Pages

15 February 2013

Hanya Kerana Mulut


Assalamualaikum..

Pepatah ada mengatakan,hanya kerana mulut badan binasa. Aku tersangat-sangat lah setuju dengan pepatah tuu. Memang betul hanya kerana mulut kita yang sukar nak dikawal(kadang-kadang la)akhirnya boleh memakan diri. Tapi kita tidak ada kuasa nak memutarkan waktu.Seandainya kuasa itu mampu kita miliki sudah pasti ramai yang telah membaiki segala kesilapan yang dilakukan dengan sengaja ataupun tidak sengaja.

Maafkan aku,maafkan aku.Hanya itu ungkapan yang mampu aku laungkan dalam hati buat insan-insan yang ttidak menyenangi sikap aku selama ini. Tapi aku kesal jugak,sebab orang-orang yang aku percaya selama nie boleh mengkhianati aku..Yolong lah jangan nak salah anggap dengan aku. Selama nie aku cuba buat baik,cuba jaga hati korang semua.

Tapi aku memang tak sangka kebaikan yang aku berikan dikhianati dengan mudah. Pengajaran buat diri aku sendiri dalam menuju ke dunia yang penuh mencabar lagi adalah "JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN ORANG YANG KITA BETUL-BETUL TIDAK KENAL RAPAT"...




09 February 2013

what's wrong with him???



i'm so angry,yeah!..i should scold him infront of everyone. How can he scold me bacause i want to go to the toilet.*idiots*..Tau la kau ada masalah dengan gf tapi pandai-pandai laa settle jangan sampai semua orang yang tak bersalah dan tak ada kena mengena dengan masalah kau kena tempias jugak.

Better you ingat laa sikit,i nie bukan tempat untuk you lepas kemarahan you. Bergaduh je dengan gf i yang kena. What the hell???..Lepas nie apa-apa jadi pun i memang takkan tolong you lagi. Kenapa??sebab i memang dah muak dengan perangai you. You ingat kawan-kawan yang ada kelililng you nie boleh jadi tempat you buang kemarahan you ke??

Sorry laa weh,memang silap kalau you fikir macam tuu..Selama nie bila you down je,i cuba untuk hiburkan u,i cuba buat u happy but now,its nothing between us..Walaupun kawan i dah tak sudi kalau you terus dengan perangai you macam nie..I cuma akan bercakap dengan u kalau i betul-betul ada hal penting dan ia hanya berkaitan dengan hal kerja.

untuk berbual,bergurau semua tuu dah tak ada,i memang dah tawar hati nak bercakap dengan u. Dan i mintak sangat-sangat jangan nak masuk campur hal peribadi i lagi..I nak kawan dengan siapa tuu hak i,u memang sah-sah dah tak ada hak nak tegur-tegur i..You ingat you baik sangat kew?suci sangat?stop laa i memang dah tak ada mood nak anggap you kawan i..sorry laa,titik.

06 February 2013

Come Back Again




Hello guys..

its a magic time..I dont know how to start and i dont even know how to tell everybody about this..OH MY ENGLISH.:).. Perasaan sekarang tengah excited,terasa nak melompat-lompat atas katil,nak terjun (bukan bunuh diri),nak gelak kuat-kuat tapi apakan daya hari sudah malam.. kan i buat macam tuu,tak pasal-pasal lari semua i punya jiran..

Baru sebentar tadi,cehh baru ke??ok not baru tapi dah lama..I nie ada laa stalking facebook kawan lama. Memang dah lama,kalau tak silap sudah 7 tahun i  lost contact dengan dia..Dan and dan and dan,tadi baru kiteorang start tegur menegur menerusi facebook..Padahal kiteorang satu kampung aje. Yang jadi masalahnya aku nie bila balik aje kampung mesti terperap aje dekat rumah,tak keluar jalan-jalan so that tak dapat lah nak jumpa dia.

memang tak ada motif langsung letak gambar sendiri:)


Yang i nie terlebih excited sampai nak terlompat-lompat nie pasal apa??haa nie la nak habaq sikit..Lepas kiteorang duk berbalas comment dekat facebook,i punya kawan nie minta nombor telefon pula..I senang aje terus bagi. Aik?mudahnya bagi nombor telefon?Yela..senang je sebab masa kecil-kecil dulu i minat gila dekat dia. ..Dia aje yang jual mahal..haha. "Takde laa,gurau-gurau aje,jangan marah naa" bak kata abang myo min zaw-zaw..hee

Dapat nombor telefon,i punya kawan tuu terus call,then kiteorang borak-borak..Lama juga,banyak cerita yang nak di share sama-sama..Memang lama la tak dengar suara dia,..Mula-mula dia call tuu tak cam langsung suara dia..Dia pun kerja sekarang,..Ok laa tuu,dah pandai berdikari kau sekarang irham erk..Nama dia irham.,Banyak hensem..hakhak..

