Pages

04 December 2013

HS Giveaway~



Assalamualaikum & salam sayang uolls.

 

Lately memang jarang giler nak update blog, nak jenguk-jenguk pon memang tak lah kan. As i said in last entry, next week dah bermula my first final exam as a university student. So kena work hard betul-betul laa kan.

Hari ni sebabkan kelas habis awal, curi-curi le mase nak update blog tuu pun sebab blogger Hana Sakura ade buat GA. Hadiahnye pulak, dress! dress pulak dress favourite kite sejak dulu-dulu lagi. Hope Hana Sakura bagi kite satu eh. :-)

Jom ramai-ramai join GiveAway by Hana Sakura.

26 November 2013

Dia Dalam Doa







Assalamualaikum & Salam sayang. :-)

Hati ini memang tidak boleh dipisahkan dengan dunia blog. Blog seolah-olah dunia kedua aku. Di sini banyak menyimpan kenangan serta segala macam rahsia. *rahsia sangatlah*.pheww.

Ni nak habaq mai, sejak-sejak akhir-akhir ni kan, kite kan. kite kan.kite kan,hehe. Entahlah tak tahu nak describe macam mana tapi apa yang pasti kite yang sekarang bukan yang dulu tahu. Sejak kebelakangan ni kite rase kite dah banyak berubah. Berubah ke arah yang baik laa,takkan nak berubah ke arah jahat, sia-sia lah mak ayah kite hantar kite study sini.

Kite pun rase yang diri kite lebih matang sekarang, mase dulu-dulu, memang kite lah ternakal dalam family, ter-manje pun ade jugak. Kite memang banyak mengada-ngada dulu. Kite banyak sangat susahkan family kite. Sekarang kite dah tak macam dulu lagi sebab kite jumpe seorang kawan ni. Dia lah yang banyak tolong kite.

Die banyak bagi nasihat, tolong kite, and selalu beri kite semangat. Nak cerita banyak lagi pasal die sebenarnya. Tapi biarlah dulu. Sebab................................ kejap lagi kite ade READING & GRAMMAR TEST.*pheww*. This test really makes me sick and gonna die.! pray for me guys.  Opps kat bawah ni kata-kata yang i sangat-sangat suke sekarang. bye2



23 November 2013

Royale Group.



Assalamualaikum...



will be update ASAP. :)


08 November 2013

Transformation



Assalamualaikum & saslam sayang semua :)


Kejap je nak ambik mase update blog sebab tengah rushing nak balik rumah nie. Orite. Transformation,maybe kot. Sejak kebelakangan ni aku tak tahu ape kena dengan aku,ape masalah,ape penyakit,ape perangai,ape tabiat. enough.! i really dont know.kebelakangan nie kan,aku rasa.....

Semakin bahagia,
semakin tenang 
semakin dekat dengan Nya
sungguh aku terasa kasih sayang di sekeliling aku...
Hanya padaMu aku panjatkan syukur.

Bertapa indahanya nikmaMu..
Memberikan aku rasa yang sukar untuk aku
tafsirkan.
Rasa yang menyatukan kasih sayang
Sungguh tak pernah aku merasakan seperti ini.!

Hanya satu yang dipohon..
Moga apa yang dirasa ini bukan rasa yang sia-sia
bukan rasa yang menjatuhkan maruah & agama
dan bukan rasa yang dimurkai.

Sekian. :)


05 November 2013

You & Ai :)




Aku menyedari telah jatuh cinta 
Tapi aku tak bisa mengungkapkan 
Terasa bahagiaku mencintaimu 
Walaupun kau belum mencintaiku



Aku di sini kan selalu menunggu 
Yang selalu ada di setiap waktumu 
Selalu menanti jawapanmu 
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi 
Semakin ku bisa untuk mengerti 
Dari semua hidupmu yang penuh duka 
Kan ku hapus semua menjadi indah

Aku di sini kan selalu menunggu 
Yang selalu ada di setiap waktumu 
Selalu menanti jawapanmu 
Untuk cintamu



Tak akan pernah hilang rasaku 
Cinta yang membawa dalam hatiku 
Bagai mata yang tak terpejam 
Aku tetap menantimu 
Aku tetap menantimu 
Aku kan tetap menantimu


credit : Nomad(tetap menantimu)

Dont say anything,just senyum. hehhehe :) ~ akan ade cerita yang bakal menyusul

29 October 2013

Kisah Saya Berumur 18 Tahun






Salam tak bagi hai pun terus lesap.ngee. Lama jugak aku menyepi dalam dunia blog nie kan. Update memang jarang-jarang sekali. Dah tahu kan alasanya ape? I dont want to mention here. Ok,ape cerita terbaru from me? Of course la nak bagi tahu satu dunia yang kite dah cukup umur.! 18 tahun ok uollls. 18 tahun sangat bermakna bagi aku sebab yang utama lagi penting adalah aku tak perlu minta tanda tangan parent lagi untuk ape-ape hal. Meaning to say i am not a kid anymore.!


Bersempena hari raya haji 15.10.2013 hari tuu,aku gagahkan diri untuk balik kampung kat kelantan even cuti 3 hari je then datang sini terus ada test(hambik kau) semata-mata untuk sambut birthday.!. Alright,birthday aku bukan 15.10 sebenarnya. Lewat 4 hari sambut. 11.10 tuu aku ade dekat Nilai lagi weh,still ade class yang nak kena attend.

