuatu aliran adalah asas yang korang perlukan untuk teruskan dengan aliran tuu. Jadi secara ringkasnya,korang kena ada minat dulu walau sebesar kuman pun tak apa,untuk besarkan lain kira..Tapi apapun atas diri sendiri jugak Ada minat tapi tak ada usaha,kirim salam lar,tak jalan jugak..
Wah lama jugak cik ninie nie membebel erk..Dah tak hengat dunia..Sebelum aku stop menaip nak promote satu novel hasil karya melur jelita,dah lama dah novel nie keluar tapi masih jugak nak promote..Tajuk novel "AWAK SUKA SAYA TAK??"suka-suka aku je lebih-lebih menjawab..aku jamin korang pasti suka..wheee
nie memang tak ade moif langsung..Kerja part time aku sekarang nie selain dok menghadap novel
sepenuh masa..huhue..

10 December 2012

Segmen Kami Team Follow Back By Addreena

Assalamualaikum & Salam Sayang

join us now!!..jadi geng team follow back reramai ok:)
current follower : 142
target : 160

Tagging  :
syaza

08 December 2012

Cool Blog

Assalamualaikum & Salam Sayang




C.O.O.L..yeah its really cool babe..Bukan setakat lelaki je yang perlu cool sekarang nie tapi minuman tuu jugak mesti cool baru lah keinginan untuk menikmatinya betul-betul bermakna..Dekat tempat aku nie kalau nak perkena kan cool blog nie memang agak susah lar jugak,ada tapi tak banyak..Yang selalu aku pergi nya dekat KB Mall tuu aje lar..Tuu pun terpaksa beratur panjang always,boleh dikatakan setiap kali aku pergi mesti penuh punya lar kedai cool blog nie dekat KB Mall..Kalau macam nie lar setiap hari,i cadangkan mr owner cool blog nie kasi bukak banyak-banyak lagi kedai die..Bukan ape,orang ramai suka tapi kedai terhad..(pepandai je kau bagi cadangan dekat orang kan ninie??)

Eh,betul hape cadangan aku nie??ada sesiapa membantah??dah sah-sah memang tak ade lar kan...huhue..
Semua sudah maklum kan,heliza helmi dah terpilih as duta cool blog nie. pilihan tepat pihak cool blog buat..Heliza memang sesuai sebagai duta cool blog,perwatakkan dia yang always cute dan bersih aje memanjang boleh buat orang ramai terasa cool!!!..


tengok,even lori penghantar cool blog pun ada gambar heliza,bila kita dapat macam nie jugak erk??nak jugak gambar tuu bertempek dekat lori macam nie..hehe..Awesome!!..Ingat hari ahad nie nak keluar pergi KB mall lar,dah lama tak dapatkan cool blog nie,sampai mukar dah tak cool lagi dah nie..Lagi pun ada orang yang nak belanja kan,kita terima aje,rezeki jangan di tolak yea..Boleh singgah rumah nenek kejap dengan dia,dah lama tak pergi rumah nenek dengan dia..Kali terakhir dia bawak aku pergi rumah nenek tahun lepas rasanya,but masa tuu kita orang tak berapa rapat lagi..



Haa,dah tercerita hal lain pulak..Actually,update kali nie sekadar nak tunjuk aku nie peduli dekat blog aje..hehe..kita dah habis exam dah awak,kita dah bebas buat sementara waktu nie..Perancangan memang banyak,tapi nanti laa kita update kali lain ye..Banyak lagi cerita kita nak bagi tahu,tapi kali lain jugak lar..entry dah panjang nie..Semalam pun rumah aku nie dah hampir nak kena pecah masuk dan sasaran nya aku!!..kata abah lar..Check punya check semalam,memang dah lama dah dia duk usha kawasan rumah aku nie. Dia macam dah tahu kawasan rumah aku yang senang nak masuk..Giler takut lar semalam,ada kat rumah pun just me and my abang..Time aku keseorangan dekat dpur tuu lar die cuba nak pecah masuk..apa lagi bertempik laa aku dapatkan abang aku..Seram sejuk je cerita pasal nie..Next week dah pindah,abah dah tak bagi duk sini..Lagi pun abah selalu tinggalkan rumah...Abang pun dah nak habis cuti sem die,beberapa minngu lagi dah jadi student semula..ok guys,see you next time yow!!..kasi tengok muker heliza yang cute lagi sekali erk:)



03 December 2012

Bawal Fashion

Assalamualaikum & Salam Sayang





Fashion tudung bawal kembali lagi pada tahun 2012 setelah lama ditengalami dengan belitan-belitan shawl yang kini semakin pudar..Memang tidak dinafikan lagi la,fashion nie dia akan berulang-ulang yang bezanya ia akan ada penambah baikan daripada segala aspek. Tahun 2010 until 2011 tudung bawal kurang diminati sebab adanya shawl dan juga tudung-tudung spesies Ariani yng mudah dipakai,tapi tahun 2012 fashion tudung bawal semakin diminati oleh gadis-gadis yang bertudung. Bagi korang yang mempunyai banyak koleksi tudung bawal ke,shawl ke jangan dibuang better you all simpan,dijamin beberapa tahun akan datang fashion nie akan berulang kembali.:)


Aku beruntung sangat-sangat sebab tak sempat nak buang semua tudung bawal aku yang dah lama berzaman tuu.. Before this,ada jugak mention dekat my mum nak buang or bagi dekat sape-sape yang nak tapi tak sempat nak buat semua tuu sebab hangat-hangat tahi ayam..huhu.