03 February 2013

Insan Baru di kehidupan baru




Assalamualaikum dan selamat petang...

Sambungan daripada entry yang lepas..entry yang mengisahkan kehidupan saya yang baru di tempat yang baru dan bersama insan baru. Semua boleh dikatakan baru kecuali diri saya,keluarga saya dan paling penting agama saya,islam yang takkan pernah dapat digantikan dengan mana-mana agama.. Insan baru yang hadir dalam kehidupan saya sekarang bukan lah seseorang yang bakal menjadi suami saya. Bukan,dan tidak sama sekali..Buat masa sekarang saya tidak pernah sesekali mencari teman sehidup semati kerana dalam fikiran saya cuma ada impian untuk diri dan keluarga sahaja,..Seandainya keluarga menginginkan saya berkahwin,saya akur tapi biarlah bakal suami saya itu adalah pilihan keluarga saya..Pelik memang pelik,tapi itu lah kenyataan nya..Saya berharap sangat keluarga yang memilih suami untuk saya sebab saya sangat percaya pada jodoh pilihan keluarga. Suka atau tidak bukan persoalanya kerana saya tahu jodoh ditentukan oleh Allah dan saya akan berusaha untuk mencintai insan itu selepas berkahwin kerana Allah..

Pembuka bicara yang cukup panjang saya rasa..hehe..Baik lah,insan baru.. Mari saya kenalkan satu persatu insan baru yang mewarnakan hari-hari saya sepanjang saya menjalani kehidupan di sini (Petaling Jaya,Malaysia)..Melangkah masuk ke KK Supermatt Medan jaya pukul 11.30 a.m pada 4 januari 2013. Dalam hati penuh dengan debaran.. Yela,risau sangat-sangat kalau tak dapat kerja dekat situ.. Tempat lain yang saya pergi interview semua tak dapat,hehe. So harapan saya hanya dekat KK,lagipun rumah dekat je dengan KK,nak pergi kerja senang kalau my uncle ada kerja..Ok,saya telah di interview oleh seorang,lelaki dan perempuan berbangsa cina..Setengah jam tunggu diorang,lambat betul nak sampai dah la saya nie jenis yang tak suka menunggu..Masa di interview tak ada la dia banyak tanya,just tanya yang basic-basic sahaja macam saya sanggup tak untuk kerja lebih masa,mampu buat tak itu ini..Alhamdulillah,manager kk MJY,Matt terima saya untuk kerja dekat outlet bawahanya..Happy sesangat tahu..Tapi satu tak lepas masa interview,dia nak gambar b'ukuran passport,saya tak bawa:).So nanti petang kena datang lagi bagi gambar tuu pada supervisor KK MJY..(dalam hati,excited nak jumpa supervisor,yela supervisor pertama nie kan..haha)..

Waktu petang tuu pergi balik KK,jumpa supervisor nak bagi gambar..Cakap dengan cashier,ingatkan nak minta dia tolong bagi dekat supervisor tapi saya belum habis cakap lagi dia dah suruh saya jumpa sendiri supervisor .(dalam hati,"sombong nye cashier nie")..hee,tekaan sahaja..Melangkah pergi dekat supervisor,memang berdebar gila la masa nie,takut,risau sangat kalau dapat supervisor yang garang..Sampai dekat 3 orang nie,ada seorang wanita india,lelaki yang aku ingat melayu dan seorang lagi aku tak perasan sangat bangsa apa..aku mula bercakap "siapa supervisor??"cehh datang tiba-tiba sahaja tanya supervisor..Wanita india tuu tunjuk dekat lelaki yang aku ingat melayu tuu laa..Aku tengok lelaki tuu,wow!!,boleh tahan jugak lelaki nie,hensem laa jugak dan yang paling gila nya muka dia memang sama dengan lelaki yang aku pernah jatuh cinta dulu..haha..Terkejut juga tapi sekejap saja tengok dia,aku bagi gambar tuu dekat dia then aku blah..Jumpa esok ye mr.supervisor and KK MJY staffs,im a new staff..hihi.

Macam tuu lah sedikit sebanyak kisah aku di alam pekerjaan yang pertama dalam kehidupan..Alhamdulillah setakat iini aku rasa tersangat bahagia dan tidak banyak masalah yang timbul. syukur sangat-sangat sebab diberi peluang untuk berkenalan dengan orang-orang sini. At least dapat lah sedikit sebanyak pengalaman bekerja walaupun bekerja di pasaraya..Untuk entry seterusnya aku akan ceritakan dan kenalkan semua kawan-kawan dekat sini..



 
Designed by Beautifully Chaotic