Alright uolls,tak boleh nak cerita panjang-panjang,kejap lagi ade class pulak. Nie pun update sat dekat Library just for u all.(sweet tak kite?). Nak bagi rindu korang terubatlah. Kang rindu kat aku makin kuat tak ke aku yang susah nanti bile inbox fb,twitter n email penuh dengan soalan?Tak larat aku nak baca satu-satu babe.Ok,see u next time, banyak lagi cerita nak bagitahu satu dunia nie. Camera pun penuh dengan gambar yang still tak upload lagi.:)


06 October 2013

Try to keep update



Assalamualaikum & greetings all.!

Sejak dah tukar title daripada pengangur to full-time student,aku dah tak banyak update entry untuk pembaca-pembaca blog aku. Soweyyy yo.! kerje dar hari ke hari semakin bertambah sampai diri aku pun dah tak berape nak terurusa(ngeee itu propa). 

Setakat ini aku masih sihat dan tak sakit lagi. Mesti jaga kesihatan elok-elok guys sebab hampir every week ade test,assignment,dan macam-macam aktiviti lagi. So,if we're not in the pink of health(betul ntah idioms aku) banyak aktiviti laa kite terlepas,yang paling penting test and assignment sebab task ni semua adalah carry marks for final exam. Kalau terlepas memang failed jawab die,repeat la aku nanti then kena pakai duit sendiri bayar semua kos. Peneraju takkan tanggung woo.


Yesterday,Jannah and me went to JALAN TAR. For what?of course laa shopping.!!!. Saje nak hilangkan stress and nak ambil angin luar. Asyik berkurung dekat Nilai University je,nak laa jugak tengok dunia luar,ye dok.? We all keluar pukul 9.15 pukul 6 baru balik. Penat tak terkata but happy laa kan boleh keluar have fun,bukan selalu pon buat camni. Just Nilai 3 yang belum pergi lagi. Bas tak pergi sana,teksi tak berani sangat nak ambik.


Fruit salad. My favourite. Beli dekat Giant berdekatan je,bukan dekat Sogo k. Saje nak tunjuk. Fruit Salad yang ni tak sedap sangat berbanding Fruit salad dekat The Wok(steamboat center)


Sambil tunggu Jannah p cash out duit,gua mengasah kembali skill shot picture. Tapi hasil tak best sangat. Semua skill dah tumpol deh. Lama giler kot tak practice ambil gambar semua. Potrait,selca semua dah tak buat dah.:)


SOGO.! pusat membeli belah yang letopps jugak sebab lokasi yang strategik,tumpuan orang ramai kot. Harga ok lah,tuu pu kalau ada sale. Makanan dekat food court di tingkat 5 (if im not mistaken) sangat best. Macam-macam makanan korang boleh beli dekat sana. Sizzling?of course one of my favourite food.


See you in the next entry. 

27 September 2013

The Tired Day.!


Assalamualaikum & hoollaa.!

Kang dah cakap awal-awal kite sekarang busy sampai nak update blog untuk sepatah dua kata pun dah makin susah. Life as a university student memang so tough pada awalnya lah. But,lepas dah biasa dengan keadaan macam tuu,semua dah okeyy,masa sume dah boleh handle sikit even kadang-kadang tuu agak kelam kabut jugak,macam hari selasa last week,keletihan gua dibuatnya. Task banyak giler nak kena submmit keesokan harinya nak taknak aku kena jugak stay dekat library tuu sampai pukul 8 malam. Bayangkan,pukul 8 until 12 attend the class,then p library pukul 12 until 3 petang siapkan task n study sikit-sikit untuk lesson kejap lagi. pukul 3 until 5 kelas lagi. Pukul 5 until 8 malam,duduk library siapkan journal yang nak kena submit esok pagi.



Balik bilik pukul 8,gua dinner sekali dengan lunch yang tak sempat petang tadi,solat,mandi semua,gua sambung keja subject lain yang nak kena submit pagi esok jugak,last-last gua tertidur dekat meja study.keletihan.

Bye2.motif gua tulis semua nie dekat blog pon gua tak tahu.ngeeee

21 September 2013

A Transformation Of Life


Assalamualaikum and greetings all.!


Hidup sebagai seorang pelajar adalah perkara yang paling terindah dalam hidup aku . Aku telah di hantar ke sekolah dan bergelar seorang pelajar sejak umur 5 tahun lagi . Pada mulanya,aku tidak ke suka ke sekolah,yelah same macam sesetengah pelajar(sesetengah okey.!tak semua) . Bukan ape,cuma rasa tak best,pergi sekolah tak boleh nak main-main(perasaan budak-budak) . Bila umur semakin bertambah,pemikiran semakin matang dan kesungguhan untuk belajar itu semakin membuak-buak sehingga lah sekarang . Apa yang menjadi masalah nya i couldn't avoid from being a lazy person.hehe.But,aku bukan terlalu pemalas,kadang-kadang je .


Daripada sekolah peringkat Tadika,rendah,menengah dan sekarang university banyak memberi pengajaran dan juga pengalaman yang cukup terindah dalam hidup aku . Setiap hari aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk agama,bangsa dan masyarakat . Harapan aku adalah untuk menjadi seseorang yang disenangi oleh semua orang. Kehidupan di universiti adalah kehidupan yang agak mencabar jika dibandingkan dengan kehidupan aku sebagai pelajar sekolah . Di sini,aku kena belajar untuk hidup berdikari dan menyusaikan diri dengan pelbagai keadaan . Dekat U ni lah,banyak perkara baru yang aku belajar dan aku akan cuba untuk tidak terlalu,orang kata terpengaruh dengan budaya luar sehingga lupa asal usul.


