Pages

31 July 2012

i got a call



Assalamualaikum..

Hari ini baru berpeluang nak update blog.Masa sekarang memang full dengan homework sekolah sahaja. Nak online pun dah makin susah. Kalau online pun dalam 5 minit gitu,just to check an email and pm.Thats all!.
Oh!,tadi dalam pukul 5.50 petang ninie ada terima satu panggilan dari FOMCA.(Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia)  tapi ninie tak sempat nak bercakap dengan pihak FOMCA. Abah punya pasal laa nie. Petang tadi handphone ada dengan abah. 

Agak-agak korang laa nape pihak fomca call ninie?wait n see ok..hehe

Sekian..

p/s: nak tidow..ops,ok tak gambar kat atas. i try make an experiment wint canon A2300..non edited,just tambah watermark..

28 July 2012

the old memory


Haishh,malunya..hehe.Nie gambar kita zaman muda-muda dulu. Tadi dok kemas bilik ada terjumpa gambar lama-lama. Sebelum tidur kita nak tinggalkan awak-awak sume dengan lagu nie bleh tak??korang jangan feeling melebih sudahh..mood winter sonata saya belum habis lagi..sobbb,sobbb:(


Website yang gorgeous

Assalamualaikum...

Best nya rasa dapat rehat tanpa ganguan pandangan,pendengaran dan pape jelah..Baru jew selesai kemas bilik yang dah makin tak nampak macam bilik orang perempuan.!. Itulah saya,kalau bilik tuu masih tak menjadi seperti kapal karam (TITANIC) selagi itu saya takkan kemas dan akhirnya saya sendiri yang susah dan serabut. Serabut tengok bilik bersepah,nak jalan pun susah ni kan nak tidur,memang tak lena laa.

Hari ini saya menaip bukan untuk bercakap tentang bilik tidur saya yang boleh disamakan dengan kapal karam tapi saya nak hebahkan satu website untuk remaja berumur 13 UNTIL 17 tahun.. Satu website yang begitu menarik sekali design nya.,Amat sesuai sekali untuk remaja mencari informasi-informasi tentang fashion,motivate,and hiburan..Kalau korang nie jenis yang tak suka melayari internet,korang boleh jugak dapatkan info macam yang terdapat dalam website ini di majalah under the owner of the website. Nak tahu majalah apa?...cuba teka sejenak..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


YEZZ!

yes! yezz dan lama dah ada website sendiri cuma tak ramai kot yang tahu. Saya memang sukakan design weebsite dia,xpuas nenggoknya awak. Sesuai laa remaja macam kita-kita nie.huehueh..jom tengok apa yang ada dekat website nie..

header yang cukup menari sekali. 5 star

dapatkan info fashion and moyivate dekat webite nie tau..

info kesihatan dan kecantikkan pun ada lah..

Info selanjutnya korang gali sendiri dekat SINIEEEEEEEEEEEE

Sekian...





The Rainy Day Is My Birthday

























Assalamualaikum...

Hampir pukul 3 pagi,tetapi masih lagi tidak terlelap. Ingin sekali merehatkan badan tanpa ganguan tapi,malam ini terasa seolah-olah saya telah kehilangan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan saya terasa kesunyian tanpa ada sesiapa untuk menghiburkan hati ini. Ya!! saya perlukan seseorang dalam hidup,seseorang yang mampu membuat saya tersenyum dengan sepenuh hati. Tapi.....hinggga saat ini,saya belum temui insan itu..Seseorang insan yang betul-betul memahami saya tanpa rasa terpaksa. Insan yang sanggup melindungi saya tanpa rasa dia perlu berbuat demikian..

Apa yang saya melalut pada malam ini,saya sendiri tidak tahu. Saya sendiri tidak memahami apa yang saya inginkan dalam hidup. Tapi apa yang pasti,saya dapat mencari ketenangan di sebalik kesejukan hujan membasahi bumi tanpa kenal erti penat.Setiap kali hujan turun,sudah pasti saya akan temui ketenangan dan kegembiraan pada saat itu. Kenapa??saya sukakan hujan,saya sukakan kesejukan yang dibawa hujan. Jika ditanya apa yang saya ingin jadi apabila diberi pilihan?. Ingin sekali saya jawab bahawa saya ingin menjadi seperti hujan..Saya ingin jadi penyejuk kepada kemarahan,saya ingin jadi penyegar kepada kelayuan dan, saya ingin jadi kelembapan kepada kekeringan.

