Pages

29 July 2013

Google+ follower



Assalamualaikum dan salam sayang

Mesti ramai blogger yang perasan dan alami kes follower widget hilang kan?Rasa nak maki-maki,hentak-hentak dan protes dengan pihak Google aje kan?Tuu la nak habaq dekat uolls . Pagi ni tangan aku tak tahu laa kenapa gatal sangat p delete widget follower yang sebelum ni,yang banyak menyimpan beratus-ratus. Niat di hati nak try Google+ follower. Alaa widget yang baru tuu.

Tekan add widget tuu,banyak songeh pulak,dia minta tukar profile blogger ke profile Google+. Layan kan aje lah aku ni,semangat noh nak try widget baru. Sekali tekan,ambik kau,widget follower sebelum ni hilang tuu boleh sabar lagi,yang nak angin satu badan nie follower aku tuu hilang jugak. Dekat dashboard tuu memang laa ada kan,tapi masalah nya aku nak dia keluar terpampang dekat blog tuh.

Nak tak nak i google aje cara-cara nak kembalikan the old follower widget tapi hampeh!. Satu pun tak jumpa.Hampa!.tak selera sangat nak berbuka puasa tadi.Masih tak putus asa lagi,semangat nak kembalikan widget follower yang lama tu,iollls p tanya dekat blogger-blogger lain.Tahu apa yang diorang jawab?
Google+ follower lagi lagi daripada widget follower yang sebelum ni. Dia pon dok pot pet pot pet pasal kebaikan Google+ follower. Terpengaruh jugak lah iolls.

Betul jugak kata blogger tuu,apa yang terbaru daripada Google better kita layankan aje,sebab Google ni kalau diorang dah keluarkan sesuatu yang baru tuu,maka yang lama akan diorang lumpuhkan secara mengejut ataupun perlahan-lahan.

Kesimpulanya,betukarlah kepada yang baru awal-awal nanti kalau google paksa uolls tukar tak ke susah nanti.muehehe.

p/s : if korang nak follow,tekan button follow bawah penulis(sidebar) tu eh.

25 July 2013

YPPB Bridging Programme Part 3




Assalamualaikum dan salam sayang.

First of all,thank you so much for those yang mengikuti entry-entry YPPB Bridging programme yang aku ikuti last month. Dont worry guys,ni last entry berkenaan dengan YPPB BP nieyh. Aku pun bukan rajin sangat nak cerita panjang-panjang. Lagi cepat habis lagi best,ye dok?.

Selepas tugasan dengan OBS,kiteorang(YPPB Scholar) balik ke Sunway Monash Residence(SMR) untuk menjalani bridging programme secara indoor. Means that,we all kena masuk class!. Memandangkan we all ni semua 49 orang so Ms.Sandra divide kan we all jadi 2 group. So, diletakkan di kelas pertama. As usual,bila sebut masuk kelas,study la jawabnya. Tapi tak adalah belajar macam sekolah tuu,physic,chemistry,biology or add maths bagai. No..no..no. Apa yang kiteorang belajar adalah lebih kepada persiapan nak masuk university like time management,communication,reading and writting skill,critical thinking and etc. For the first week,we all dibenarkan untuk balik pada pukul 3 petang disebabkan ICT class tak mula lagi. Oh,For your information,class and activity yang dilakukan semuanya dekat sunway university.Best woo,dekat dengan sunway pyramid,lepas tu hari-hari dapat dok mengadap muka-muka international student,semua ada,you mau mana cakap aje.muehehe. Aku rasa tak perlu cakap banyak sangat pasal class ni,korang pon tahu class tu macam mana kan.Seminggu hadir class then kiteorang di minta untuk hadir kem kerohanian pulak dekat semenyih,hujung minggu.


Kem kerohanian by Mujahadah Agro Camp. Bila sebut pasal kerohanian,of course la we all kena belajar agama,al-quran dan banyak lagi. Yang pasti sangat superb,berkesan dan timbul keinsafan sebelum kiteorang berangkat balik. Gambar-gambar semuanya aku tangkap pada hari pertama,sebab malas nak bawak kamera ke hulu ke hilir. Memang tak ada masa sangat berada di sana sebabnya program dan aktiviti pihak MAC aturkan untuk kiteorang sangat padat sampai mandi pun tak sempat. 3 kali je aku mandi masa dok sana. Kem ni di adakan selama 3 hari 2 malam(kalau tolak tambah semua 1 hari setengah aje.). Bertolak dari SMR pukul 3.30 petang. Sampai sana dekat pukul 5 petang. Kawasan kampung,tenang aje. As usual la mesti dibahagi kumpulan tapi yang bezanya we all tak bercampur laki perempuan. Yang non-muslim diorang ada programme sendiri. Nak ke tempat kem tuu kena jalan kaki 5 kilometer.Ada check point weh,jangan main-main. Check point pertama kiteorang kena solat. Sampai di check point pertama aku terus dipeluk oleh kakak fasi. Mak aihhhh,nak nangis dah nie.Baik sangat-sangat diorang nieh,semua nya masih student lagi. Berjalan punya berjalan lagi,akhirnya sampai sana pukul 7 petang. Nak maghrib dah.