Alhamdulillah,Allah bagi APA YANG AKU PERLUKAN BUKAN APA YANG AKU NAK . Allah juga mempertemukan aku dengan sahabat yang baik,yang boleh membimbing aku dan menemani aku sepanjang aku belajar di sini. Semoga kiteorang akan terus bersahabat until Jannah.(nama kawan aku tuu pun Jannah).hehe

Kebelakangan ni,aku agak jarang megupdate entri dekat blog. I'm really sorry for that . Kesibukkan melanda diri . Tapi lepas ni aku akan cuba lah untuk update blog maybe 1 entry per week. Sekurang-kurangnya kalau blog ni terupdate ada juga bahan untuk baca di zaman tua-tua nanti kan,takde lah hidup waktu tua-tua nanti boring dan paling penting dapat bagi cucu-cucu baca kisah nenek diorang nie(hope to be a beautiful grandmother,huhu)


Last but not least,doakan aku untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu dan menjadi seorang pelajar yang berjaya dunia akhirat. Paling penting akhlak sentiasa baik dan menjadi sebenar-benar perhiasan dunia akhirat.:)

P/S: muke dah makin tembam agak-agaknye..Skill untuk menulis pun dah tumpol nie.

12 September 2013

Life Update(University)




Assalamualaikum and greetings all.!
Whats up guys.?Its about 2 weeks im not update anythings on my blog. Hey.! dont worry im still alive just a little bit busy managing my enrolment to Nilai University.

Let me share with all of you about my experience here. First,i come to Nilai Uni for registration on september 9th. Before this,i received an email from Mr.Julian(my caunsellor here) that the registration for new student on september 9th and 10 while the oriantation on september 11,12 and 13. Ok i just follow that information.

On  last september 11 i went to the Uni for oriantation but jannah(my roommate also classmate)and me didnt know where and what time the oriantation will be held so we decided to go in the morning at 8 am. We went to DSA(Department Student Affair) to find out about oriantation and guess what they tell us??

"ORIANTASI DAH HABIS DAH,YOU ORANG KENAPA TAK MASUK KELAS LAGI?HARI NI KELAS START.''

Guys,you can imagine how our impression on that time right?. I really shocked,. DSA give us a timetable and some goodies. Then we went to our first classes,ENGLISH PROFIENCY without prepare anything and you know what,theres no malay in our class(FIB) except me and Jannah but nevermind,insyallah we will try to adapt with this situation and be friends with them,yes we're 1 citizen.!LOL.

Majority students in my class are chinesse students and indian. Theres also international student from Zambia or Zambidia if im not mistaken but sure is not ZOMBIDIA.!.My classmate also from China,his name aku lupa so sorry.

Today is my second day attend the class,so far so good. FYI i already have a malay friends here. They are Ain,Faz and Zainal. They are from FIS(Foundation In Science) students. We're just become a friends just know,in english classes.Its fun to make a friends with them.!

I think thats all for today,see you next time(if im not busy).

Lots of love,
niniey kamarudin(Budiyati Murni)

P/S: sorry,theres not picture yet,!

03 September 2013

When I fall In LOVEEEE.!





yups,love is beautiful....

02 September 2013

Learn English With Cikgu Ben/Cikgu Gigi Putih




بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum and Greetings All.!

Good day.! How's life?is it fun?or maybe something bad was happen?. Whatever happen around,you should be confident and continue your life as usual(what im talking about?LOL).

Ok guys,lets go to the main topic. Today i want introduce you with someone who can help you and also me improve our english language. So who is it?. Here we go.!

CIKGU BEN A.K.A CIKGU GIGI PUTIH


Wanna know more about him and learn english as easy as an ABC?just click the link below.:)

Happy Learning Guys.!(is it correct?)

31 August 2013

Hamper Raya SimplySiti Clearance Sale Until Tonight.!


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum and Greetings all.!

Whasuuppp uoolls,hari nie nak rajinkan jari-jari manis aku nie menaip entry promote sikit. Sikit je tak banyak,aku pun tak pandai sangat nak promote-promote barang nie. But hari nie pandai sikit sebab barang yang aku nak promote nie barang favourite aku.!

Dah berzaman kot tunggu item nie di 'sale' kan but hampeh.!. Last week aku ade lah shopping sikit-sikit dekat online shop nie then terjumpa item favourite aku nie buat sale.!
So,apa lagi,jom rembat.! wait2,item apa yang aku dok bebelkan nie. ?Here we go..



HIM charge EDT by SimplySiti.! Setahu aku perfume nie agak tinggi jugak harga diakan but now uoolss boleh dapatkan ia dengan harga serendah RM65.00 sahaja. Dalam harga tu jugak uoolss bukan sahaja dapat perfume but adalagi item-item lain seperti Gold Edition Shading Blush,kuih raya(random flavour) and eksklusif kad raya yang di sign Dato siti nurhaliza sendiri. Senang cerita uolls bayar RM65.00 then uolls boleh dapat Hamper Raya produk simplysiti seperti gambar di atas.:)murahkan.? Harga sebenarnya RM105.80(1 set).!. Terdapat 3 jenis perfume ni yang boleh uolls dapat likes Charge(picture),charm and magnet.

Buat uolls yang gadis-gadis macam aku nie sukakan wangian yang simple,sweet and fresh ada jugak hamper raya untuk uolls dan paling best harga lebih murah.!Uolls hanya perlukan RM40.00 sahaja then uolls dah boleh dah dapat hamper seperti gambar di bawah.!
Set include.1 miss candy EDT(50ml),1 kuih raya(randow flavour),and kad raya eksklusif di sign oleh Dato Siti Nurhaliza sendiri.:). Terdapat 3 variasi jugak iaitu miss Bloom,miss Candy,and miss Fruitti.
Aku ulang lagi hamper nie semua uolls boleh dapatkan dengan harga antara RM40.00-RM65.00 sahaja. Cepat shopping sebab tarikh last sale nie adalah sampai pukul 12.00 am malam nie.!(if im not mistaken).