Sama seperti hujan yang sentiasa menjadi penyejuk disaat bumi kepanasan,menjadi penyegar disaat tumbuh-tumbuhan kelayuan dan menberi kelembapan disaat bumi kekeringan.Mampukah saya untuk hadir dalam hidup seseorang seperti hujan hadir dalam kehidupan bumi?Mampukah saya menjadi penyejuk kepada kemarahan seseorang?,mampukah saya memberi kesegaran disaat seseorang sudah layu dalam hidupnya?Dan mampukah saya menjadi pelengkap kepada kehidupan seseorang?



Hujan...ia hadir disaat bumi amat memerlukanya,kehadiranya banyak membawa rahmat dan rezeki kepada setiap insan di bumi..
Tapi saya?adakah saya sentiasa hadir disaat dia memerlukan saya?adakah kehadiran saya telah membawa banyak erti dalam hidupnya?
Saya tidak mampu menjawabnya..kerana saya memang tidak ada jawapan untuk soalan itu..
Tapi,apapun jawapannya,ingin saya katakan bahawa,saya ingin menjadi seperti hujan dalam hidup awak..saya ingin menjadi seperti hujan dalam kehidupan awak. sentiasa...



Awak,jika saya bukan untuk awak,jika satu saat nanti kita tidak mampu bersama lagi. Ingat lah saya. Jangan pernah padam saya dalam kamus hidup awak walau apa pun alasanya..Ingatlah hujan yang akan sentiasa memberi kesejukan disaat awak kepanasan ini,..Dan setiap kali hujan turun untuk membasahi bumi yang kekeringan,ingatlah bahawa itu adalah hari kelahiran saya..Tak salahkan kalau saya nak cakap yang hari hujan itu adalah birthday saya?:)...

P/S: You should say "happy birthday" to me setiap kali hujan turun..boleh saya minta macam nie??heee

Sekian...

27 July 2012

Perkahwinan muda di usia 16 tahun & 14 tahun



Assalamualaikum..

Wait!!!!!!!!!!!!!!!!!. Sebelum korang membuat spekulasi yang memang boleh mengundang kontroversi,let me explain about the picture above. Gambar di atas tuu bukan laa pengantin yang kahwin muda,itu irine nadia dan amirul yang dah sebulan kahwin. Disebabkan saya teramatlah suka dengan gambar itu,saya jadikan ia satu gambar HIASAN untuk entry tentang perkahwinan pada kali ini,hehe. Amacam ok tak??suka sesangat dengan gambar nie,manja je nampak si irine tuu an,hee..



Back to the title,PERKAHWINAN MUDA DI USIA 16 TAHUN & 14 TAHUN. wow! korang pernah expect tak benda-benda nie akan melanda negara kita?. Actually hal nie dah one week tersebar but ninie nie baru jew nak discuss pasal nie dengan korang. Bagi ninie kan,perkahwinan muda nie ada positif ada juga negatif. well,setiap perkara yang positif sudah semestinya ada negatifnya kan..

Positif bagi ninie sebab..
1.Sudah pastinya takkan berlaku maksiat,dah halal kan

Negatif bagi ninie sebab
1.remaja terlalu muda untuk memikul tangungjawan sebagai suami isteri..

But apapun negatif da positif nye,congrats to adik syafiq and adik yana,semoga berkekalan hingga akhir hayat. Keputusan korang adalah yang terbaik. Kahwin tuu kahwin jugak kay,study jangan lupa..

Haishh,sedih sebenarnya taip entry nie,nape???sebab diri dah terasa tua laa. Adik-adik tuu dah kahwin,kakak nie belum lagi..hehe..

Sekian


26 July 2012

Alhamdulillah akhirnya...

Assalamualaikum.