Aktiviti pertama dekat sana,NIGHT WALK! jungle trekkinga dalam hutan ni weh,malam pulak tuu. Korang boleh bayang tak we all masuk hutan malam-malam dengan dibekalkan sebijik lampu suluh,tuu pun leader yang pegang. We all yang dekat belakang ni,ikot aje lah orang depan. Jalan yang penuh dengan buluh,paya,cerun dengan keadaan yang tak nampak lagi,aku tawakkal aje,ape nak jadi,jadilah malam tuu. Tengah-tenga puncak boleh pulak ada anjing ke serigala ke aku tahu tengah menyalak. !, Aku ape lagi,peluk tak lepas-lepas si Mahani dekat depan aku sampai habis jungle trekking tu. Nasib baik si Mahani ni penyabar orangnya.muehehe. Boleh pulak dia jalan denga aku yang setianya memeluk dia dari belakang. 2 jam lebih aje kiteorang dok dalam hutan. We all sampai awal,so we all diberi penghormatan,ececeh penghormatan la pulak untuk menyiapkan we all punya Flag. Tengok gambar atas tuu ajelah,dengan penuh ketekunan,kesopanan sambil menahan kepanasan dan kemelekitan badan akibat berpeluh dan tidak mandi.!

Larang we all punya Flag,memenuhi ciri-ciri kesopanan we all tahu tak. Terasa cute pulak Flag nie,but tengok orang lain punya flag lagi cantekkkk,jelous dalam hati tiba-tiba timbul wehs.. Mana tak nya orang lain siap color-color lagi.:_:


Siap buat lakaran,we all dikerah ke sungai pulak!. Tepat pukul 12 malam a.k.a pagi we all masuk sungai dengan kasut-kasut lagi. Aku mengigil kesejukan. Pakaian tak payah cakap semua basah. Nasib baik kamera and handphone tak masuk air. Kalau tak mahu menangis aku. Dekat sungai ni ada sesi talking-talking like feedback about the jungle trekking tadi la.Lebih kureng macam tu.


This is Amin,volunteer untuk feedback activity malam tuu. Thanks amin sebab cakap tak panjang malam tuu,so aku boleh balik awal,nak mandi,nak tidur semua. Cheers diorang pun best-best jugak.Tapi sorry to say seba tak ada video.:)


Special pose daripada group asma' !,.Aku dari petang lagi dok pakai baju sama memang tak sempat nak mandi langsung. Baju kesayangan aku tuuh,sekarang dah tak ada,hilang dekat SMR. Mat salih mana yang berkenan dengan baju aku pon tak tahu. After sesi feedback.Kiteorang dibenarkan balik.yeay! boleh tidur,boleh mandi semua but ada satu jalan je yang boleh bawa we all balik! JALAN SUNGAI! redah aje dalam kedinginan air sungai tambah lagi dengan fobia air dalam,memang dasyat keadaan aku malam tuu. But aktiviti malam tuu memberi seribu satu makna kepada diri aku.:

Keesokkan harinya,aktivity we all adalah seperti berikut.just listing wokeyh,i malas nak pot pet pot pet banyak-banyak. Sebab bila i pot pet pot pet memang panjang lah entry kali nie.
Morning : Motivation talk by Abg Mahfuz
Afternoon: Amazing race(macam explore)
Night : Peformance and Pulau Beracun( XTVT keinsafan)

Keesokanya pulak,we all ada sesi ceramah lagi dengan our mama,owner MAC. Dia banyak share about her experience,her travel and so on. Aku terus tertidur. Penat sangat so sorry mama.Lebih kurang pukul 11 pagi,we all bersiap nak balik dah and of course ada sesi bergambar. Aku tak ada mood sangat nak pose-pose pagi tu. Penat gegiler ditambah dengan seluar yang agak big sebab aku tak cukup seluar weh,seluar pinjam.muehehe.

