Pages

10 July 2013

YPPB Tunas Potensi Scholarship



Assalamualaikum & Salam Sayang

Seminggu selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) di umumkan,aku seolah-olah dijangkiti satu penyakit yang boleh di kategorikan agak gila kot.muehehe. Apa penyakit tuu?Haa tu dia lah nak habaq dekat hangpa semua. Selepas tahu aje result SPM,ramai lepasan-lepasan SPM akan buat permohonan ke IPTA(UPU),Matrikulasi(sebelum result lagi nie),MARA Scholarships,KPM(Kolej Profesional Mara),KPTM,KKTM,Politeknik dan banyak lagi lah. Kebanyakkan mereka akan buat permohonan mengikut kesesuaian result mereka,kalau result mereka tidak melayakkan mereka untuk permohonan MARA Scholarships,sah-sah lah mereka tak buat permohonan tu,tapi aku ni tamak tahap tak boleh dihalang lagi,semua aku nak, jadi aku isi semua   tak kira Swasta ke kerajaan,semua aku rembat.Even,JPA punya scholarship pun aku mohon termasuklah Petronas. Sah. Hilang akal merangkap buat kerja sia-sia. Dah tahu result tak cukup kuat untuk scholarship  tu isi jugak last sekali sakit hati tak terpilih lepas tuu mula lah nak marah ka pihak tu pihak ni.muehehe. Seingat aku last aku kemukan permohonan aku adalah untuk YPPB Tunas Potensi Scholarship(secara tidak sengaja aku isi,main-main sebab tak tahu biasiswa apa).Pada mulanya scholarship ni akan diberikan setelah kita masuk IPTA melalui Upu rupanya tidak,meleset segala andaian.

Nak dijadikan cerita,seminggu,2 0r 3 minggu takpun sebulan aku dah lupa,aku ada terima satu email daripada pihak YPPB mengatakan aku telah terpilih untuk menjalani ujian kelayakan secara online untuk scholarship diorang. Makkkkkkkkkkkk!!!!.
Biasiswa apa nie? Aku betul-betul dah lupa plus terperanjat plus sengal plus sewel plus segala-galanya lah. Serious beb aku betul-betul lupa yang aku pernah mohon biasiswa under YPPB.Aku tenang,rileks tapi kepala hotak ligat berpusing 360 darjah ujian apa yang diorang nak bagi. Kalau bagi soalan chemistry,sorry to say aku hanya ingat h2O aje.Ngee.Fizik?Bernoulli principle semakin kabur dalam ingatan. Biology?lagi lah hotak aku biol. Additional Mathematics?terus pengsan.
Nak taknak aku buat jugak ujian online tuu ikut kepala hotak yang dah lama tak pergi sekolah tapi ilmu masih penuh di dada
(ok,ayat propa).Pendekkan cerita,lebih kurang 2 weeks lepas tuu,masuk lagi email dalam inbox aku,dari YPPB jugak,tahu dia cakap apa?.nie ayat dia,
"TAHNIAH ANDA TELAH TERPILIH UNTUK MENJALANI SESI PEMILIHAN TERAKHIR BIASIWA KAMI''lebih kurang macam tu kot ,tak ingat dah.muehehe.Sekali lagi aku menjerit panggil Makkkkkkkkkkkkkkkkk!!!. Aku kena  pergi interview!. Apa ni,tak pernah pergi interview pun sebelum nie,nak cakap apa,nak buat mimik muka macam mana,kalau dia suruh aku speaking macam mana?memang sah litang pukang segala BI aku.Tempat temuduga itu pun aku tak tahu. GrandRiverview Hotel. Aku anak kelahiran Kelantan pun tak tahu mana letak nya hotel ber'Grand-Grand ni(ok,sekali lagi ayat propa).muehehe.

TARIKH: 15 MAY 2013
TEMPAT: GRAND RIVERVIEW HOTEL,KOTA BHARU
PROGRAM: TEMUDUGA BIASISWA TUNAS POTENSI
ANJURAN: YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA



15 MAY 2013 hari  jantung aku berdegup kencang mengalahkan orang jatuh cinta pandang pertama.Melangkah aje masuk ke GR Hotel,kaki aku kaku dekat pintu,terkejut tengok gaya-gaya candidate lain,formal gila dan nampak briliant. Mesti daripada sekolah-sekolah top,MRSM,SBP or sekolah kluster(sudah menjadi tabiat aku membanding-bandingkan sekolah,muehehe).Lama jugak aku kaku dekat pintu sampai lah abah aku ketuk belakang aku,Makkk aih terkejut lagi,nasib baik abah aku yang sentuh belakang aku,kalau orang lain,memang merasa wachaa aku laa.:). Pendek kan cerita,selepas mendaftarkan diri,ambil TAG nama yang agak creative,hahaha,aku terus cari Abah aku minta dia balik dulu. Bukan halau abah aku ni weh,ni adalah salah satu cara untuk aku menghilangkan rasa nervous dan ke anakan aku. Cuba kalau abah aku ada dekat sana sepanjang aku menjalani sesi temuduga tu,tak ke pucat macam mayat aku nak masuk ke bilik temuduga tu dan kalau aku tak berjaya memang basah habis baju abah aku,hujan air mata lah katakan.muehehe dan untuk kesenangan abah aku jugak,kalau dia tunggu pun buat penat aje sebab sesi pemilihan hari tuu banyak peringkat,lama gila sampai aku balik rumah terus pengsan atas katil.:).So,sesi pemilihan hari tu dmulakan dengan ucapan oleh ketua diorang kot,sorry aku lupa nama,yang aku ingat dia seorang perempuan dan berkaca mata. Lepas saje ucapan,kiteorang dibahagikan dalam kumpulan yang besar. Aku?semestinya group pertama,duduk depan kan,mestilah didahulukan.:).Aktiviti dan ke mana group yang lain aku tak tahu sebab kiteorang dah berpecah:).