Kat mana nak beli nie?click link dibawah.








28 August 2013

Why ''a cup of tea'' ?


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum and greetings all !!


As you see,my blog title has changed right ? from my own name,niniey kamarudin to A CUP OF TEA. Some of my readers keep asking me why a cup of tea not an interesting name or maybe something that sounds good and fantastic.! Thanks for the question girl.

So this is my answer.
I loves tea very much since i was a kid . When i feel sad or happy i like to drink a cup of tea and smell the scent of tea . I dont know why i do that, i just found it is something interesting to do .

Btw, tea means something relax,cool and peace.(just my opinion .haha). So,i choose a cup of tea as my blog title just because i wanna my readers feel relax,cool and peace when they read my entry seperti mereka sedang minum secawan teh panas. Ouch so mendamaikan jiwa. hoho.

chill yo.!! have a great day all .!



23 August 2013

I Learnt Something


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum and greetings to all.!

Lately i often post an entry right? 2 or more per day maybe.huh!. There's nothing for me to do right now so better i write a story for you guys.LOL(actually not a story.haha). 

Lets go to the main topic. Today i learnt something from someone,a blogger. Her blog not too famous like Fatin liyana,irene nadia,ben ashaari and her followers also not too many,less than 50 people like that but her entry or writing so fantastic,very meaningfull and full of lessons.

Sometime i thought why people not read a blog like this,why so many people like a gossip,entertainment and story that has no benefit at all.huh.*ask yourself*

From now on,i think we should read something that has benefits for ourself,family,community and importanly our religion.

So,what i've learned from her is "WRITTING NOT TO BE A FAMOUS BUT TO LEARNT SOMETHING NEW''

#sorry to all for my broken english. I think  i should write in english from now on to improve my english language :)

Boikot Dan Haramkan Filem Syirik Ini


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum & Salam Jumaat


Dunia semakin tua,kita semakin hampir kepada destinasi yang sebenar. Sejak kebelangan ini macam-macam tragedi sudah berlaku tetapi masih ramai lagi dalam kalangan kita yang lalai seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. 

Aku malas nak bercakap pasal amal ibadat orang ni sebab aku sendiri belum tentu cukup amal ibadat nya. Apa yang mampu aku katakan renungkan dan fikirkan sahaja. Sekadar untuk peringatan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain.

Tragedi di Mesir masih belum reda semoga Allah melindungi saudara-saudara kita di sana. Hari ini aku sekadar ingin berkongsi apa yang telah aku baca di salah satu blog tentang filem yang boleh merosakkan akidah kita dan anak-anak muda sekarang. Sepatutnya filem sebegini diharamkan daripada ditayang di negara kita Malaysia.


Keterangan lanjut rujuk di laman INI

22 August 2013

Sebenarnya Aku

~
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum & Salam Sayang

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk jari ini menari-nari di atas keyboard ini bagi meluahkan isi hati yang dari hari ke hari semakin gundah,semakin risau dan semakin takut untuk berdepan dengan dunia sebenar.

Aku,pada luaranya aku cukup berbangga,bahagia malah tidak sabar untuk meneruskan fasa seterusnya dalam kehidupan aku. Pada luaranya aku cukup kuat cukup bertenaga tetapi dalamanya aku seolah-olah terasa kelemahanya cukup takut untuk berdepan dengan kenyataan,kenyataan bahawa aku sudah dewasa sudah cukup kuat untuk membuat keputusan sendiri.

Orang disekeliling sudah mengangap aku sudah mampu untuk memilih jalan hidup aku sendiri malah mereka seolah-olah percaya bahawa aku boleh memandu kapal kehidupan aku. Tetapi mengapa aku sendiri tidak percaya pada kebolehan aku?Aku takut untuk berdepan dengan dunia realiti.

Entahlah,semakin hari idea untuk menaip entry semakin hilang.
#DoakanKesejahteraanRakyatMesir.

Hlovate, who is she/he ?

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum & Salam Sayang

Tatkala membaca entry daripada blog kawan aku,tiba-tiba hati terdetik nak baca  entry-entry yang lama dia. Salah satunya adalah entry yang bertajuk HLOVATE(tajuk yg menarik,ingatkan penulis novel like JK.Rowling). 
Baca punya baca,rupanya HLOVATE ialah seorang penulis novel dan paling mebuatkan aku sentap kenapa aku tak pernah tahu tentang kewujudan novel-novel beliau?

Berdasarkan result daripada Google,novel yang telah Hlovate tulis sudah mencecah 6 buah. Apa yang menarik minat aku tentang Hlovate ni,she/he never dedahkan identiti dia yang sebenar,memang misteri. Siapa pun dia its not important right now because aku nak p cari karya-karya dia ni dekat pesta buku next week.


Memang,aku tak pernah baca atau tahu tentang kewujudan novel-novel hlovate tapi itu bukan isu sekarang. Apa yang aku tahu sekarang,aku dah jatuh cinta dengan karya-karya hlovate. Boleh baca online je karya-karya dia tapi aku tak nak,aku nak miliki karya dia. Next week will be the beginner of my mission nak cari novel Hlovate.

21 August 2013

Kita Semakin Hampir Ke Alam Abadi


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum & Salam Ukhwah

" Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria...tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin....sebaliknya MEKKAH dan MADINAH....dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel)dan sekutunya Syiah (Iran)......bermula dengan;-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme,walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan,Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.
-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.
-IRAQ satu2nya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).
- AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).- LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring"...Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"...dibantu dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).
-SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.
-MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin,kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.
LIHATLAH...DIPETA,,,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK......Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat Suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah Rom.......
SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? Semua sedia Maklum...ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya.....dan satu-satunya lelaki Habsyah(kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA.....Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:
DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN.SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!. ''




Kata-kata peringatan mahupun artikel di atas bukanlah hasil tulisan aku 100%. Aku hanya mengambil petikan tersebut di salah satu blog untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca blog aku. Semoga apa yang aku kongsikan ini mampu membuka mata hati kita untuk terus berjuang di bumi Allah ini untuk mencapai matlamat sebenar kita iaitu menuju ke Alam yang Abadi. :)

Hari ini saat ini marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia.