Aku banyak shoot orang aje pagi tu,gambar sendiri tak banyak sangat. Gambar tak berkualiti sangat,lighting tak berapa baik pagi tuu.


Good Bye MAC,ade masa nanti we all datang lagi. Ops,lupa nak cakap cara makan dekat sini mengikut sunnah nabi,makan ramai-ramai dalam satu dulang besar tuhh. So sorry aku cakap aku dah cuba untuk makan macam tuu tapi tak boleh.!.Aku makan sikit aje sepanjang berada di sana. Settle kem terakhir kami di Semenyih,then balik SMR sambung kelas lagi untuk seminggu lepas tuu habis dan dapat balik rumah bagi sesiapa yang daftar university lambat macam aku.


Konklusinya,YPPB Bridging Programme,banyak membantu aku mencari diri aku sendiri. Mempertemukan aku kepada sahabat-sahabat yang hebat. Hanya ucapan terima kasih mampu aku ucapkan kepada pihak YPPB kerana memberi peluang dan pengalaman yang cukup berharga dan unforgettable kepada aku. Apa yang aku belajar di sana aku cuba praktikkan dalam kehidupan aku.
Insyaallah...
















23 July 2013

I Love You Stupid !



''AKU IRIS THE DIVA. PEMBUNUH SENYAP LELAKI TANPA BAYANG!
 I'M BAD AND I'M DANGEROUS!''

'' SAYA NAK INSPEKTOR IRIS  DIGARI  DAN DIHUKUM KERANA  TELAH MENCURI
HATI SAYA. SAYA DAH X-RAY TUBUH INSPEKTOR IRIS,SAYA NAMPAK HATI SAYA BERADA DALAM HATI INSPEKTOR IRIS''

''SIR! HOW COULD YOU! MENGODA SEORANG GADIS DI BAWAH UMUR''

''BUKAN DI BAWAH UMUR,GADIS DI BAWAH SEDAR,DIBAWAH PENGARUH KURANG CERDIK!''

''SELAMA INI SAYA MERASA SEPI DAN TIDAK BERPUNYA. TIBA-TIBA SAJA RASA ITU MENGHILANG BILA SAYA MULA BERISTIGHFAR..''

Masih ingat dengan kata-kata di atas. Kata-kata yang sunggup pedas berapi namun mampu melembutkan hati sesiapa sahaja yang membacanya  dengan hati yang ikhlas. Sebelum ini aku tak banyak sangat buat review novel-novel nie sebabnya i'm not so fanatic terhadap novel-novel nie. Aku hanya baca novel yang betul-betul best,jalan cerita yang jelas,logik,dekat dengan kehidupan harian aku dan yang penting cara penulisan yang boleh memberi kesan terhadap diri aku. So,dengan bangganya malam ni aku nak umumkan bahawa novel  I LOVE YOU STUPID ! BY MELUR JELITA sebagai novel yang paling best,paling meletops,paling berkesan lagi terkesan di hati aku selain daripada novel Andai Itu Takdirnya by Siti Rosmizah.

Bagi korang yang masih ragu-ragu dengan cerita aku,meh aku buat review sikit-sikit pasal novel nie seperti mana yang aku faham. But,sebelum tu,nak lah tayang sikit novel kesayangan aku abad ini. Original gambar daripada aku sendiri. Tidak di copy paste daripada mana-mana sumber.Perkenalkan...


NOVEL I LOVE YOU STUPID ! KARYA ASLI DARIPADA MELUR JELITA.

Sebuah karya yang penuh dengan kisah kemanusiaan. Cerita bermula daripada seorang gadis muda yang masih mencari-cari identiti dirinya dan juga jawapan kepada rasa sunyi dirinya. Iris,seorang anak jutawan,gadis yang nakal,suka mengoda namun bukan sebarangan lelaki boleh mendekatinya. Kehadiran lelaki yang bernama Firman Ebrahim dan juga misi nye ke kemboja telah mengubah kehidupanya serta-merta sekaligus memberi jawapan kepada rasa sunyi nye selama ini. Kehidupan di kemboja banyak mengubahnya menjadi seorang manusia yang matang dan menghargai kehidupan. Tanpa dia sedari juga dia telah jatuh cinta kepada bodyguardnya sendiri,Firman Embrahim!. Tetapi Firman selalu melayani nya dengan kasar dan menyakitkan hati. Mampukah iris bertahan dengan perangai Firman?bagaimana pula dengan Aidan? semuanya bakal anda tahu setelah membaca novel I Love You Stupid !. hehe



