Pages

24 September 2012

we spend time together




Kita mengambil masa 1 minit untuk suka seseorang
Kita mengambil masa 1 hari untuk jatuh cinta dengan seseorang
Tapi....
Kita mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang..

Kemain lagi kita berpuisi bagai,salam tak bagi terus hentam dengan madah-madah cinta. Cehh,layakkah saya untuk berbicara soal cinta?Memang tak layak!..Saya meluahkan kata-kata cinta kepada seseorang tanpa memahami dulu apa itu cinta. Saya menabur janji kepada seseorang tanpa saya yakin saya mampu untuk tunaikanya. Siapa saya untuk menarik semula apa yang telah saya lafazkan?siapa saya untuk mematahkan sekeping hati yang selama ini setia menjadi milik saya? Dan relakah saya membiarkan seseorang itu terkapai-kapai seorang diri setelah beribu harapan saya taruhkan padanya?..

Terlalu banyak masa telah kita habiskan selama ini,terlalu banyak kenangan yang kita cipta selama ini dan amat kejam diri ini andai saya hancurkan itu semua dalam sekelip mata hanya kerana  insan yang saya temui beberapa hari hadir membahagiakan saya di saat kita berjauhan.....

22 September 2012

Kejayaan Datangnya Dari Cinta & Usaha



Assalamualaikum & salam ukhuwah..

Hidup tidak akan bererti andai keseronokan jadi tujuan. Menjadi lumrah manusia untuk berbuat kesilapan tetapi sesiapa yang pandai menjadikan kesilapan itu satu pengajaran dia lah sang juara yang abadi. 

Kealpaan seringkali mendampingi diritanpa di pinta dan tolak. Kenapa terlalu sukar untuk berubah ke arah kebaikan dan kenapa terlalu mudah untuk hanyut dalam dunia kealpaan. Ok,itu kata-kata diri ini yang tidak pernah untuk menyakinkan diri sendiri bahawa,perubahan itu satu kenikmatan yang amat mudah dicari andai cinta terhadap Allah swt & rasulullah saw melebihi segala-galanya.



Kejayaan seringkali di impikan oleh semua manusia,ia satu impian untuk dimiliki tetapi berapa peratuskah yang benar-benar mencapai kejayaan??Rata-rata mengimpikan kejayaan menghampiri mereka,tapi adakah mereka sendiri berusaha untuk menyapainya??tepuk dada tanya lah sang hati.!

Cinta,.Sudah terlalu ramai umat nabi Muhammad SAW hanyut dalam cinta dunia. Bukan mahu mengeji jauh sekali membenci tapi mahu megingtkan bahawa bercinta lah sesama manusia hanya kerana Allah bukan kerana nafsu..Diri sendiri sudah terlalu lama tejebak dalam cinta dunia tapi lama kelamaan,hidayah Allah menjengah di suatu petang ketika diri sedang lena di atas tilam.Pada waktu itu,hanya Allah yang tahu bertapa takutnya hambaNya. Hanya linangan air mata jadi peneman ketika menyedari HidayahNya. Sesungguhnya Allah maha penyayang. Kemabalilah kepadaNya,mohon keampunan dariNya,Insyallah kejayaan yang cukup sempurna pasti kita miliki...

Karnival Sains & Teknologi Peringkat Kebangsaan 2012 [ Day 1 ]



Assalamualaikum & salam sayang..

Alhamdulillah karnival sains dan teknologi peringkat kebangsaan (KST) 2012 sudah tamat akhirnya. Ini jugak bermakna berakhirnya penglibatan ninie dalam bidang kokurikulum peringkat sekolah. Tahun 2012 ninie banyak terlibat dengan kokurikulum since bulan march lagi,tak berhenti-henti. Kelas pun dan banyak tinggal.Now ada 1 bulan je lagi untuk prepare for the SPM. 

KST tahun nie di adakan di Bukit Gambang Resort City,Pahang. Tempat memang tip top. Bahagian penginapan ninie 100% berpuas hati. Sebab nye....?tunggu untuk entry Day 2 ok



Bertolak dari Kelantan pada pukul 10.30 pagi dan selamat sampai di Gambang Resort City pukul 4.10 petang. Lebih kurang pukul 5 lebih baru dapat masuk billik sebab pengurus kontijen Kelantan uruskan hal check in lama sangat.hehe


Sambil duk tunggu untuk dapat kad bilik,ninie rembat satu tempat untuk dijadikan mangsa tembakan ninie.haha. Permandangan dekat sinie memang cantik. Bak kata Aiman boleh dijadikan tempat honeymoon..betul tak Aiman??Kolam dekat sini tak laa dalam sangat tapi bagi ninie dalam.hehe. Kita pendek nak buat macam mane lagi,kan. Last-last kolam kanak-kanak jadi pilihan kita


Bunga kertas. Ninie tembak lagi benda-benda yang ada dekat sinie. Saje nak penuhkan koleksi photography art. Kata ern cantik.huehue


yeay!! akhirnya dapat masuk apartment kiteorang.!..Tempat beradu kiteorang nie luas jugak dan tersanga-sangatlah selesa sampai bangun keesokan hari pun dah lewat tau..hehe. Apartment luas,ada 2 bilik. 1 bilik untuk 4 orang dats mean 1 apartment 8 orang laa. Sorang cikgu duk 1 apartment dengan kiteorang yang lain semua student and we all yang paling seniour..