#prayforegypt

20 August 2013

Ada style macam fatin liyana tak?





Ok tajuk memang propa betul-betul..:)
stay tune oke.

just posting a teaser


17 August 2013

Cameron Highlands [MALAYSIA]


Assalamualaikum & Salam Sayang

Hollaaaaa sweet gorgeous follower. Dalam aku dok usha-usha blog sorang blogger nie,actually nak tunggu die update entry (sampai ke hari ni tak update-update lagi) rupanya aku sendiri tak update entry lagi..wuhuuu. Jadi,dengan masa yang masih berbaki 2 minggu lagi nie,aku nak terus story mory dengan korang sekerap yang mungkin. Lepas masuk U nanti harap maaf kalau aku men ''anak tirikan'' korang.(propa)

Guys how about your Raya celebration?is it fun? i hope so. This Raya aku still tak menghidupkan pagi raya. Why?As usual,i lebihkan tidur jawabnya terlepas lah segala moment dan aksi-aksi di pagi raya my family. Raya tahun ni pun aku dan family tak raya dekat rumah lama-lama sebab malam raya ke 2 kiteorang dah daki bukit nak p raya kat sana lah katakan.*wink2*Nak tahu bukit mana yang NK and family buat Raya celebration?jom usha  blog NK.


programme: NK's Family Trip 
venue: Cameron Highlands
date : 10 until 11th August 2013

Trip kali nie pergi dengan family sebelah Abah. Idea asal tak tahu daripada sape sebab NK dengan family NK ikot je tanpa banyak soal. Pada awalnya kiteorang tak nak pergi but uncle2 aunty2 dok pujuk suruh pergi siap datang jemput lagi,pergi lah jugak. Kiteorang bertolak pada pukul 3 pagi 10.08.13. Menarik kan. Pagi-pagi orang dok lena tidur kiteorang berkonvoi reramai atas jalan raya.wehhheeee.


Lokasi pertama haruslah mencari sign yang famous dekat CH kan.Apa lagi..STRAWBERRY laa. Sebelumcheck in dekat apartment,we all singgah dekat pasar CH tepi jalan lokasi nye if im not mistaken. Misi mencari buat strawberry!. Tips daripada NK,if you all nak dapatkan strawberry yang fresh dan manis better you all dapatkan dari Ladang. Strawberry dari ladang manis(serious tak tipu) dan kalau you all bawak balik pown dia takkan lebam dan masam. Kesegarannya masih terjaga berbanding strawberry dari pasar.

One more thing,kalau nak beli cenderemata untuk kawan-kawan ke better beli dekat pasar malam CH je sebab kualiti barangan sama sahaja dekat CH. Harga pun lebih murah dekat pasar malam berbanding dengan kedai-kedai cenderamata yang lain.Korang kena pandai pilih tempat lah jangan terpedaya dengan iklan-iklan daripada peniaga. NK tahu harga dekat pasar malam lebih murah sebab we all sempat lalu dekat pasar malam ternampak peniaga-peniaga tengah melelong murah-murah barang. Lalu je lah tak sempat nak singgah sebab takde parking.


My little sister obses with strawberry sebab strawberry dekat sini manis sessangat. Bawa balik rumah terus masam. Menyakitkan hati betul.


Dalam masa singkat tu jugak we all ke Ladang Teh,kalau datang ke CH tak sah kalau tak ke Ladang Teh. Sebab,selain strawberry CH amat terkenal dengan pengeluaran Teh. Lagi tips daripada NK untuk you all yang bercadang nak ke Ladang Teh CH. Seperti yang you all tahu area ladang teh nie bercerun,so kalau yang menjadi driver banyakkan bersabar sebab traffik teruk dekat sana.haha. Serious,aku yang tak menjadi driver nie pon boleh naik angin. Jalan dekat sana mampu memuatkan satu kereta sahaja so kena pandai-pandai lah driver tuu menguruskan trafik dekat sana,polis trafik takde nak tolong you all.

FYI, main area ladang teh terletak di kawasan tinggi,untuk mengelakkan kesesakkan di kawasan sana kereta tak dibenarkan parkind di main area terlalu banyak. Kebanyakkan kereta diminta untuk parking di kawasan bawah dan visiters need to berjalan kaki untuk sampai ke main area,tak jauh sangat pon.NK pun selamba rock aje berjalan kaki ke main area. If dalam rombongam you all nie ada baby ke warga emas ke diorang akan benarkan you all ke main area dengan menaiki kereta. NK sarankan berjalan kaki aje,best giler menikmati keindahan alam secara live..


Permandangan daripada main area Ladang Teh. Agak sejuk dekat sini tapi takdelah sesejuk Korea.weheee. This is my cousin,budak ni memang nakal. Kenakalan dia memang pelik. Boleh imagine tak dia pergi kencing secara live in public.!!.Memalukan betul. Uncle NK cakap Salah satu scene Ombak Rindu ada shoot dekat sini. I'm not sure whether its true or not.:)

Dekat kawasan ni you all boleh shoot gambar banyak-banyak sebab kawasan sangat lah indah dan pencahayaan terbaikkkkk.!!