Lelaju jew ninie rasa nak taip entry kali nie. Tak sabar nak kongsikan keheppyan,keter-excited,ke-terujaan dan segala keter laa.huuehue. Sampai sekarang ninie masih lagi tak percaya dengan apa yang terpapar dekat skrin netbook nie. Betul ke nie? ataupun tersalah taip or mata yang rabun?hehe. Sah! memang betul takde yang salah-salah. Semua nya sudah confem betul-betul,kawan-kawan kat facebook pun sekarang tengah dok kecoh kepohkan cerita nie. Tapi keputusan dorang adalah berlawanan dengan keputusan ninie. hehe. Sepatutnya ninie sedih terima result nie tapi ninie bersyukur and tersangatlah happy dengan result nie sebab inilah yang ninie harapkan sebelum nie..hehe..Apa yang ninie dok merepek nie ep?? Tengok dah ada yang menggaru kepala dan menguap.. Ninie maksudkan yang ini hah


Ninie memang taknak pergi pun PLKN tahun depan sebab lepas spm ninie dah ada perancangan. Taknak a sebab kena pergi PLKN semua perancangan ninie hancur. Untuk kawan-kawan yang berjaya,congrats ep. Selamat menjalani latihan deh. Semoga nanti korang balik nanti semua jadi saiz double 'S'..hehe.gurau2.

Sekian..

25 July 2012

2 Days 1 Night


Assalamualaikum,

Baru-baru ini ninie ada cakap nak pergi kem kan,ingat lagi tak? lupe laa tuu,cubit kan baru nangis tak berlagu. huehue. Last week hari rabu ninie daftar dekat peladang inns Machang dalam pukul 2 petang with my mum laa because kem nie dia mintak parent untuk hadir dan mendengar taklimat dalam i hour gituu /*cakap je one hour menunggu punya laa lame,kecian kat my mum,nasib baek laa bilik taklimat tuu ada air-cond,sejuk jugak.hee. Masuk bilik taklimat dalam pukul 2,then amik tempat semua. Kiteorang diberitahu bahawa Datuk yang akan bercakap tuu akan tiba dalam masa 10 minit lagi,time nie semua relaks lagi. Tunggu punya tunggu pukul 4 ru sampai,.. Memang giler! 2 jam my mum terpaksa tunggu dah laa ada banyak kerja tak settle lagi,adik ninie tuu sampai tertidow dalam bilik tuu akibat kebosanan yang amat sangat. Ninie pun nak tertidur jugak tapi still cover lagi.heehee

Habis sesi taklimat with parents,kiteorang dijemput minum petamg dengan parents masing-masing but my mum terpaksa balik tanpa minum dulu,dia dah lambat nak balik kampung. So tinggal laa ninie terkebil-kebil dengan Sue kat situ. Then kiteorang pergi bilik makan,nak makan tapiiii...x jadi,..hehe. Terus pergi solat dan siapkan diri untuk aktiviti petang,iaitu pembahagian group.

Tepat jam 6 petang ninie dan kawan-kawan dah ada dekat dewan and ada laa 2,3,4 orang tuu lewat,pe lagi kena denda laa dorang. Komander kem perkenalkan urusetia semua dan juga pihak yang terlibat dengan kem tersebut laa. Lepas tuu dia cakap dia nak seorang penghulu mean ketua kem kat situu laa dalam kalangan pelajar lelaki,tapi dia taknak orang lain yang cadang mesti kena diri sendiri offer and sanggup nak jadi ketua. Semua pelajar lelaki senyap...........................................................................................................................
Then komander mengalah,dia mintak orang lain cadang. Then keluar laa pelajar yang nama dia kamarul azam kalau tak silap student smka wataniah,dia laa yang jadi ketua kem.

Kalau ada ketua mesti laa kena ada penolong nya kan3?sama laa ada laki ada perempuan. Sekali lagi dia mintak pelajar perempuan offer nak jadi penolong kem tersebut. Semua senyap.............................................
maybe macam pelajar lelaki jugak kot. Tapi..................................................................................................
Ada seorang student perempuan nie angkat tangan,dia cakap dia sanggup jadi penolong ketua kem.. Guess who??

Thats me,huehue,adakah saya terlalu membangga diri??yes! of course,saya bangga sebab saya berani,saya sudah mencapai salah satu target saya pergi ke kem tersebut,. Sebelum pergi i have set my mind untuk jadi berani apabila berada di kem sana. And now,saya dah lakukan.. Malu jugak masa angkat tangan tuu,takut ada orang yang mengata kat belakang but i don't care apa dorang nak cakap,yang penting saya berani. Kau ada??takdekan?so dok diam-diam,hehe..