Food!!! satu aktiviti yang paling ninie suka. hehe. Gambar makanan takde yew. Lapor sangat,dop sempat nok tangkop gambor..huhue. Ern tengat makan sweet corn,so sweet.............Alia busy dengan camera dia,kata dia flash tak boleh nak off.hehe. Chinese pakai tshirt peach tuu Vivian Lee,junior kiteowang,cute je dia. So peramah you know,ada je benda nak sakat kiteowang pastu suka gelak tak boleh nak stop. Miss you Vivian,anyway saya orang K,krai jugak taw,tapi dok rasmi..


Ok,aktiviti lepas makan untuk malam pertama kiteowang.!. Lepak depan kolam,ambil angin,makan angin,telan angin semua ada. Yang lelaki tuu semua junior kiteowang,perangai,woit! nakal wuuhh. Suka sangat kena kan ninie. Sabar jew,haha. dekat sinie kiteorang habiskan banyak masa dengan dorang,lepak sekali,buat kerja sekali,makan sekali,tengok tv sekali. Siryes dorang memang happy-go-lucky giler. 2 orang Lelaki pakai baju biru ninie dah kenal tapi yang purple tuu baru je kenal walaupun kiteorang satu sekolah.haha. Siryes Aiman,kak Budi memang tak kenal Aiman sebelum nie..


Yeah!! baring tengok bintang bersama Ern!!.tengok bintang kew>? Rasanya banyak tengok camera.hukhuk


Woe,bini-bini ku penakut kucing.hakhak. Nie adik cilik kiteowang. Jam dia tetinggal dekat tempat kiteorang berhenti makan. Kesian dia. Katanya jam mahal.Beli yang baru yew Aqil..


Hari pertama kiteowang tak banyak sangat aktiviti,sebab masing-masing penat. Tapi malam pertama kiteowang tidur pukul 3 pagi untuk disscusion terakhir..

To be continue.~~

19 September 2012

Bukan senang hendak senang



Assalamualaikum..

Lately,memang terlalu jarang aku update blog. Busy beb,bukan senang nak online 24 jam macam aku biasa lakukan 2 3 bulan lepas. Now,ada sedikit masa untuk update jadi dengan rela hati nya aku me 'on kan' netbook pastu terus ke blogger.com.! skema punya ayat sekarang. Dah lama aku tinggalkan blog nie so ayat dah tunggang langgang bagai.hehe

Sekarang aku ada dekat Gambang Resort City untuk pertandingan Solar Car Race peringkat kebangsaan. Best memang terbukti best tapi susah memang terbukti susah hari-hari yang terpaksa kami lalui. Petang tadi baru selesai pembuatan solar car dan juga penyediaan untuk presentation bagi hari esok.

Dari segi multimedia we all ( ern,alia and me) tak banyak risau sangat tapi apa yang kami amat bimbangkan adalah solar car yang kami bina. Doa kan kiteowang berjaya yew!..

For the gambar aku update lain kali. Sekarang tengah lepak dekat apartment junior-junior lelaki kiteowang. we help them to prepare their presentation.ok,bubye!

15 September 2012

Hupdet Sat



Assalamualaikum,

Trial spm dah lepas sudah. Now tinggal untuk real exam je iaitu SPM. sebulan je lagi tapi aku makin sibuk dengan kegiatan kokurikulum dan program-program motivasi. Cikgu dah bising asyik tinggal kelas jew.

Sudah berminggu aku tak hupdet blog,dah tak jadi blogger tegar laa jawabnya yew. Hari nie baru sampai rumah,2 3 hari lepas aku ada kem Ekonomi Asas. Yes im a economy student. Kita orang join kem sekali dengan  student-student yang tak lulus BM jadi tempias nye kita orang rasa jugak.huehue.


07 September 2012

Wah kemain ye Nora Danish & Ady Putra




Hello guys..

Ingat lagi tak video parody MC 5 Days tuu.. Aku tengok kejap jew. Haish tak faham sebenornye apa yang budak tuu nak cakap.Meluat pun ada,tapi apa pun we don't have right to judges her.

