Pages

31 August 2013

Hamper Raya SimplySiti Clearance Sale Until Tonight.!


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum and Greetings all.!

Whasuuppp uoolls,hari nie nak rajinkan jari-jari manis aku nie menaip entry promote sikit. Sikit je tak banyak,aku pun tak pandai sangat nak promote-promote barang nie. But hari nie pandai sikit sebab barang yang aku nak promote nie barang favourite aku.!

Dah berzaman kot tunggu item nie di 'sale' kan but hampeh.!. Last week aku ade lah shopping sikit-sikit dekat online shop nie then terjumpa item favourite aku nie buat sale.!
So,apa lagi,jom rembat.! wait2,item apa yang aku dok bebelkan nie. ?Here we go..



HIM charge EDT by SimplySiti.! Setahu aku perfume nie agak tinggi jugak harga diakan but now uoolss boleh dapatkan ia dengan harga serendah RM65.00 sahaja. Dalam harga tu jugak uoolss bukan sahaja dapat perfume but adalagi item-item lain seperti Gold Edition Shading Blush,kuih raya(random flavour) and eksklusif kad raya yang di sign Dato siti nurhaliza sendiri. Senang cerita uolls bayar RM65.00 then uolls boleh dapat Hamper Raya produk simplysiti seperti gambar di atas.:)murahkan.? Harga sebenarnya RM105.80(1 set).!. Terdapat 3 jenis perfume ni yang boleh uolls dapat likes Charge(picture),charm and magnet.

Buat uolls yang gadis-gadis macam aku nie sukakan wangian yang simple,sweet and fresh ada jugak hamper raya untuk uolls dan paling best harga lebih murah.!Uolls hanya perlukan RM40.00 sahaja then uolls dah boleh dah dapat hamper seperti gambar di bawah.!
Set include.1 miss candy EDT(50ml),1 kuih raya(randow flavour),and kad raya eksklusif di sign oleh Dato Siti Nurhaliza sendiri.:). Terdapat 3 variasi jugak iaitu miss Bloom,miss Candy,and miss Fruitti.
Aku ulang lagi hamper nie semua uolls boleh dapatkan dengan harga antara RM40.00-RM65.00 sahaja. Cepat shopping sebab tarikh last sale nie adalah sampai pukul 12.00 am malam nie.!(if im not mistaken).

Kat mana nak beli nie?click link dibawah.








28 August 2013

Why ''a cup of tea'' ?


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum and greetings all !!


As you see,my blog title has changed right ? from my own name,niniey kamarudin to A CUP OF TEA. Some of my readers keep asking me why a cup of tea not an interesting name or maybe something that sounds good and fantastic.! Thanks for the question girl.

So this is my answer.
I loves tea very much since i was a kid . When i feel sad or happy i like to drink a cup of tea and smell the scent of tea . I dont know why i do that, i just found it is something interesting to do .

Btw, tea means something relax,cool and peace.(just my opinion .haha). So,i choose a cup of tea as my blog title just because i wanna my readers feel relax,cool and peace when they read my entry seperti mereka sedang minum secawan teh panas. Ouch so mendamaikan jiwa. hoho.

chill yo.!! have a great day all .!



23 August 2013

I Learnt Something


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum and greetings to all.!

Lately i often post an entry right? 2 or more per day maybe.huh!. There's nothing for me to do right now so better i write a story for you guys.LOL(actually not a story.haha). 

Lets go to the main topic. Today i learnt something from someone,a blogger. Her blog not too famous like Fatin liyana,irene nadia,ben ashaari and her followers also not too many,less than 50 people like that but her entry or writing so fantastic,very meaningfull and full of lessons.

Sometime i thought why people not read a blog like this,why so many people like a gossip,entertainment and story that has no benefit at all.huh.*ask yourself*

From now on,i think we should read something that has benefits for ourself,family,community and importanly our religion.

So,what i've learned from her is "WRITTING NOT TO BE A FAMOUS BUT TO LEARNT SOMETHING NEW''

#sorry to all for my broken english. I think  i should write in english from now on to improve my english language :)

Boikot Dan Haramkan Filem Syirik Ini


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum & Salam Jumaat


Dunia semakin tua,kita semakin hampir kepada destinasi yang sebenar. Sejak kebelangan ini macam-macam tragedi sudah berlaku tetapi masih ramai lagi dalam kalangan kita yang lalai seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. 