Komander tuu pun tanya laa nama kan,alaa nak berkenalan lah tuu,nak jawab soalan kena laa bangun. Bila ninie bangun jew,semua peserta kem tuu tepuk tangan,haisshh banggga laa pulop,semua orang tepuk tangan kat kita. Jawab punya jawab soalan pastuu p tulis nama dekat depan,nak masuk p duduk dekat tempat tadi,tiba-tiba ternampak my senior, angkat tangan dekat ninie,and tell me good job!..
Memang selama nie,dia je yang banyak bagi nasihat and dorongan dekat ninie,bila ninie rasa down sikit gak dia dah boleh kesan pastuu dia akan tanya laa apa masalah ninie and dia akan ceriakan ninie balik. sape senior ninie? haisshh rahsia,ninie taknak sape-sape tahu nanti akan ada yang terasa. But don't worry ady,saya tak sayangkan dia or suka dia macam saya sayang and suka awak/*saya tahu awak baca entry saya..hehe..
Nanti ada masa ninie akan sambung lagi ok.. 

Sekian...




24 July 2012

Oh my Baby





Menghitung hari,
detik demi detik
masa kunanti apakan ada
jalan cerita kisah yang panjang


Betul orang kata menunggu itu sesuatu yang sukar dan jarang sekali orang dapat lakukan dengan betul-betul ikhlas./*betul ke orang kata?ok fine,ninie yang cakap macam tuu tapi betul ke pe. Selalunya orang akan cakap penantian itu bakal merungkap seribu satu persoalan tentang diri seseorang tapii......ninie cakap penantian itu sesuatu yang menyeksakan. Why?because hati dan jiwa nie sudah terseksa dek kerana lama menunggu buah hati yang sudah berbulan-bulan dok usha. Bertahun-tahun dok idamkan. Berhari-hari duk tengok,akhirnya bakal datang ke pangkuan ninie 3 or 4 hari lagi. Insyallah doakan dia cepat dan selamat sampai ok.

Setiap hari kalau on je netbook nie,tak sah kalau tak tengok gambar dia di alam siber nie. Nak pegang tak dapat nak peluk pun jauh sekali. Tapi 3 or 4 hari lagi,yehh!! akan ku peluk belai kau betul-betul,xmau share dengan sesape pun,bagi orang sentuh pun jauh sekali.!!.Kenapa aku terlalu sayangkan kau even kau belum sah jadi hak aku??sebab kau laa satu-satunya barang yang aku beli mengguanakan duit yang aku simpan sendiri. OH MY BABY CANON POWERSHOT A2300..huhue.Nielah baby baru kita awak. Camera digital biasa je kita beli tapi kita bangga tau ada camera hasil dari usaha kita sendiri.



Tak macam awak,sikit-sikit jew nak susahkan parents untuk dapatkan apa yang awak nak. Bukanya manja nama nye tuu. Ok,saya mengaku agak sedikit jeles+meluat= i don't know.hehe..Mulanya rancang nak beli canon A2100 tapi usha punya usha akhirnya berkenan dengan A2300,harga nya tak jauh beza pun. Nie belum bagitahu dekat sesape lagi beli camera nie,nak tunggu camera tuu sampai umah dulu baru nak kasi my mum tengok. Dia pun minat jugak berkenaan camera nie,maybe aku suka bergambar ikut perangai my mum kot.huehue..


Sekian,

nota kaki: nak pergi beli makanan berbuka puasa pulop,

22 July 2012

Silent??



Assalamualaikum,

Sedar tak sedar dah hari ke-2 umat islam menjalani ibadah puasa. /*harap2 nya betul2 menghayati bulan ini yew.. Alhamdulillah ninie masih lagi berupaya dan mesti berupaya untuk menahan lapar dan dahaga. Tak puasa tak boleh raya tau. Zaman kanak-kanak dulu kalau puasa dapat upah tau. kalau korang pun pernah merasai ini semua silakan sedekah senyuman dekat pc korang. huehue. Senyum itu satu sedekah,bulan puasa ini banyak kena  sedekah. Tak mampu bagi duit bagi senyuman pun dah cukup dah sayang.