Reda kisah budak perempuan tuu,kecoh pulak cerita nora danish & ady putra tiru gaya budak tuu..hha.kelakor laa. tengok laa sedri na..haha



Beautiful Day



Aku kecapi hari yang indah
kerna
kau hadir dalam hidup ku sebagai
insan yang terindah.

Salam tak bagi terus redah dengan puisi,hish tak sopan betul laa. Nevermind,takde sape yang kesah.hihi. Cuti 1 hari daripada mengadap kertas exam yang buat aku nak giler,hari ini boleh la aku rehat kejap dari semua tuu. Lepas tuu sambung dengan exam chemist,bio and economy.huh!. Sebelum study 3 subjek killer tuu aku nak hupdet blog sat ep. sat jah..

Hey guys,do you still remember THIS ???. haah hari nie aku nak sambung balik cerita tuu semua yaa. Actually,orang yang aku cerita dekat entry hari tuu bukanlah kekasih gelap ke hape,dia just fasilitator merangkap ketua fasi dekat kem yang aku hadiri without my friends. Aku pergi sorang-sorang jew,bygkn dekat daerah aku nie,aku sorang jew hadiri kem tuu. Memang giler sebab tak kenal sape-sape pun time tuu.hee. Ok,sambung balik.. 

Aku on tv, tiba-tiba ternampak sorang laki nie,macam aku pernah kenal jew. Ingat punya ingat,paksa punya paksa akhirnya aku ingat dia fasi kem hari tuu. Terus aku cari dekat google nama dia,woihh berlambak keluar result. Popular gak fasi nie. Aku hengat kan dia just fasi biasa-biasa jewp. Rupa-rupanya dah banyak show tv dia hadiri. Dia seorang motivator yang cukup terkenal baik di alam maya atau nyata. Lepas dapat tahu tu terus laa cari dekat muka buku then berjumpa lah. Aku pm dia nakkkan kepastiaan dan sah mmng dia,he rply me.

Untung jugak dapat jumpa dia balik,dapatlah kembalikan motivasi diri nie,. Dia rajin bagi nasihat terutama berkaitan nak hadapi masa-masa akan datang. Thank you Sir Mohd Fazli Abdul Manaf.!.Perlu ke gambar dia? tak perlu kot.huehue.

Sekian..

p/s : nak smbung study naa,bye2

06 September 2012

Teaser



Teaser~


01 September 2012

Ular Di Kaki




Assalamualaikum..

Mak oii,tuhan je yang tahu bertapa takutnya aku hadapi situasi tengah hari tadi. Dah tak boleh nak fikir apa-apa dah selain nak keluar cepat-cepat.

Cerita nya macam nie. Tengah hari tadi macam biasa laa,aku mengadap notebook kejap check email,facebook,blog dan sebagainya. Aku buat macam biasa laa. Duduk tempat biasa,online macam biasa. Tetiba aku dengar bunyi bising dekat belakang almari yang terletak tepi aku. Aku buat macam biasa laa,selalunya tikus yang buat bising.Kat rumah aku nie tikus boleh tahan jugak kuantitinya..

5 minit lepas tuu,bunyi bising makin kuat. Fuhh berdebar giler,tak pernah lagi ada bunyi bising sampai macam tuu sekali. Aku nak pergi tengok tuu,keluar tikus dari belakang almari. Terperanjat laa,. Secara automatiknya aku duduk mencangkung atas kerusi,bab2 tikus nie aku geli.

Aku sambung online lagi dengan kedudukan mencangkung atas kerusi.hehe.. lebih kurang dua minit. Aku nampak satu benda yang hitam sangat-sangat panjang pulak tuu dekat sangat dengan kerusi aku.. Dengan sekuat hati aku jerit "MA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!",siryes tak pernah jerit tahap maksimum macam tuu..aku terjun dari kerusi,aku lompat atas katil,memang aku tak boleh fikir apa-apa lagi masa tuu. Aku nak pergi bukak pintu,pintu pulak buat hal,x boleh nak bukak..Nak giler aku time tuu. Takut.. Cuba punya cuba rupanya pintu kunci. Terus aku tarik kunyi,aku keluar sampai luar rumah bukan keluar sampai ruang tamu sampai luar rumah tau..

Menangis aku dibuatnya,ma pulak dah risau tapi dia tak pulak keluar dari rumah. Terus call uncle aku mintak tolong dia. Tapi bila dia sampai ular tuu dah takde. Tak tau pergi mana..Siryes aku tengah trauma sekarang nie. Aku xkan masuk dalam bilik aku lagi.. Ruang tamu dah jadi tempat aku study sekarang nie. Masih lagi terbayang-bayang ular tuu dekat kaki aku...:(
 
Designed by Beautifully Chaotic