Group yang pertama merangkap group aku,dipanggil dan dibawa ke bilik satu kalau tak silap,memang ramai ahlinya. Kiteorang punya person in-charge adalah miss or madam Puspa(tak tahu status). Aktiviti pertama,kiteorang dikehendaki memperkenalkan nama kiteorang kepada semua ahli kumpulan.Alah kacang aje nie.Meleset!.Miss or Madam Puspa minta kiteoarang bagitahu nama kiteorang dengan satu kata adjektif mengikut huruf pertama nama kita. You know what I mean?(ayat sir Akhbar.muehehe).Example,kita ambil nama Miss or Madam Puspa sendiri,macam nie kena perkenalkan diri
'' hi,I'm positive  Puspa''.Easy kan?tahu aku jawab apa?hahaha,satu ayat yang amat membangga diri.
''hi,I'm beauty budiyati''haha.malu jugak tapi tuu je yang  terlintas dalam kepala. Tapi ada baik jugak cakap macam tu,bukankah setiap ciptaan Allah itu cantik.(ayat tak boleh blah lagi). Habis sesi perkenalkan diri,kiteorang dibahagikan kepada dua kumpulan lagi,jadilah kumpulan yang kecil.:)So,persaingan bermula. Aku masih di kumpulan yang pertama. Kumpulan yang kedua diminta ke bilik sebelah.Di sini kiteorang diberikan 2 task. Pertama kiteorang diberikan bahan-bahan then dikehendaki mereka satu permainan daripada bahan-bahan tersebut. Pertempuran bermula! I like it. Bermacam-macam ragam ada masa ni,percanggahan idea pun ada. As usual,aku sebagai penyelamatnya.muehehe.Means that aku ambil bahagian jugak lah dalam perbincangan itu. Masa  hanya diberi 25 minit sahaja,akhirnya siap jugak permainan tersebut.:)Tak nak cakap apa nama permainan itu,confirm pecah perut korang.

Group aku ke bilik sebelah menjalani task yang kedua sebelum melayakkan diri ke sesi temuduga. Kalau aku failed untuk task ni,aku kena balik awal.:). Takde temuduga.Task kedua,kami diberikan satu tajuk perbincangan pasal banjir.Kami dikehendaki membincangkan penyelesaian untuk mengatasi pelbagai masalah semasa berlakunya banjir.Pendekkan cerita lagi,keputusan aku berjaya melepasi peringkat pertama. Yeay!!.ada temuduga.Rehat kejap. Kiteorang diminta ke satu Hall ni untuk menjalani ujian esei dan juga personaliti diri. Ujian lagi,benci la macam nie,dah lah badan kita ni dan penat,lapar lagi.muehehe.Esei takde lah panjang sangat nak kena tulis,satu aku tak suka menulis menggunakan pensel.OMG.bukan budak sekolah rendah or kindergarten nie. Tulisan memang azab ditambah pula dengan skill menulis yang dah tumpul.(lama dah tinggal zaman sekolah),hanya 3 esei yang perlu dijawab.Ujian personaliti diri,juat jawab atas kertas,pening sikit nak jawab ni,sebab banyak perkataan atau istillah yang tak berapa faham.Habis ujian tu semua,pergi ke bilik lain untuk bagi dokumen-dokumen yang diminta oleh pihak YPPB.Agak lama jugak dekat situ sebab bersembang dengan sorang abang ni,bukan nak check orang punya dokumen,ajak orang bersembang pulak,layan aje lah.Siap serahkan dokumen,pergi ke hall tadi,menunggu giliran untuk ditemuduga. Cuak,lama gila menunggu.Pukul 7 malam baru dipanggil masuk.Ada orang buat interview time tu?Unik betul YPPB.muehehe.