Silent? Korang hengat handphone korang yang kemain canggih tuu je ke boleh silent?? Manusia yang bernama budiyati murni pun boleh silent laa. Apasal pulop saya berkata-kata macam tuu??. Haa ini sebabnya saya sudah terlalu lama tidak men-update blog. Saya rancang nye nak off sekejap blog untuk memberi laluan  kepada trial spm dan spm but.... Paham ke tidak BUT tuu maksudnya tetapi cik ninie nie tak mampu nak off sebabnya ada je cerita yang nak ditaip dekat blog ni. Setiap hari saya ada je cerita yang nak share dengan follower saya.

Pokok pangkalnya saya memang tak boleh silentkan diri dalam dunia blog nie. Fullstop! saya nak rehat kejap.

16 July 2012

saya penat~


Assalamualaikum.

Saya memang tak berdaya untuk senyum sekarang,. Saya cuba tapi saya tak dapat,saya tak kuat.. Saya penat..Semua ini salah siapa?jujur saya katakan semua ini adalah salah saya sendiri,saya yang minta semua ini,saya yang sanggup hadapi semua ini. Langsung tiada paksaan daripada sesiapa.
Saya perlukan masa untuk rehat tapi saya tak pandai cari masa. Saya hanya pandai maksimumkan masa dengan aktiviti yang memenatkan saya. Adakah perlu saya terus salahkan diri saya??Adakah perlu saya menangis akibat result trial and spm yang sebenar teruk?

Ok,fine! saya berhenti daripada memberi kebuntuan kepada pembaca blog saya. Pokok pangkalnya hari ini,saya hanya ingin ceritakan bertapa penatnya kehidupan saya pada minggu ini. Saya terpaksa tinggalkan kelas selama seminngu kerana terlibat dengan aktiviti luar. 

Bermulanya hari ahad 15.07.12 saya keluar dari kelas untuk latihan Solar Car Race di makmal fizik selama 2 jam. Pertandingan akan bermula keesokkan hari.

Isnin,16.07.12
Saya dan rakan-rakan dibawa cikgu ke SYP (1) Kuala krai pagi-pagi lagi dalam pukul 8 pagi. We went there without our breakfast..*sigh*. so hungry you know!
Alhamdulillah,our project berjalan lancar dekat sana walaupun pada awalnya we all dah hampir putus asa akibat solar car yang kiteorang reka tak menjadi. Wuhh panic tahap gaban laa masa tuu. Then we tried our best nak siapkan jugak solar car tuu akhirnya menjadi. Keputusan belum diketahui lagi because the competition will be start on the next day. Wish our luck ok!..

Selasa.17.07.12
Saya dan kawan-kawan akan ke SYP (1) lagi untuk perlumbaan our solar car race. If menang,kiteowang akan wakil negeri ke Kuala Lumpur. Last year sekolah kiteowang berjaya ke peringkat kebangsaan,. Tahun nie doakan2 lah kiteowang ep.

Rabu.18.07.12
Pukul 2 pm,saya akan menghadiri kem minda apa ntah dah lupa a,. Nak kena check balik. Kem nie pergi dengan parent. Dapat surat jemputan awal-awal lagi dari ppd machang tapi persiapan belum buat lagi.haishh penat-penat..

Khamis 19.07.12
Still dekat kem lagi and today is the last day for the kem. Hari nie juga ada kuiz kimia kebangsaan berlangsung and i need to putihkan mata sahajalah sebab tak dapat pergi. Terikat dengan kem. So,mintaklah kawan untuk gantikan tempat saya.:(

Cukuplah senarai aktiviti saya selama 5 hari yang memenatkan. 5 hari yang saya terpaksa korbankan. 5hari yang memerlukan saya tinggalkan kelas..Saya betul-betul penat..

Sekian..


SEGMEN : Jom join bloglist MYRAVEA


Assalamualaikum..

Hey guys,cik myravea tengah cari bloglist untuk bulan julai.. Jom sama-sama meriahkan segmen dari beliau.. Besegmen sambil menang wooqq! nak join tekan Banner!

14 July 2012

nasi lemak teh 0~

Assalamualaikum & Salam Sayang,


Haa belum pape lagi kita dah letak gambo nasi lemak setempek dekat entry kali nie. Sudah jelas laa kita tengah lapo nie awak. Pagi nie terasa nak makan nasi lemak laa pulop dah lama tak makan. Yewla percayakan mitos yang pape ntah sampai xnak makan nasi lemak sebab takot gemuk.Oucchh,nasi lemak,kita minta maaf ep,nanti jap lagi kita makan awak puas-puas.Ngee..