Ini adik perempuan NK yang pertama dan ketiga. Gambar dekat atas tu adik perempuan yang kedua,yang paling nakal. NK tak pernah post dekat mana-mana site gambar they all nie so this is exclusive picture.wuhuuu.This picture was taken inside of Teh Boh Shop. Deko dalaman cantik dan retro gichuu..


Flower,salah satu favourite NK. Fresh Flower. Kalau you all nak tengok bunga yang cantik-cantik NK suggest you all p Lavender Garden. Sumpah terbaikkkk..RM5 person untuk masuk. Gambar dekat LG takde lah sebab we all tak pergi..hehe.


Lokasi terakhir sebelum we all berpecah untuk balik ke rumah masing adalah Ladang strawberry,maybe.haha. Alaa tempat Vanilla Coklat shooting tuu. Scene Amir say I LOVE YOU to Zara. Ingat tak?Lupee leteww. Dekat sini we all try strawberry ice cream,strawberry drink,strawberry salut coklat semua nya strawberry laa. Untuk strawberry yang salut coklat tuu harga dia RM2 sebatang kalau beli 3 batang you all boleh dapat dengan harga RM5.


Ice cream ni best jugak tapi kalau aku yang buat lagi best kot.hahaha. Rasa strawberry lebih. Color merah tuu rasa macam jelly,masam-masam sikit. RM3 per cup if im not mistaken sebab uncle NK yang bayarkan.haha. We all pon santap maggi dekat sini. Tak tahu lah kenapa nampak best je maggi dekat sini padahal dekat rumah tak hadap-hadap pown.

Lebih kurang pukul 3 petang 11.08.13 we all berangkat balik rumah masing-masing. Untuk you all yang bercadang nak ke CH tak perlu risau pasal bajet kot sebab barang-barang dekat sini murah tuu pun kalau you all pandai pilih kedai.

Last but not least terimalah premiere picture NK's family(belah abah). Nie baru separuh. Ramai lagi. Adik beradik abah semua 12 orang.:)


Abah n ma NK.Abang je tak pergi.:)
Adios Amigos.!



03 August 2013

Hidangan Hari Raya Idaman Hati




Assalamualaikum & Salam Sayang

Puasa dah tinggal 4 hari dah,mak2 kat luar sana dah mula sibuk buat preparation nak raya,beli baju raya,kuih raya,langsir raya,perabot raya,kereta raya,semua raya laa kan(amboi melebih pulak). Raya tahun ni aku pokai,betul-betul pokai sebab duit aku dah habis p sunway hari tuu.Habis licinn weh,habuk pun takdak. Duit dengan my mum ada lagi tapi tak nak ambik nanti bulan 9 nak pakai duit banyak lagi wesh. So,i decided no baju raya tahun nie.Minta sponsor daripada mak2 sedara aku jewp.Tutup kisah baju raya.

Hidangan raya. Tak hidangkan apa-apa pada hari raya memang tak best la uolls,pagi-pagi nak makan sedap setelah sebulan memiskinkan perut. Aku ni berhajatlah nak buat kek.(tetiba terdetik kat hati nak buat kek,sebelum ni satu masakan pun aku tak pernah buat kecuali masak nasi dan goreng telur dadar). Harap-harap jadi lah kan,niat aje,ada bajet aku buat lah.Bajet pun nak minta belas kasihan bapak aku.

Menu pertama: Cheese cake

Motifnya,sebab aku giler betul kalau nampak cheese,boleh menjerit tak hengat dunia. Kegilaan aku terhadap cheese bermula setelah aku santap cheese cake yang aunty aku beli dekat  Paradigm Mall.! best giler uolls..Lembut,berkrim,yummm memang terasa kekejuan nya. Resepinya aku pun dah usha-usha kat encik Google. Bermacam-macam jenis cheese cake ada yang terbaru kek keju oreo. Cara-cara nak buat pun senang aje,ada yang boleh kukus,bakar atau masuk fridge tunggu sejuk sikit pun ada.

Menu kedua : Red velvet cake


If im not mistaken,red velvet cake sangat famous tahun lepasa. Login facebook,twitter,blog semua bercakap pasal kesedapan red velvet cake nie. Bukak tv pun dah mula siar iklan kek red velvet. So aku apa lagi,mudah terpengaruh. Nak buat laa untuk raya nie kan. Yela sebelum ni asyik dok mengadap gambar kek je depan Lappy,sekali sekala nak jugak try buat sendiri.

Menu ketiga : Pavlova


Dessert.! of course la yang paling famous abad ini kan. Even fatin liyana yang meletopps tuu pun rajin buat pavlova,aku mesti lah nak buat jugak. Ramai blogger bising-bising pavlova ni sangat lembut dan sedap kalau cara buatan nya betul. Teringin jugak nak bagi budak-budak nie makan dessert2 yang pelikss uolss.

Itulah serba sedikit perancangan menu hari raya 2013 aku.harap-harap menjadi lah.
sekian...


02 August 2013

Nilai University




Hello guys,as you see the offer letter above,i have been accepted by Nilai Uni to further my study at there. Thank you Nilai University for this chance. Sebelum ni aku asyik update pasal Yayasan peneraju pendidikan bumiputera yang taja aku melanjutkan pelajaran kan. So hari ni nak jugak bagitahu tempat yang bakal aku belajar bulan 9 nie.Insyallah.

Actually,aku dapat official offer letter daripada YPPB untuk sambung belajar dekat Asia Pacific University dekat Bukit Jalil. Discuss punya discuss dengan pihak YPPB,finally i got what i want. Aku minta untuk further study dekat Nilai Uni.But why?i dont know,maybe because of the enviroment and kos sara hidup dekat sana tidak terlalu tinggi and most importantly,Nilai adalah tempat membeli belah yang paling best.!