Melangkah masuk ke dewan temuduga,dah la lampu dalam dewan tu romantik,sejuk lepas tuu badan aku seram sejuk terasa diri berada dalam dunia Harry Potter,seakan-akan bertemu Voldermorth.Opps tak boleh sebut nama tak pasal-pasal voldermorth beserta konco-konconya serang aku.Sampai depan interviewer aku,lelaki yang agak berumur,lebih tua daripada bapak aku.muehehe. Alhamdulillah,dia tanya akau dalam bahasa melayu!.Gembira tidak terhingga uolls. Actually suasana masa tu tak macam interview pon malah lebih kepada perbualan biasa. Seolah-olah perbualan dengan kawan-kawan aje.Interview hari tu berakhir dengan satu senyuman terukir di bibir aku.haha.Ayat novel giler. 2 minggu selepas itu result keluar,seminggu selepas result UPU(tak nak cakap pasal UPU lagi,sakit hati).Alhamdulillah Allah SWT masih nak bagi aku rezeki. Aku berjaya dapatkan biasiswa tunas potensi YPPB.Program yang ditawarkan adalah foundation in business.Pada mulanya aku teragak-agak nak terima sebab aku tak minat business,then fikir kalau ambil jurusan bisnes aku boleh belajar handle bisnes sendiri lepas tu boleh bukak syarikat penerbangan sendiri,café sendiri. Oh besarnya impian. Bincang balik dengan family dan berfikir waras aku akan terima tawaran tuu but degree sambung dalam accounting.Why?sebab permintaan akauntan sekarang kan tinggi,gaji pun boleh tahan.Kalau aku further in business agak berisiko jugak sebab..banyak sebab la.haha. So,keputusan muktamad adalah Foundation in business dekat Nilai University setahun and then degree in accounting dekat Nilai University or abroad ke mane-mane partners Nilai University.

Belum habis lagi,setelah menerima tawaran tersebut,aku dikehendaki melaporkan diri di Sunway Monash Residence 3 hari selepas mendapat tawaran,imagine lah sendiri bertapa kelam kabutnya aku menguruskan segala-galanya. Persiapan dan aktiviti sepanjang Bridging programme tersebut aku cerita lain kali aje eh. Sebab panjang sangat ceritanya.muehehe


Sekian,

Budiyati...
Share with the world:

13 comments:

Unknown said...

hye Budi.. my scholarmate..Sukanya baca nie.. :)

Anonymous said...

Klau saya nmakn (hi i'm available amira)ok x?

budiyati said...

errr i think it is not suitable. just think a simple word and have a good meaning. :). dapat jugk ke scholarship nie?

Anonymous said...

hai nini, i'm kak nadira who live in kg telekong.....
for your information, kak asmaq joining this program too, but she is in 1st batch... n me too joining this yppb, but me in tunas potensi plus.... hope will meet u one day

budiyati said...

akak sy pon tinggal dkat kg telekong..nanti contact eh,bleh jmpe dkat kg.hehe

Unknown said...

Assalamualaikum.. hai adik..:).. akak pun undder YPPb gak..akak skrg kat Intec..nti ade hari bleh la nk knal2 ngn adik..:)..btw, kak asmaq tu kawan akak..:) kitorang ade 2 week camp blan 12 ni kat Sunway Monash Residence.. kat situ tggal sbilik brpe org ye dik?bilik mandi cam mne?(xsbr nk tau.. :D hehe)

budiyati said...

w'slm kak. boleh je nk kenal ni facebook sy Budiyati Murni Kamarudin. nanti add ye. pasal penginapan dont worry. bilik sorg satu blik air tip top. just like an apartment. boleh refer dkat sini gmbar bilik.
http://ninieykamarudin.blogspot.com/2013/07/yppb-bridging-programme-part-1.html

Anonymous said...

Assalamulaikum,akak,sy nak tanya biasiswa tunas potensi nie,kalau kita dapat foundation in science kt uitm,kita still boleh dpt biasiswa tu untuk foundation tu x? need your answer ASAP cbb 3mei nie dah nk kene pegi pemilihan dah utk kelayakan temuduga .

budiyati said...

Hi adik so sorryyy. akak baruu je bace comment adik

Unknown said...

Hi! Can I know what kind of activities during the building bridge program? I also got the same course like you foundation in business but still a lil bit blurry here haha..I will be so glad if u could reply this comment :)

Unknown said...

Hi! Can I know what kind of activities during the building bridge program? I also got the same course like you, foundation in business but still a lil bit blurry here haha..I would be glad if u can leave a comment

budiyati said...

@Joshua Mairon
hi joshua, you dont have to worry anything because the activities during bridgin programme not to tough.just a simple activities only.

Before this, we need to attend bridging programme(BP) for 3 weeks

a week at the Outward Bound Malaysia(OBS) which is in Lumut,perak. At the OBS all the activities will be the outdoor activities, such as kayak, jungle tracking(this not a simple jungle trekking i think cause we need to walk in the jungle for 9 HOURS and each person need to carry a backpack , weight around 6 or 7 kg)and also camping in pangkor island.

another two weeks, we need to attend a lecture in sunway uni( this is the boring activities). the lecture is about english subject and preparation for us to be a university student.

During the two weeks , there will be 3 days, they will bring you guys to semenyih. utk programme mcm camp la. For this camp there will be a lots of activities that need u to have a strong mental. Be prepare.

That all the activities during BP.
btw, which university u will do ur foundation?

Laksamana paan said...

"hi, im friendly Farhan.."
amacam nama ni? osem x? haha..
adik, sy pun dak yppb, tp2 batch 3..
hope to see u soon.. haha :p

 
Designed by Beautifully Chaotic