Aku malas nak bercakap pasal amal ibadat orang ni sebab aku sendiri belum tentu cukup amal ibadat nya. Apa yang mampu aku katakan renungkan dan fikirkan sahaja. Sekadar untuk peringatan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain.

Tragedi di Mesir masih belum reda semoga Allah melindungi saudara-saudara kita di sana. Hari ini aku sekadar ingin berkongsi apa yang telah aku baca di salah satu blog tentang filem yang boleh merosakkan akidah kita dan anak-anak muda sekarang. Sepatutnya filem sebegini diharamkan daripada ditayang di negara kita Malaysia.


Keterangan lanjut rujuk di laman INI

22 August 2013

Sebenarnya Aku

~
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum & Salam Sayang

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk jari ini menari-nari di atas keyboard ini bagi meluahkan isi hati yang dari hari ke hari semakin gundah,semakin risau dan semakin takut untuk berdepan dengan dunia sebenar.

Aku,pada luaranya aku cukup berbangga,bahagia malah tidak sabar untuk meneruskan fasa seterusnya dalam kehidupan aku. Pada luaranya aku cukup kuat cukup bertenaga tetapi dalamanya aku seolah-olah terasa kelemahanya cukup takut untuk berdepan dengan kenyataan,kenyataan bahawa aku sudah dewasa sudah cukup kuat untuk membuat keputusan sendiri.

Orang disekeliling sudah mengangap aku sudah mampu untuk memilih jalan hidup aku sendiri malah mereka seolah-olah percaya bahawa aku boleh memandu kapal kehidupan aku. Tetapi mengapa aku sendiri tidak percaya pada kebolehan aku?Aku takut untuk berdepan dengan dunia realiti.

Entahlah,semakin hari idea untuk menaip entry semakin hilang.
#DoakanKesejahteraanRakyatMesir.

Hlovate, who is she/he ?

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum & Salam Sayang

Tatkala membaca entry daripada blog kawan aku,tiba-tiba hati terdetik nak baca  entry-entry yang lama dia. Salah satunya adalah entry yang bertajuk HLOVATE(tajuk yg menarik,ingatkan penulis novel like JK.Rowling). 
Baca punya baca,rupanya HLOVATE ialah seorang penulis novel dan paling mebuatkan aku sentap kenapa aku tak pernah tahu tentang kewujudan novel-novel beliau?

Berdasarkan result daripada Google,novel yang telah Hlovate tulis sudah mencecah 6 buah. Apa yang menarik minat aku tentang Hlovate ni,she/he never dedahkan identiti dia yang sebenar,memang misteri. Siapa pun dia its not important right now because aku nak p cari karya-karya dia ni dekat pesta buku next week.


Memang,aku tak pernah baca atau tahu tentang kewujudan novel-novel hlovate tapi itu bukan isu sekarang. Apa yang aku tahu sekarang,aku dah jatuh cinta dengan karya-karya hlovate. Boleh baca online je karya-karya dia tapi aku tak nak,aku nak miliki karya dia. Next week will be the beginner of my mission nak cari novel Hlovate.

21 August 2013

Kita Semakin Hampir Ke Alam Abadi


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum & Salam Ukhwah

" Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria...tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin....sebaliknya MEKKAH dan MADINAH....dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel)dan sekutunya Syiah (Iran)......bermula dengan;-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme,walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan,Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.
-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.
-IRAQ satu2nya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).
- AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).- LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring"...Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"...dibantu dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).
-SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.
-MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin,kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.
LIHATLAH...DIPETA,,,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK......Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat Suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah Rom.......
SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? Semua sedia Maklum...ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya.....dan satu-satunya lelaki Habsyah(kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA.....Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:
DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN.SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!. ''




Kata-kata peringatan mahupun artikel di atas bukanlah hasil tulisan aku 100%. Aku hanya mengambil petikan tersebut di salah satu blog untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca blog aku. Semoga apa yang aku kongsikan ini mampu membuka mata hati kita untuk terus berjuang di bumi Allah ini untuk mencapai matlamat sebenar kita iaitu menuju ke Alam yang Abadi. :)

Hari ini saat ini marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia.

