Pages

28 June 2012

Cikgu Suhaimi~


Assamualaikum & Salam Sayang 


Macam mana ninie nak mulakan ep. Serius sebelum nie ninie tak pernah bercerita pasal cikgu-cikgu ninie dekat blog nie. Why?because ninie tak jumpa apa-apa yang boleh ninie ceritakan pasal cikgu-cikgu untuk rakan-rakan blog. Cikgu tu baik,cikgu tu garang semua nie dah biasa dah blogger-blogger dengar kan?

So today,i found a something speacial about this teacher,. He is not only a teacher but he can be a father,a friend and also an idol for me. Lama dah ninie nak create an entry untuk cikgu Suhaimi tapi ninie nak kumpul dulu cerita-cerita pasal dia yang membezakan dia daripada cikgu lain.

Kita mulakan dengan biografi dia dulu.

En. Suhaimi Bin Yusof ( Guru Cemerlang Fizik DG 54 ), dilahirkan pada 24 Julai 1962 di kampung Ga’al , Pasir Puteh Kelantan. Memulakan alam persekolahan di SK Ga’al , Pasir Puteh,  SK Bukit Puteri, Besut, Terengganu, SMK Seri Nering, Besut, SMK Padang Midin, Kuala Terengganu. Meneruskan pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia dan memperoleh Bsc.  Fizik Hons. serta Pendidikan ( 1985). Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Sains Pentadbiran Pendidikan di Fakulti Sains , Universiti Putra Malaysia(1999).  Pernah mengikuti Kursus Kepengetuaan Kebangsaan di IAB dan mendapat Sijil Kepengetuaan Kebangsaan (2000). Beliau merupakan Juru Latih Executive dan Juru Latih Utama untuk subjek Fizik. Pernah menjadi Juru Latih utama kepada Suruhanjaya Tenaga Nasional. Pernah menulis cerpen dalam koleksi antologi 1 bertajuk manisnya sengsara, antologi 2 bertajuk Delima, dan terkini antologi 3 bertajuk ke Maqam Inovasi.

Bagi ninie dia seorang yang amat berlainan dengan cikgu-cikgu yang mengajar ninie. Cara dia berfikir of course laa lain. Part nie yang amat ninie suka,dia selalu mencari idea untuk mempertingkatkan prestasi pembelajaran & pengajaran fizik. Selalunya dia akan bagi satu projek untuk para pelajar selesaikan dalam tempoh waktu yang diberi,kemuadian hasil daripada projek tu dia akan gunakan untuk mengajar dan juga melatih para pelajar belajar daripada bahan yang dihasilkan sendiri. Jarang ninie jumpa cikgu-cikgu yang mempunyai idea macam nie.

Selalunya kita jumpa cikgu-cikgu mengajar,memberi nota kemudian memberi latihan kepada pelajar. Cuba bayangkan kalau 10 orang cikgu mengajar mengunakan cara sebegitu? its something yang amat boring laa bagi ninie. Masuk kelas,buka buku,fokus and then buat latihan. Tak pelik laa kalau ninie tertidur dalam kelas. Tapi kelas cikgu suhaimi,huishh boleh masuk books of records kalau ninie tertidur tiem cikgu suhaimi mengajar. Memang ! ninie akui yang cikgu suhaimi memang tegas,selama nie ninie fikir dia mengajar terlalu tekankan pelajar-pelajar dia. Tapi lama kelamaan ninie perhatikan and fikir setiap tindakan yag dia lakukan ada tujuan dia yang pasti ia sesuatu yang terbaik untuk pelajar.

Idea cikgu Suhaimi yang terbaru. Saya tabik dekat cikgu! Serius dan jujur saya katakan yang saya memang tak pernah terjumpa cikgu yang melahirkan idea ini. Saya juga tak pernah menyangka bahawa cikgu akan bagi kepercayaan untuk jayakan projek sebesar nie dekat pelajar cikgu. Ninie nak tanya korang,pernah tak cikgu korang buat satu aktiviti like explore tapi melibatkan akademik? Kiranya bermain tapi dalam masa yang sama belajar cara-cara nak jawab soalan dan berfikir tentang pembelajaran.

Ninie rasa maybe ada tapi takkan sama dengan idea cikgu Suhaimi. Tadi pergi sekolah langsung tak belajar sebab student dalam kelas just ada 5 orang menjadi 4 orang. Yang lain semua terlibat dengan kem,ninie taknak join,and DON'T YOU DARE ASK ME WHY IM NOT JOIN?!..Time fizik,we goes to the physic lab. Cikgu suhaimi said tak perlu belajar hari ini tapi kita ada meeting. Cikgu suhaimi beritahu ninie,syaza,ern and nisa about his plan. Dia rancang nak buat satu event untuk pembelajaran di luar kelas,nak bagi suasana yang abru untuk pelajar. So dia mintak pendapat kita orang berempat how he can laksanakan projek nie. Memang satu keistimewaan dia untuk meminta idea dan pandangan daripada pelajar-pelajar bagi menyeronokkan lagi pengajaran dia. I like it.!. He guided us,so kita orang berempat and cikgu suhaimi bergabung idea untuk jayakan projek nie. Projek nie dikira agak besar laa sebab cikgu nak libatkan media.

Yang memberi panahan kilat dekat ninie nye,cikgu suhaimi berikan 100% kepercayaan dekat kita orang berempat untuk handle projek nie. Wow!! ninie tak pernah buat kerja nie,hehe.Nie lagi yang buat jantung nak tercabut,cikgu suhaimi said "murni,you siapkan kertas kerja projek nie then  present dekat saya". OMG!,macam mana cikgu boleh terfikir nak beri kepercayaan yang begitu besar dekat saya sedangkan saya sendiri tak percaya saya mampu untuk lakukan tugas nie. Tapi seperti kata seorang fasilitator ninie semasa kem dekat RTC hari tuu,"orang yang selalu dipandang hebat akan lakukan perkara yang luar biasa dari orang lain dan menerima setiap tugas tanpa memikirkan kegagalan tugas tersebut". Jadi saya terima tugas itu dan akan laksanakan dalam waktu yang cikgu beri. 

Cikgu,
Andai kata saya ditakdirkan untuk menjadi seorang guru kelak,
Saya ingin menjadi seorang guru seperti cikgu,
Seorang guru yang penuh dengan idea,
Seorang guru yang mampu lakukan semua perkara,
Dan..
Seorang guru yang mampu menjadi idola kepada pelajarnya.


Cikgu,selama nie nak sangat saya tanya soalan nie dekat cikgu tapi tak terkeluar dari mulut saya,kenapa cikgu memilih untuk menjadi seorang guru?sedangkan cikgu mampu mendapat kerja yang lebih hebat daripada itu?
Kenapa cikgu lebih memilih untuk duduk di dalam bilik yang kecil di sudut makmal sedangkan cikgu mampu memiliki bilik yang berhawa dingin,berkerusi empuk,bilik yang luas pokoknya bilik yang sepatutnya seorang yang berpengetahuan tinggi miliki?

So panjang entry kali nie..apa-apa pun dah puas hati sebab mampu menulis dan menyimpan memori cikgu suhaimi dekat blog nie.

Sekian.




note: trial dah dekat,mulai kurang bermain dan membuang masa. Masa hanya dipenuhi dengan rehat dan study.



Share with the world:

No comments:

 
Designed by Beautifully Chaotic