Pages

01 June 2012

khasiat buah oren





korunk minat minum air sunquick tak?. mesti ramai yang minat kan?,jarang ninie jumpa orang yang tak minat dengan air sunquick nie. opss,kemarin ada cousin ninie datang rumah,dia ada bawak sekali adik or abang ipar dia ninie tak sure laa,wow muker sebijik macam abang Nara,seriously ninie memang kaget giler. ninie nak tanya kan pelik pulak rasew nanti kan tak pasal-pasal husband cousin ninie cop ninie nak mengorat pulak,dia tuu suker sakat ninie.

eh,dah lari tajuk pulak. nak cerita pasal buah oren keluar cerita klon abang Nara pulak,hehe. ok back to the tittle ninie nak share dengan korunk semua pasal khasiat buah oren untuk kulit & badan kita nie. ninie sure laa mesti dah ramai yang tahu khasiat buah oren nie kan?,tak kira laa ninie nak share jugak.hehe,jom layan..

1. Vitamin C Berperanan dlm pembentukan kolagen(komponen dasar pembentukan jaringan saraf dlm tubuh).Pembentukan kolagen yg baik sgt diperlukan untuk pembentukan ligamen,tendon,kulit,pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.Berperanan menyerap zat besi bukan organik(zat yg bukan berasal dari haiwan) yg membantu mencegah anemia.
Mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit. Mencegah kanser.Mencegah kenaikan LDL (lemak jahat) yg merupakan faktor utama penyakit jantung.Sebagai agen antioksidan yg mampu melawan daripada radikal bebas yang dapat mencantikan kulit dgn memperkuatkan sel-sel kulit dan mempercepatkan membaiki jaringan yg rosak.

2. Karbohidrat  Mengandungi fluktosa,glukosa dan sukrosa.Serat didlm karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut,pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.Sesuai untuk yg berusaha menurunkan berat badan .

3. Folat Menurunkan kadar homocystein yg merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.Menurunkan risiko Penyakit kardiovaskular

Selain itu buah oren juga mengandungi postasium,kalsium,thiamin,niasin,vitamin B6,fosforus,riboflavin dan asid pantotenik

haa kan bagus kalau setiap sajian kita ambil buah oren,ninie pown suker sangat dengan buah oren nie. kadang-kadang tuu curi-curi ambil nak buat masker. kalau tahu kat my mum bising laa nanti,dy akan cakap ninie membazir buah jew.

so untuk korunk yang memang alert dengan kesihatan nie,ninie sarankan ambil jew buah oren bagi setiap sajian makanan korunk ok,. tak payahlah nak susah-susah cari suplement bagai. bagi ninie kan suplement yang berlambak kat kedai tuu satu hari nanti akan bagi effect jugak. untuk selamat ambil jew bahan-bahan semulajadi untuk sihat,ok.

bye-bye & salam jumaat


Share with the world:

No comments:

 
Designed by Beautifully Chaotic