Ececeh,review macam sinopsis novel pulak. Kalau nak tahu banyak lagi,aku sarankan korang dapatkan novel ni,memang best boleh timbul rasa keinsafan dalam diri. Ada masa nanti aku review karya Melur Jelita yang lain pulak wokeh!
Good night uoolls

20 July 2013

YPPB Bridging programme part 2 (OBS)




Assalamualaikum & salam sayang

I try to make short and quick entry sebab mata dah mengantok(makan banyak mase sahur punya pasal). Anda disarankan untuk tidak meniru saya,tidur lepas sahur.muehehe. Ingat lagi entry INI?. Cerita pasal aku pergi YPPB bridging programme leteww. Tuu yang part 1 punya,isu pengenalan lah katakan,ye dopp?.Now,I wanna to tell uolls about my experience mase dok dekat OBS selama 7 hari yang penuh cabaran. Orang tuu pergi sana dengan hati yang tak rela balik pun lagi hati tu tak rela dong.sape?aku leteww.

Cakap pasal OBS nie,korang tahu ke OBS tuu ape?Tak tahu takpe,aku pun same macam korang jugak dulu-dulu. Bila YPPB cakap aku kena pergi OBS(dalam fikiran tuu dok pikir apa ke jadah OBS ni,18 tahun hidup tak pernah dengar). Internet ada tak guna untuk search benda ni bila sampai sana mula lah nak meraung bagai nak runtuh segala mak nenek nak balik(pada mulanya)

Kiteorang bergerak ke Outward Bound Malaysia,Lumut ,Perak  pada 9 june 2013 dalam pukul 10 lebih kurang sampai dekat sana pukul 3 petang. Lame jugak tu,cuak dengan sendiri dalam bas dah lah tak kenal sape-sape lagi except  Dayana. Sampai sana terus dibagi kepada 3 group.Aku dapat instructor yang paling best kot,melawak aje tapi tegas jugak woooo,jangan main-main dengan abang shuk.Aktiviti pertama kiteorang dekat sana adalah rafting,kiteorang kena buat rakit sendiri menggunakan batang paip kot,besar giler then buat perlumbaan dengan group lain,dapat nombor two!!.Gambor untuk rafting tak ade:(

Petang lepas rafting tuu kiteorang buat praktikal jungle  tracking,cari arah,baca peta,bearing semua lah. As usual,aku memang agak kurenggg sikit bab-bab jungle trekking, nak taknak  terpaksa redah aje lah. Aku dok belakang aje sepanjang praktikal tuu sampailah kiteorang jumpa ini.

Lepas jumpa permandangan ini,baru lah aku sedar yang kiteorang dah ada dekat puncak. Puncak tuu weh,. Pandangan kawasan OBS daripada atas. Mula dari sini lah aku start aktiviti photography aku. Thanks to my gojes,hot and sexy canon.muaaaachhs. Actually tak adelah teruk sangat OBS nie seperti kepala hotak aku gambarkan. Sesuai sangat bagi sape-sape yang nak tenangkan fikiran sambil melakukan aktiviti lasak.



Kami tak stop lama dekat atas puncak sebab risau lambat sampai dekat OBS. Bukan dia nak stay dalam hutan sampai ke malam. Tak sanggup gua.!. Time nak turun puncak tu agak sulit sikit sebab jalan tu agak cerun dan kalau salah langkah memang akan berguling jatuh ke bawah.muehehe. Tengok je Aiman,Angel,Dolly and Atilia turun tuu penuh kesopanan dong.Ekcelli baru perasan dorang ni berpakat ke pakai baju color putih semua?.Alhamdulillah kiteorang tak ambik masa yang lama untuk lakukan praktikal ni lebih kurang satu jam lebih aje.Keadaan hutan pun clear aje.Tak penat pon.Keeokkan harinya kiteorang bakal menghadapi jungle trekking yang sebenar di dalam hutan yang sebenar-benar hutan.


Here we come. Teluk Batik kami datang!. Wajah-wajah ceria sebelum memulakan pendakian dan jungle trekking kami ke teluk batik. Nampak beg besor gajah tu?Beratnya memang azab giler,aku tak pernah pikul beg yang gila berat macam nak bunuh orang aje. Bukan beg aje kena bawak tapi satu gelen air mineral kena bawak kat tangan lagi. Ya Allah,tuhan aje tahu penderitaan aku.wuhuhuu..