Nasi lemak nie memang favorite kita laa selain nasi ayam,yumm-yumm tuu. Kita suka makan nasi lemak yang lauknya telur pastu letak kacang,ikan bilis goreng and of course laa mesti ada sambal ikan bilis. Kalau tak,tak best laa nasi lemak tak letak benda-benda tuu semua..





Oh,memang tak sah kalau makan nasi lemak takde teh 0. Auww,kita teh je ok,kopi jarang sangat minum,kita tak berape gemar dengan kopi. Ada nasi lemak,ada teh 0,ohh sungguh bermaknanya sarapan pagi ku..hihi.
korang pulak camne??kongsi laa menu sarapan favorite korang dekat sini. Mana laa tahuu kan kot ada tempat korang makanan yang ninie belum cuba..hehe,Boleh laa try makanan dari tempat korang..



Sekian untuk entry kali nie. Ninie ada kerja dekat sekolah kejap..Bye-bye..

13 July 2012

Lapland

Assalamualaikum & Salam Sayang


Fuhh punye lame giler blog nie tak ter-update. Kebusyan owner blog memang mengalahkan segala perdana menteri serata dunia betul. Nak update blog seminit dua pun takde masa. Lately ninie memang busy sesangat,kelas pun dah banyak tinggal sekarang nie. Cikgu-cikgu dah mula panggil mengadap dorang,/*haishh yang nie memang memberatkan kepala dan mengelukan lidah. Sekarang nie ninie sibuk sesangat dengan aktiviti luar sekolah,masuk contest tu laa contest nie laa. Next week terlibat dengan karnival sains dekat kuala krai pulop. Hadussh nie laa padahnya nak sangat join banyak event.

Ok,siryes ninie dah bawa korang terlalu jauh dari tajuk entry kali nie. Jom patah balik,. Korang-korang nie pernah dengar tak Lapland??Hah terpampang dah tuu perkataan lapland dekat header baru ninie.huehue.


Actually nak bagi info tentang lapland nie dekat korang ninie pun tak berapa cukup pengetahuan tentang lapland nie. Akibat tertontong drama korea "snow queen" kita pun barulah tahu tentang kewujudan lapland nie,haissh mundur kita nie an. Tengok  cerita baru laa nak tahu kewujudan tempat-tempat macam nie. Kalau tengok je koleksi gambar lapland yang disedut 100% daripada mr google ninie sure sangat-sangat tempat nie memang bez giler. Terasa nak pergi mak oiii..

Sekian laa untuk entry yang entah pape nie.

/*menaip menggunakan sebelah tangan,lengguh giler  beb



12 July 2012

Segmen : Saya Sedia Follow Back


jom join segmen petang.

03 July 2012

Berdebar~


Assalamualaikum readers,

Walaupun diri terlalu sibuk sekarang tapi aku still curi-curi masa untuk update blog.hehe. Kalau tak update rasa ada something yang tak lengkap laa.Bak kata si honey koyuki masa memang takde tapi kena cari!..Aku pun baca juga blog honey koyuki LOL,bukan korang je yang kenal  si fatin liyana.

First of all,nak ucap thank you banyak-banyak dekat readers belog niniey kamarudin sebab lately ramai yang sudi comment kat sini and ada jugak yang wish for spm ninie. Thanks you all becouse supporting me.
Berkenaan dengan tajuk entry kali nie BERDEBAR,yes! i did aku memang berdebar tahap gaban nie sebab esok ada pergambaran dekat sekolah./*wow! best tuu,boleyh snap sane snap sini free-free jew,p nape kau berdebar ep?owang suker kau gelabah lak.. Pergambaran nie bukan pergambaraan yang biasa-biasa tau,bukan laa macam photoshoot yang selalu talent-talent kat luar sana impikan,but this is formal photoshoot wokeyh. Macam ada event laa esok.