Hari ni aku godek-godek semula segala pakaian aku,then i jumpa tudung bawal lama..Apa lagi try buat experiment laa..Belit sana belit sini..Actually banyak tutorial tudung bawal yang aku nak cuba tapi dek kerana malas nak bukak youtube yang super fast dah sekarang nie. Aku decided pakai tudung bawal cara sendiri..Tak kisah laa macam mana janji labuh dan sedap mata memandang;:)


Last but not least,i nak promote canon powershoot A2300 memang best. Dah 5 bulan lebih aku guna camera digital nie,setakat nie hasil gambar-gambar yang aku dapat amat memuaskan..Yang paling aku suka adalah hasil video dari camera digital nie,bila kita shoot jew terus dia akan focus dekat objek laa,then yang lain tuu akan di blurkan. Hasilnya adalah HD video..Sesuai untuk sesiapa yang nak buat mini music video,ke apa kew. Tapi janganlah mengharapkan untuk hasil seperti MV artis-artis tuu.. Yang tuu memang power sebab dorang guna gadget yang harga pun power..haha

02 December 2012

Syampu Safi menyegarkan

Assalamualaikum & Salam Sayang





Wah,selesanya kepala sekarang nie..Aku baru sahaja selesai mandi. Hari ini badan letih sesangat.. Habis kelas ekonomi tadi dalam pukul 1 tengah hari. Dalam keadaan matahari terpacak dekat atas kepala aku bergegas pergi pasaraya bukanya dekat beb,kena ambil teksi dulu baru sampai. Teksi pulak kalau pukul 1pm memang nasib lar kalau ada..Tapi alhamdulillah,aku tunggu dalam 15 minit macam tuu ada jugak teksi,nak tak nak sampai jugak dekat pasaraya.Tunggu apa lagi,sepantas kilat laa pergi cari barang nak masak untuk lunch dekat abang aku..

Kali ini nak review sikit syampu yang aku dok pakai kat kepala nie. Dah lama dah pakai,tak pernah tukar pun sebab syampu nie amat sesuai untuk gadis bertudung macam saya.:)syampu apa yang aku dok kecoh sangat nie??

Harga syampu nie murah sahaja,dalam RM10 ke bawah untuk botol yang besor tuu..Even murah hasilnya amat menabjubkan. Selepas sahaja pakai syampu nie,rambut memang akan lembut,wangi sudah semestinya sebab ia di rumus dengan limau purut. Apa yang best nya,kulit kepala akan rasa sensasi sejuk selepas kita syampu rambut pakai syampu bio nutrix nie..

Dirumus dengan Ekstrak Limau Purut yang mampu mengurangkan kelumumur serta kegatalan kulit kepala disamping menyegarkannya. Anda akan berasa selesa tanpa rasa gatal-gatal.
Formulasinya lembut serta ringan, disamping haruman yang menyegarkan, ianya sesuai untuk wanita bertudung.
Hasilnya kulit kepala lebih segar dan rambut lebih menawan.

Yang tuu desricption dekat laman web safi.com..Apa yang aku nak promote sangat syampu ini adalah keistiewaanya yang memberi rasa dingin dekat kulit kepala.. Rasa rileks sensangat kepala nie. Hilang seketika segala masalah yang ada..:)


Super Asia Showcase kpop wave!

Assalamualaikum & Salam Sayang
Gelombang kpop memang tidak boleh dinafikan lagi pada abad ini..Hampir setiap hari kita terdengar orang bercakap pasal isu kpop ni especially dikalangan remaja-remaja. Tak ketinggalan  jugak orang-orang sekeliling aku ni,kawan-kawan,adik beradik pun ada jugak minat kpop. Jadi aku nie sedikit sebanyak terima jugak tempias nye. Tapi minat aku untuk kpop ada limit dia. Tidak terlalu fanatik sangat. Ala setakat layan lagu Davichi,2pm,suju,snsd ada laa dalam list aktiviti aku..Seperti yang aku cakap tadi laa,janga terlalu fanatik sangat. Buat sesuatu tuu mesti ada limit dia..
Haa kan dah terlebih bercakap. Berkenaan dengan showcase yang bakal mengegarkan Malaysia tak lama lagi adalah sperti berikut:

Super Asia Showcase - Kpop acts



To all peminat-peminat tegar music kpop,jangan tunggu lama-lama untuk ke kongsert ini secara percuma.. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan tarian SUPERJUNIOR,EXO-M,2PM dan ramai lagi artis-artis korea yang akan turut serta dalam showcase ini..Dapatkan tiket showcase secara percuma di >SINIE<









 
Designed by Beautifully Chaotic