Aku akan sambung study dalam program asasi bisnes dan terus ke degree bisnes adminstration dekat Nilai uni.But tu perancangan YPPB untuk aku. Aku pun dah tanya dengan YPPB if aku nak tukar bidang bila degree nanti diorang kasi tak,agak-agak la kan. Pn.Nora said no problem as long as you get higher marks and pointer tuu must 3.0 above. I try my best.!

Good news again from Nilai Uni,if nanti degree aku capai pointer yang tinggi,diorang akan benarkan aku pilih samada untuk buat degree dekat dalam or luar negara.Mesti lah pilih dekat luar negara kan.Bila lagi nak pergi lagipun orang nak taja semua kan.(but i'm not sure whether YPPB or Nilai Uni yang bakal taja degree ke oversea).

Apapun i'm really thankful sebab diberi peluang untuk sambung belajar setelah kecewa teruk dengan result UPU dan Matrik. But i dapat Politeknik tahu. Politeknik dekat port dickson kos kejuruteraan mekanikal. Awal-awal aku tolak,dah tak ada mood nak terima offer daripada IPTA. Siapa suruh kecewakan aku awal-awal.kan kita dah tak suka sekarang.!

See you in the next entry

29 July 2013

Google+ follower



Assalamualaikum dan salam sayang

Mesti ramai blogger yang perasan dan alami kes follower widget hilang kan?Rasa nak maki-maki,hentak-hentak dan protes dengan pihak Google aje kan?Tuu la nak habaq dekat uolls . Pagi ni tangan aku tak tahu laa kenapa gatal sangat p delete widget follower yang sebelum ni,yang banyak menyimpan beratus-ratus. Niat di hati nak try Google+ follower. Alaa widget yang baru tuu.

Tekan add widget tuu,banyak songeh pulak,dia minta tukar profile blogger ke profile Google+. Layan kan aje lah aku ni,semangat noh nak try widget baru. Sekali tekan,ambik kau,widget follower sebelum ni hilang tuu boleh sabar lagi,yang nak angin satu badan nie follower aku tuu hilang jugak. Dekat dashboard tuu memang laa ada kan,tapi masalah nya aku nak dia keluar terpampang dekat blog tuh.

Nak tak nak i google aje cara-cara nak kembalikan the old follower widget tapi hampeh!. Satu pun tak jumpa.Hampa!.tak selera sangat nak berbuka puasa tadi.Masih tak putus asa lagi,semangat nak kembalikan widget follower yang lama tu,iollls p tanya dekat blogger-blogger lain.Tahu apa yang diorang jawab?
Google+ follower lagi lagi daripada widget follower yang sebelum ni. Dia pon dok pot pet pot pet pasal kebaikan Google+ follower. Terpengaruh jugak lah iolls.

Betul jugak kata blogger tuu,apa yang terbaru daripada Google better kita layankan aje,sebab Google ni kalau diorang dah keluarkan sesuatu yang baru tuu,maka yang lama akan diorang lumpuhkan secara mengejut ataupun perlahan-lahan.

Kesimpulanya,betukarlah kepada yang baru awal-awal nanti kalau google paksa uolls tukar tak ke susah nanti.muehehe.

p/s : if korang nak follow,tekan button follow bawah penulis(sidebar) tu eh.

25 July 2013

YPPB Bridging Programme Part 3




Assalamualaikum dan salam sayang.

First of all,thank you so much for those yang mengikuti entry-entry YPPB Bridging programme yang aku ikuti last month. Dont worry guys,ni last entry berkenaan dengan YPPB BP nieyh. Aku pun bukan rajin sangat nak cerita panjang-panjang. Lagi cepat habis lagi best,ye dok?.

Selepas tugasan dengan OBS,kiteorang(YPPB Scholar) balik ke Sunway Monash Residence(SMR) untuk menjalani bridging programme secara indoor. Means that,we all kena masuk class!. Memandangkan we all ni semua 49 orang so Ms.Sandra divide kan we all jadi 2 group. So, diletakkan di kelas pertama. As usual,bila sebut masuk kelas,study la jawabnya. Tapi tak adalah belajar macam sekolah tuu,physic,chemistry,biology or add maths bagai. No..no..no. Apa yang kiteorang belajar adalah lebih kepada persiapan nak masuk university like time management,communication,reading and writting skill,critical thinking and etc. For the first week,we all dibenarkan untuk balik pada pukul 3 petang disebabkan ICT class tak mula lagi. Oh,For your information,class and activity yang dilakukan semuanya dekat sunway university.Best woo,dekat dengan sunway pyramid,lepas tu hari-hari dapat dok mengadap muka-muka international student,semua ada,you mau mana cakap aje.muehehe. Aku rasa tak perlu cakap banyak sangat pasal class ni,korang pon tahu class tu macam mana kan.Seminggu hadir class then kiteorang di minta untuk hadir kem kerohanian pulak dekat semenyih,hujung minggu.


Kem kerohanian by Mujahadah Agro Camp. Bila sebut pasal kerohanian,of course la we all kena belajar agama,al-quran dan banyak lagi. Yang pasti sangat superb,berkesan dan timbul keinsafan sebelum kiteorang berangkat balik. Gambar-gambar semuanya aku tangkap pada hari pertama,sebab malas nak bawak kamera ke hulu ke hilir. Memang tak ada masa sangat berada di sana sebabnya program dan aktiviti pihak MAC aturkan untuk kiteorang sangat padat sampai mandi pun tak sempat. 3 kali je aku mandi masa dok sana. Kem ni di adakan selama 3 hari 2 malam(kalau tolak tambah semua 1 hari setengah aje.). Bertolak dari SMR pukul 3.30 petang. Sampai sana dekat pukul 5 petang. Kawasan kampung,tenang aje. As usual la mesti dibahagi kumpulan tapi yang bezanya we all tak bercampur laki perempuan. Yang non-muslim diorang ada programme sendiri. Nak ke tempat kem tuu kena jalan kaki 5 kilometer.Ada check point weh,jangan main-main. Check point pertama kiteorang kena solat. Sampai di check point pertama aku terus dipeluk oleh kakak fasi. Mak aihhhh,nak nangis dah nie.Baik sangat-sangat diorang nieh,semua nya masih student lagi. Berjalan punya berjalan lagi,akhirnya sampai sana pukul 7 petang. Nak maghrib dah.