#prayforegypt

20 August 2013

Ada style macam fatin liyana tak?





Ok tajuk memang propa betul-betul..:)
stay tune oke.

just posting a teaser


17 August 2013

Cameron Highlands [MALAYSIA]


Assalamualaikum & Salam Sayang

Hollaaaaa sweet gorgeous follower. Dalam aku dok usha-usha blog sorang blogger nie,actually nak tunggu die update entry (sampai ke hari ni tak update-update lagi) rupanya aku sendiri tak update entry lagi..wuhuuu. Jadi,dengan masa yang masih berbaki 2 minggu lagi nie,aku nak terus story mory dengan korang sekerap yang mungkin. Lepas masuk U nanti harap maaf kalau aku men ''anak tirikan'' korang.(propa)

Guys how about your Raya celebration?is it fun? i hope so. This Raya aku still tak menghidupkan pagi raya. Why?As usual,i lebihkan tidur jawabnya terlepas lah segala moment dan aksi-aksi di pagi raya my family. Raya tahun ni pun aku dan family tak raya dekat rumah lama-lama sebab malam raya ke 2 kiteorang dah daki bukit nak p raya kat sana lah katakan.*wink2*Nak tahu bukit mana yang NK and family buat Raya celebration?jom usha  blog NK.


programme: NK's Family Trip 
venue: Cameron Highlands
date : 10 until 11th August 2013

Trip kali nie pergi dengan family sebelah Abah. Idea asal tak tahu daripada sape sebab NK dengan family NK ikot je tanpa banyak soal. Pada awalnya kiteorang tak nak pergi but uncle2 aunty2 dok pujuk suruh pergi siap datang jemput lagi,pergi lah jugak. Kiteorang bertolak pada pukul 3 pagi 10.08.13. Menarik kan. Pagi-pagi orang dok lena tidur kiteorang berkonvoi reramai atas jalan raya.wehhheeee.


Lokasi pertama haruslah mencari sign yang famous dekat CH kan.Apa lagi..STRAWBERRY laa. Sebelumcheck in dekat apartment,we all singgah dekat pasar CH tepi jalan lokasi nye if im not mistaken. Misi mencari buat strawberry!. Tips daripada NK,if you all nak dapatkan strawberry yang fresh dan manis better you all dapatkan dari Ladang. Strawberry dari ladang manis(serious tak tipu) dan kalau you all bawak balik pown dia takkan lebam dan masam. Kesegarannya masih terjaga berbanding strawberry dari pasar.

One more thing,kalau nak beli cenderemata untuk kawan-kawan ke better beli dekat pasar malam CH je sebab kualiti barangan sama sahaja dekat CH. Harga pun lebih murah dekat pasar malam berbanding dengan kedai-kedai cenderamata yang lain.Korang kena pandai pilih tempat lah jangan terpedaya dengan iklan-iklan daripada peniaga. NK tahu harga dekat pasar malam lebih murah sebab we all sempat lalu dekat pasar malam ternampak peniaga-peniaga tengah melelong murah-murah barang. Lalu je lah tak sempat nak singgah sebab takde parking.


My little sister obses with strawberry sebab strawberry dekat sini manis sessangat. Bawa balik rumah terus masam. Menyakitkan hati betul.


Dalam masa singkat tu jugak we all ke Ladang Teh,kalau datang ke CH tak sah kalau tak ke Ladang Teh. Sebab,selain strawberry CH amat terkenal dengan pengeluaran Teh. Lagi tips daripada NK untuk you all yang bercadang nak ke Ladang Teh CH. Seperti yang you all tahu area ladang teh nie bercerun,so kalau yang menjadi driver banyakkan bersabar sebab traffik teruk dekat sana.haha. Serious,aku yang tak menjadi driver nie pon boleh naik angin. Jalan dekat sana mampu memuatkan satu kereta sahaja so kena pandai-pandai lah driver tuu menguruskan trafik dekat sana,polis trafik takde nak tolong you all.