Pendakian kami yang pertama,selepas berjalan memasuki kampung,lebih kurang 600 0r 700 meter daripada OBS kampung tuu. Dengan beg yang berat macam gajah tuu cuak jugak berjalan,lambat jugak berjalan tuu. Sampai penghujung kampung abang shuk cakap jungle trekking kami bermula di situ. Terkejut segala mak nenek,kecut perut semua ada bila tengok bukit kat depan mata aku. Dalam kepala otak aku dok bayangkan hutan yang landai dan penuh dengan khazanah alam(like hutan fantasi,muehehe)Meleset segala andaian dalam hati berdoa agar tak banyak puncak yang bakal kami daki,Alhamdulillah,abang shuk cakap 3 puncak aje.Alah kacang aje,3 puncak je pun bukan 10 puncak.:)Daki aje puncak yang pertama,semput weh. Tinggi bebenor.Check point yang meti kiteorang sampai semuanya 7 or 5,aku tak ingat sangat sebab penat sangat so tak banyak tanya dan cakap.:)


Last picture aku shoot dalam hutan sebab badan dah betul-betul penat dan tak berdaya,makan tengahari pun aku tak larat,nak pegang sudu pun x kuat weh,makan sikit aje. Badan semua dijamah pacat sesuka hati aje aku biarkan sebab takde kuasa nak melawan. Kalau aku kuat memang tinggal tak tinggal apa-apa lah pacat tuu aku kerjakan. Gambar dekat atas tuu kiteorang dah sampai kawasan landai,berhenti rehat kejap. Masing-masing jalankan tugas untuk mencari jalan yang betul.Aku?tak payah cakap,lesap terus.Berhenti tak lama,teruskan perjalanan.Aku ingatkan 3 puncak aje,4 puncak rupenya.Dan puncak yang ke 4 paling azab,buat aku tergolek,terpelanting kat bawah sampai nangis-nangis.Badan rasa macam lumpuh semua. Mana tak nya,9JAM kami berada dalam hutan,naik turun bukit yang tak pernah bertolak anur dengan kami.Akhirnya kami selamat sampai dekat teluk batik pukul 6.15 petang.Sampai dekat campsite aku terus pergi mandi,nak check semua badan agar bebas daripada kerakusan pacat.muehehe


Orang kuat kami sepanjang jungle trekking yang penuh cabaran sampai lembik aku dibuatnya. Kalau tak ade dorang tak tahu ape jadi dengan kiteorang dalam hutan tuu. Sampai saje dekat campsite,dorang tak rehat pun,mandi pun tak terus tolong dirikan khemah dan hidupkan unggu api untuk keperluan kiteorang.(sweet tak dorang:p).Special thanks to Rinmon,Aiman,Azim,Ken, tak lupa jugak syarool dan Fer.Tulang belakang kiteorang sepanjang berada di OBS.



Yeay! bersih sudah. Dah mandi,dah check badan(bebas daripada pacat jahanam). Selesai mandi,selesakan diri semua,pergi tolong dorang hidupkan unggu api dengan niat di hati nak lari daripada gangguan mr and ms nyamuk.

Aku tak boleh nak cakap ape pasal gambar ni. Candid picture,of course taken by me. Lelaki yang masak,perempuan semua dok cekak pinggang sambil bagi arahan,itulah dunia sekarang.muehahaha. Sedap tahu dia masak,tengah lapo kan semua sedap. Aku memang tak lah kalau bab masak,bukan tak pandai just tak ada keyakinan nak bagi orang makan masakkan aku.Kiteorang makan dengan penuh selera sebelum hujan datang menyapa tanpa diundang. Hujan lebat malam tuu,habis barang kiteorang basah,khemah semua masuk air. Nak tak nak instructor kena bawak kiteorang pulang ke OBS malam tuu jugak.Kiteorang balik naik van,dan paling menyakitkan hati perjalanan balik hanya mengambil masa 5 minit sahaja.OMG!.Tak jadi nak camping dekat teluk batik buat penat je datang,9JAM tuu dok dalam hutan.


See,wajah-wajah ceria kami di hari-hari yang seterusnya. Kami tak jadi camping dekat Teluk Batik but kami diberi peluang untuk camping di PANGKOR ISLAND!!!, dan yang menyeronokkan lagi kami pergi ke pulau pangkor naik kayak uolls,kami berkayak selama satu jam mengharungi lautan yang luas. Unbelievable,yang aku mampu berkayak dalam laut yang luas dari OBS ke pulau pangkor.Thanks untuk syarool jugak sebab bagi semangat dekat aku sepanjang ekspedisi berkayak dengan dia. Kalau kiteorang jatuh dalam laut tuu aku orang pertama akan sakitkan telinga kawan-kawan dengan jeritan nyaringku.mehehe.Camping dekat pulau pangkor adalah pengalaman paling menyeronokkan dalam hidup aku.Best,fantastic!