Aktiviti pertama dekat sana,NIGHT WALK! jungle trekkinga dalam hutan ni weh,malam pulak tuu. Korang boleh bayang tak we all masuk hutan malam-malam dengan dibekalkan sebijik lampu suluh,tuu pun leader yang pegang. We all yang dekat belakang ni,ikot aje lah orang depan. Jalan yang penuh dengan buluh,paya,cerun dengan keadaan yang tak nampak lagi,aku tawakkal aje,ape nak jadi,jadilah malam tuu. Tengah-tenga puncak boleh pulak ada anjing ke serigala ke aku tahu tengah menyalak. !, Aku ape lagi,peluk tak lepas-lepas si Mahani dekat depan aku sampai habis jungle trekking tu. Nasib baik si Mahani ni penyabar orangnya.muehehe. Boleh pulak dia jalan denga aku yang setianya memeluk dia dari belakang. 2 jam lebih aje kiteorang dok dalam hutan. We all sampai awal,so we all diberi penghormatan,ececeh penghormatan la pulak untuk menyiapkan we all punya Flag. Tengok gambar atas tuu ajelah,dengan penuh ketekunan,kesopanan sambil menahan kepanasan dan kemelekitan badan akibat berpeluh dan tidak mandi.!

Larang we all punya Flag,memenuhi ciri-ciri kesopanan we all tahu tak. Terasa cute pulak Flag nie,but tengok orang lain punya flag lagi cantekkkk,jelous dalam hati tiba-tiba timbul wehs.. Mana tak nya orang lain siap color-color lagi.:_:


Siap buat lakaran,we all dikerah ke sungai pulak!. Tepat pukul 12 malam a.k.a pagi we all masuk sungai dengan kasut-kasut lagi. Aku mengigil kesejukan. Pakaian tak payah cakap semua basah. Nasib baik kamera and handphone tak masuk air. Kalau tak mahu menangis aku. Dekat sungai ni ada sesi talking-talking like feedback about the jungle trekking tadi la.Lebih kureng macam tu.


This is Amin,volunteer untuk feedback activity malam tuu. Thanks amin sebab cakap tak panjang malam tuu,so aku boleh balik awal,nak mandi,nak tidur semua. Cheers diorang pun best-best jugak.Tapi sorry to say seba tak ada video.:)


Special pose daripada group asma' !,.Aku dari petang lagi dok pakai baju sama memang tak sempat nak mandi langsung. Baju kesayangan aku tuuh,sekarang dah tak ada,hilang dekat SMR. Mat salih mana yang berkenan dengan baju aku pon tak tahu. After sesi feedback.Kiteorang dibenarkan balik.yeay! boleh tidur,boleh mandi semua but ada satu jalan je yang boleh bawa we all balik! JALAN SUNGAI! redah aje dalam kedinginan air sungai tambah lagi dengan fobia air dalam,memang dasyat keadaan aku malam tuu. But aktiviti malam tuu memberi seribu satu makna kepada diri aku.:

Keesokkan harinya,aktivity we all adalah seperti berikut.just listing wokeyh,i malas nak pot pet pot pet banyak-banyak. Sebab bila i pot pet pot pet memang panjang lah entry kali nie.
Morning : Motivation talk by Abg Mahfuz
Afternoon: Amazing race(macam explore)
Night : Peformance and Pulau Beracun( XTVT keinsafan)

Keesokanya pulak,we all ada sesi ceramah lagi dengan our mama,owner MAC. Dia banyak share about her experience,her travel and so on. Aku terus tertidur. Penat sangat so sorry mama.Lebih kurang pukul 11 pagi,we all bersiap nak balik dah and of course ada sesi bergambar. Aku tak ada mood sangat nak pose-pose pagi tu. Penat gegiler ditambah dengan seluar yang agak big sebab aku tak cukup seluar weh,seluar pinjam.muehehe.

Aku banyak shoot orang aje pagi tu,gambar sendiri tak banyak sangat. Gambar tak berkualiti sangat,lighting tak berapa baik pagi tuu.


Good Bye MAC,ade masa nanti we all datang lagi. Ops,lupa nak cakap cara makan dekat sini mengikut sunnah nabi,makan ramai-ramai dalam satu dulang besar tuhh. So sorry aku cakap aku dah cuba untuk makan macam tuu tapi tak boleh.!.Aku makan sikit aje sepanjang berada di sana. Settle kem terakhir kami di Semenyih,then balik SMR sambung kelas lagi untuk seminggu lepas tuu habis dan dapat balik rumah bagi sesiapa yang daftar university lambat macam aku.


Konklusinya,YPPB Bridging Programme,banyak membantu aku mencari diri aku sendiri. Mempertemukan aku kepada sahabat-sahabat yang hebat. Hanya ucapan terima kasih mampu aku ucapkan kepada pihak YPPB kerana memberi peluang dan pengalaman yang cukup berharga dan unforgettable kepada aku. Apa yang aku belajar di sana aku cuba praktikkan dalam kehidupan aku.
Insyaallah...
















 
Designed by Beautifully Chaotic