FYI, main area ladang teh terletak di kawasan tinggi,untuk mengelakkan kesesakkan di kawasan sana kereta tak dibenarkan parkind di main area terlalu banyak. Kebanyakkan kereta diminta untuk parking di kawasan bawah dan visiters need to berjalan kaki untuk sampai ke main area,tak jauh sangat pon.NK pun selamba rock aje berjalan kaki ke main area. If dalam rombongam you all nie ada baby ke warga emas ke diorang akan benarkan you all ke main area dengan menaiki kereta. NK sarankan berjalan kaki aje,best giler menikmati keindahan alam secara live..


Permandangan daripada main area Ladang Teh. Agak sejuk dekat sini tapi takdelah sesejuk Korea.weheee. This is my cousin,budak ni memang nakal. Kenakalan dia memang pelik. Boleh imagine tak dia pergi kencing secara live in public.!!.Memalukan betul. Uncle NK cakap Salah satu scene Ombak Rindu ada shoot dekat sini. I'm not sure whether its true or not.:)

Dekat kawasan ni you all boleh shoot gambar banyak-banyak sebab kawasan sangat lah indah dan pencahayaan terbaikkkkk.!!



Ini adik perempuan NK yang pertama dan ketiga. Gambar dekat atas tu adik perempuan yang kedua,yang paling nakal. NK tak pernah post dekat mana-mana site gambar they all nie so this is exclusive picture.wuhuuu.This picture was taken inside of Teh Boh Shop. Deko dalaman cantik dan retro gichuu..


Flower,salah satu favourite NK. Fresh Flower. Kalau you all nak tengok bunga yang cantik-cantik NK suggest you all p Lavender Garden. Sumpah terbaikkkk..RM5 person untuk masuk. Gambar dekat LG takde lah sebab we all tak pergi..hehe.


Lokasi terakhir sebelum we all berpecah untuk balik ke rumah masing adalah Ladang strawberry,maybe.haha. Alaa tempat Vanilla Coklat shooting tuu. Scene Amir say I LOVE YOU to Zara. Ingat tak?Lupee leteww. Dekat sini we all try strawberry ice cream,strawberry drink,strawberry salut coklat semua nya strawberry laa. Untuk strawberry yang salut coklat tuu harga dia RM2 sebatang kalau beli 3 batang you all boleh dapat dengan harga RM5.


Ice cream ni best jugak tapi kalau aku yang buat lagi best kot.hahaha. Rasa strawberry lebih. Color merah tuu rasa macam jelly,masam-masam sikit. RM3 per cup if im not mistaken sebab uncle NK yang bayarkan.haha. We all pon santap maggi dekat sini. Tak tahu lah kenapa nampak best je maggi dekat sini padahal dekat rumah tak hadap-hadap pown.

Lebih kurang pukul 3 petang 11.08.13 we all berangkat balik rumah masing-masing. Untuk you all yang bercadang nak ke CH tak perlu risau pasal bajet kot sebab barang-barang dekat sini murah tuu pun kalau you all pandai pilih kedai.

Last but not least terimalah premiere picture NK's family(belah abah). Nie baru separuh. Ramai lagi. Adik beradik abah semua 12 orang.:)


Abah n ma NK.Abang je tak pergi.:)
Adios Amigos.!



03 August 2013

Hidangan Hari Raya Idaman Hati




Assalamualaikum & Salam Sayang

Puasa dah tinggal 4 hari dah,mak2 kat luar sana dah mula sibuk buat preparation nak raya,beli baju raya,kuih raya,langsir raya,perabot raya,kereta raya,semua raya laa kan(amboi melebih pulak). Raya tahun ni aku pokai,betul-betul pokai sebab duit aku dah habis p sunway hari tuu.Habis licinn weh,habuk pun takdak. Duit dengan my mum ada lagi tapi tak nak ambik nanti bulan 9 nak pakai duit banyak lagi wesh. So,i decided no baju raya tahun nie.Minta sponsor daripada mak2 sedara aku jewp.Tutup kisah baju raya.