Pergambaran nie untuk pelajar target spm for this year./*wow kau masuk target ep ninie?. Siryes aku cakap memang terperanjat mengalahkan segala makcik2 kampung aku beb. Tadi ada student yang pergi panggil pelajar-pelajar target kat kelas aku,memang tak sangka akan tersenarai. Berat laa keje aku lepas nie wohh!..Event esoknya pergambaran pelajar target dengan dia punya mentor. Bukan mentor kat tv3 tuu,tak yang tuu Caroline dak kg(tanah merah) aku yang menang. Aku pun tak tahu sape mentor aku,esok segala persoalan bakal terjawab.Fuhh,aku risau dapat mentor yang garang Lohh..Sampai sini je laa entry untuk kali nie,banyak kerja aku nak kena buat lagi.

Sekian..


01 July 2012

Hidup Ini Penuh Warna Warni



Assalamualaikum Readers,

Firts of all i wanna thanks to my mum because dah lahirkan aku kat dunia nie,"Terima kasih ma sebab lahirkan ninie,bagi ninie kenal dunia yang penuh dengan suka dan duka,bagi ninie rasa kesedihan kegembiraan dan bagi peluang untuk ninie hadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Tanpa ma,siryes ninie cakap ninie tak mampu nak hadapi benda nie sorang-sorang. Ma banyak bagi semangat dekat ninie,thanks a lot mum,i really appreciate that"

Kehidupan ibarat roda,yang sentiasa berputar tanpa henti. Dalam waktu putaran itulah telah banyak mengajar kita erti kehidupan sebenar,bagi kita kenal pelbagai rupa dunia,ada dunia yang gelap dan pastinya ada dunia yang cerah. Aku percaya setiap manusia mengimpikan dunia yang cerah,dunia yang penuh kebahagiaan tapi apakan daya kita hanya manusia yang hanya berkemampuan untuk merancang dan Allah s.w.t jua lah yang menentukan samada apa yang kita rancang akan terlaksana.

Bagi aku,kehidupan penuh dengan warna warni. Setiap warna mengambarkan sesuatu kehidupan. Kehidupan kita bermula dengan warna putih dan atas usaha masing-masing untuk menjadikan warna putih itu suatu warna yang menarik. Kalau hidup hanya berlandaskan nafsu memang ternyata anda adalah golongan yang tersangatlah rugi. Hidup yang berlandaskan dunia dan nafsu semata-mata tidak akan pernah mengenal erti kemanisan dunia mahupun akhirat jauh sekali mencium bau syurga.

Kehidupan aku sekarang,alhamdulilah masih berjalan lancar. Masalah,tekanan semua tuu adalah lumrah hidup yang pastinya semua manusia hadapi. Kalau ada yang tak pernah menghadapi masalah bukan manusia namanya tuu,.hehe. Aku sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang amat aku sayang. Mereka semua adalah semangat untuk aku jalani kehidupan sekarang dan masa -masa yang mendatang. Tanpa mereka aku langsung tak boleh bayangkan kehidupan aku macam mana. /*sound like anak manja jew,yess! memang...Setiap saat waktu yang berjalan banyak mengukir kisah-kisah hidup yang penuh dengan warna warni bagi aku,pengalaman bersama setiap orang yang aku jumpa banyak membawa aku ke arah dunia kematangan.

Teringat kembali pengalaman semasa mengikuti program educate malaysia dekat uitm dan rtc kelantan last month. Di situ terlalu banyak pengajaran yang telah aku perolehi. Still ingat lagi fasilitator aku bagi tahu aku,"kita kalau nakkan kehidupan yang bermakna ,i mean yang terbaik,air mata,letih,pengorbanan semua itu mesti kita rasa dulu". Dia juga ada cakap untuk sentiasa be the number one,do a things that loser can't..Seuntung-untung orang yang kat atas dunia nie adalah orang yang sentiasa belajar daripada kekalahan. 

So dekat sini aku nak cakap, DARE TO FAIL!. Orang yang bijaksana tidak akan duduk meratapi kegagalannya tetapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya. Ayat aku ciplak dari button aku.hehe. Moga-moga dapat memberi motivasi untuk korang yang dah makin down dalam hidup. Wake up guys,perjalanan makin panjang jangan pernah sia-sia kejayaan hari esok semata-mata kegagalan hari ini.

Akhir kata,always smile and make the world happy because of you!..Lets smile like me,hehe

 
Designed by Beautifully Chaotic