Pages

29 November 2012

syazwina peguam yang harus dikagumi~

Assalamualaikum & Salam Sayang


sumber:karangkraf.com




PERWATAKANNYA NAMPAK LEMBUT. NAMUN, SETIAP AYAT YANG KELUAR DARI BIBIR GADIS KELAHIRAN KUALA LUMPUR INI SEMUANYA BERISI DAN BERNAS. KATA GADIS PETAH INI, UNTUK MENJADI SEORANG PEGUAM YANG BERJAYA, DIA HARUS BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENDAPATKAN APA YANG DIA MAHU.
Nama penuh: Shazwina Binti Ahmad Mazli
Umur: 22 tahun
Jurusan: Sarjana Muda pengajian Undang-Undang dengan Kepujian
Tokoh dikagumi: Tun Dr Mahathir Mohamad

Itulah prinsip yang selalu dipegang oleh Shazwina Ahmad Mazli, pelajar jurusan undang-undang di tahun kedua Universiti Teknolgi MARA (UiTM) ini. Menurutnya, kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya, begitulah perumpamaan bagi mendapatkan sesuatu kejayaan kerana ia tidak akan datang bergolek. Kalau tidak berusaha, maka tidak akan ada hasilnya. Walaupun terpaksa bertukar aliran, gadis manis ini percaya ada hikmah yang berlaku di sebaliknya.
Tukar Aliran
Bercerita tentang jurusan yang diambilnya, kata Syazwina, asalnya dia adalah pelajar jurusan Sains tulen dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor seperti ibunya. Namun, hatinya lebih terdorong ke arah bahasa kerana ayahnya seorang pensyarah bahasa Inggeris di UiTM. Selepas tamat Matrikulasi, dia mula menimbang tara keputusan dan akhirnya memutuskan untuk mengambil jurusan yang bukan berasaskan sains kerana hatinya sudah tiada dalam bidang tersebut.
Akademi Dan Kokurikulum
Untuk aktiviti kokurikulum, dia menyertai sukan memanah tetapi belum pernah menyertai apa-apa pertandingan kerana masih di peringkat permulaan. Selain itu, dia juga menyertai mooting iaitu satu ko-kurikulum akademik khusus untuk pelajar undang-undang di mana ia seperti satu perbicaraan di mahkamah di mana dia perlu mewakili klien sebagai seorang peguam dan membentangkan kes. “Saya menyertai pertandingan mooting pertama sebagai wakil UiTM iaitu dalam pertandingan International Humanitarian Law Moot yang dianjurkan oleh ICRC atau persatuan Bulan Sabit Merah  Antarabangsa di Universiti Malaya pada bulan November lepas. Kumpulan saya berjaya ke peringkat akhir dan memenangi pertandingan itu,” ujarnya ceria.

Impian Setinggi Gunung

Gadis berbintang pisces ini memang suka merencanakan masa depannya walaupun masih di peringkat awal. Sekiranya berjaya mendapat keputusan yang bagus selepas mendapat Ijazah, dia berhasrat untuk menyambung pelajaran kursus profesional undang-undang di UiTM iaitu LLB Honours selama setahun kerana pelajar undang-undang harus mengambil kursus ini jika mahu menjadi seorang peguam.



24 November 2012

Jom BW sambil Follow sampai Lebam

Assalamualaikum & Salam Sayang



join segmen sekeja sebelum p lunch..hehe:)

18 November 2012

Pray For Them (GAZA)

Assalamualaikum & Salam Sayang
Sumber: Blog Rizwan






Salam

Buar pedoman kita...yakinlah sesungguhnya Allah sentiasa bersama mujahid palestin..
jangan terikut-ikut kata2 orang munafik yg mereka berpecah & lain2 fitnah.
yang berpecah adalah manusia2 hipokrit bertopengkan pejuang.

Allah-hu-akbar. ...
 

Keajaiban di peperangan Gaza 

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza: 

Peristiwa 1 

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan 
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah 
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar! 

Peristiwa 2 

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu??? 

Peristiwa 3 

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya. 

Peristiwa 4 

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! 
Allahu Akhbar! 

Peristiwa 5 

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel ! 

Peristiwa 6 

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". 
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? 

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. 
Allahu Akbar!!! 

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza 
bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya : 

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi. 

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah. 

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya. 

4. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa. 

5. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan.. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki. 

6. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah 
swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai. 

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun
lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS. 

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52) .










10 November 2012

i wish i could.....

Assalamualaikum & Salam Sayang

go there...

Sudah hampir sebulan aku menyepikan diri tanpa sebarang khabar berita, baik di twitter mahupun facebook..Sama ada orang kisah atau tidak akan kewujudan aku itu tidak menjadi sebarang permasalahan dalam hidup aku. Apa yang pasti aku semakin bahagia dan akan terus berbahagia di samping kawan-kawan dan juga keluarga.SPM??belum melabuhkan tirainya lagi dan aku semakin takut dan resah memikirkanya..Aku cuba dan terus cuba untuk dapatkan result yang terbaik tapi jika bukan rezeki aku lagi aku pasti redha dengan ketentuaNya..pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan itu..


Nami Island..Suatu tempat yang telah membuatkan aku terpesona dan tertarik akan kedaimaian yang terdapat di sebalik gambar ini..Sebelum nie tak pernah tahu pun nami island nie adalah sebuah pulau yang memunyai idaman aku. As usual laa kan,kita memang suka berangan so kita tuliskan ciri-ciri island yang memang menjadi idaman kita,then kita search laa pulau yang terdapat kat dunia nie,tutt tutt kita jumpa nami island yang terletak dekat korea..nak kata aku nie seorang yang fanatik dekat dunia korea nie tak juga tapi drama my girl korea memang aku layan ntah yang ke berapa kali dah..


Kalau laa tempat macam nie ada dekat tempat aku memang sah-sah aku tak nak balik rumah..Serius aku cakap memang aku suka kan tempat yang mempunyai persekitaran bersih dan yang penting ada pokok-pokok yang tinggi macam dekat gambar atas tuu laa..Rasa tersangatlah tenang tak boleh nak describe perasaan tuu macam mana bila ada dekat tempat macam nie..


Jeju Island,one of my favourite island. Mostly tahu yang pulau nie memang punya keunikkan sendiri dan amat terkenal dekat korean right??..Aku memang seorang yang suka kan pantai dan pulau. why??you know that pulau,pantai atau laut tuu melambang kan kedamaian tapi perlu ingat disebalik kedamaian tuu ada ombaknya..Ciri-ciri tuu kadang-kadang boleh mengambarkan perangai aku sebenarnya..Aku memang seorang yang tenang dari luaranya tapi...punya seribu satu rahsia yang bila-bila masa sahaja mampu mneyerang tanpa sebarang persoalan..


Masih ingat dengan rumah ini??Winter Sonata House..rumah nie tepi pantai jew,bukak je tingkap terus nampak laut..Memang satu anugerah yang begitu bermakna bagi aku jika sampai ke rumah nie..Angan-angan memang best kan..tapi untuk realisasikanya satu penyiksaan yang pedih sangat..

Sekian....






 
Designed by Beautifully Chaotic