Hidangan raya. Tak hidangkan apa-apa pada hari raya memang tak best la uolls,pagi-pagi nak makan sedap setelah sebulan memiskinkan perut. Aku ni berhajatlah nak buat kek.(tetiba terdetik kat hati nak buat kek,sebelum ni satu masakan pun aku tak pernah buat kecuali masak nasi dan goreng telur dadar). Harap-harap jadi lah kan,niat aje,ada bajet aku buat lah.Bajet pun nak minta belas kasihan bapak aku.

Menu pertama: Cheese cake

Motifnya,sebab aku giler betul kalau nampak cheese,boleh menjerit tak hengat dunia. Kegilaan aku terhadap cheese bermula setelah aku santap cheese cake yang aunty aku beli dekat  Paradigm Mall.! best giler uolls..Lembut,berkrim,yummm memang terasa kekejuan nya. Resepinya aku pun dah usha-usha kat encik Google. Bermacam-macam jenis cheese cake ada yang terbaru kek keju oreo. Cara-cara nak buat pun senang aje,ada yang boleh kukus,bakar atau masuk fridge tunggu sejuk sikit pun ada.

Menu kedua : Red velvet cake


If im not mistaken,red velvet cake sangat famous tahun lepasa. Login facebook,twitter,blog semua bercakap pasal kesedapan red velvet cake nie. Bukak tv pun dah mula siar iklan kek red velvet. So aku apa lagi,mudah terpengaruh. Nak buat laa untuk raya nie kan. Yela sebelum ni asyik dok mengadap gambar kek je depan Lappy,sekali sekala nak jugak try buat sendiri.

Menu ketiga : Pavlova


Dessert.! of course la yang paling famous abad ini kan. Even fatin liyana yang meletopps tuu pun rajin buat pavlova,aku mesti lah nak buat jugak. Ramai blogger bising-bising pavlova ni sangat lembut dan sedap kalau cara buatan nya betul. Teringin jugak nak bagi budak-budak nie makan dessert2 yang pelikss uolss.

Itulah serba sedikit perancangan menu hari raya 2013 aku.harap-harap menjadi lah.
sekian...


02 August 2013

Nilai University




Hello guys,as you see the offer letter above,i have been accepted by Nilai Uni to further my study at there. Thank you Nilai University for this chance. Sebelum ni aku asyik update pasal Yayasan peneraju pendidikan bumiputera yang taja aku melanjutkan pelajaran kan. So hari ni nak jugak bagitahu tempat yang bakal aku belajar bulan 9 nie.Insyallah.

Actually,aku dapat official offer letter daripada YPPB untuk sambung belajar dekat Asia Pacific University dekat Bukit Jalil. Discuss punya discuss dengan pihak YPPB,finally i got what i want. Aku minta untuk further study dekat Nilai Uni.But why?i dont know,maybe because of the enviroment and kos sara hidup dekat sana tidak terlalu tinggi and most importantly,Nilai adalah tempat membeli belah yang paling best.!

Aku akan sambung study dalam program asasi bisnes dan terus ke degree bisnes adminstration dekat Nilai uni.But tu perancangan YPPB untuk aku. Aku pun dah tanya dengan YPPB if aku nak tukar bidang bila degree nanti diorang kasi tak,agak-agak la kan. Pn.Nora said no problem as long as you get higher marks and pointer tuu must 3.0 above. I try my best.!

Good news again from Nilai Uni,if nanti degree aku capai pointer yang tinggi,diorang akan benarkan aku pilih samada untuk buat degree dekat dalam or luar negara.Mesti lah pilih dekat luar negara kan.Bila lagi nak pergi lagipun orang nak taja semua kan.(but i'm not sure whether YPPB or Nilai Uni yang bakal taja degree ke oversea).

Apapun i'm really thankful sebab diberi peluang untuk sambung belajar setelah kecewa teruk dengan result UPU dan Matrik. But i dapat Politeknik tahu. Politeknik dekat port dickson kos kejuruteraan mekanikal. Awal-awal aku tolak,dah tak ada mood nak terima offer daripada IPTA. Siapa suruh kecewakan aku awal-awal.kan kita dah tak suka sekarang.!

See you in the next entry

 
Designed by Beautifully Chaotic