Selepas dirikan khemah dan berperang dengan monyet yang nak ambik makanan,we need lakukan rapeling(entah betul tak eja tu).Aktiviti yang nak sangat aku lakukan tapi tak berpeluang sebelum ini. Serious uolls seronok sangat-sangat.Kiteorang group terakhir buat rapeling.:)


Abang Shuk tengah tolong Rinmon pasangkan tali keselamatan. Rinmon first person yang buat rapeling,cepat giler dia turun,tak takut ke.Turn aku yang ke lima,maybe.

Sebelum rapeling,mesti pose dulu dong.Kalau tak pasti tak best. Muka-muka excited nak buat rapeling. Tak sabar nak turun cepat-cepat sebab nak mandi laut yang betul santek dimata sejuk di hati.

Satu-satunya gambar aku buat rapeling.sobs..sobs..sobs. Gambar banyak rosak. Gambar aku letew yang banyak rosak,gambar orang lain semua selamat tahu. Rapeling tak adelah menakutkan sangat. Mot important,we need to stay calm,relax and cool tak payah nak takut sangat percaya dekat tali keelamatan tuu. Time 90 darjah kena hati-hati sebab tali keselamatan boleh menyebabkan jari kita tersepit.Pantas jugak kot aku buat rapeling ni,


Inilah pulau pangkor,pandangan dari atas. Memang ku akui deh,aku betul-betul jatuh cinta dengan pulau pangkor.Hope will come back again,with husband,maybe(amboi gatal meh,baru 18 tahun dah nak kahwin).


Sesi memasak bermula,tukang masak kiteorang still same,Syarool. Cuma bezanya,ramai yang membantu kali ini. Kiteorang tak lama camping dekat pulau pangkor keeokkan harinya,pagi-pagi lagi dah bertolak balik. Lena aku tidur dalam khemah malam tuu. Selimut aje tak bawak.muehehe.


Lepas aje balik dari pangkor,petang tuu group kiteorang ditugaskan untuk masak(bakar ayam aje). Mula-mula aje nie aku buat-buat rajin lepa tuu lesap,pergi join dorang menyanyi.


Haa nie sesi latihan first terus akhir untuk perform malam nanti,malam penutup bersama Raja Azura.Kiteorang nyanyi lagu Count On Me by Bruno Mars. Aiman memang giler gitar kot aku rasa,tak boleh jumpa gitar mesti nak petik. Angel,suara dia best wooo.


Makanan yang kami sediakan dah siap,hahaa. Aku tak pandai nak hias-hias makanan ni bagai. Yang aku tahu santap aje. Sos kuning tuu best,nak kata cheese bukan. Tak tahu lah ape benda,memang sedap,sebab tuu aku ambik banyak sos kuning tuu,makan dengan roti.


Sesi fotografi yang terakhir di OBS daripada kami,lepas buat performance. Time ni semua orang berwajah ceria except Rinmon. Aku tak tahu lah ape kena denga dia malam tuu. Tak buat lawak pon. Penat baru terasa.maybe.

Alhamdulillah,habis jugak task daripada YPPB di OBS untuk aku jalankan. Pengalaman di OBS sangat beharga bagi aku. OBS banyak mengajar aku erti,kesabaran,sahabat dan tidak pentingkan diri. Paling best dekat OBS lah.Kami balik ke Sunway Monash Residence pada 15 june 2013 dengan wajah yang ceria.:)Sampai aje dekat SMR,launderette penuh dibanjiri YPPB scholar.muehehe.















17 July 2013

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com





Giveaway daripada Nisa Kay kembali lagi. Sebut pasal GA under Nisa Kay mesti dah terbayang dengan hadiah yang banyak-banyak cengitu kan?Thats right,55 PEMENANG DICARI. Siapa cepat dia dapat. GA ni hanya dibuka selama seminggu sahaja.
KLIK BANNER UNTUK JOIN.

11 July 2013

YPPB Bridging Programme part 1



Assalamualaikum & Salam Sayang
[entry panjang+bergambar=tidur]
perkenalan


Alhamdulillah kenyang sudah selepas berbuka puasa,tak banyak sangat pun aku makan just minum seperti orang yang seribu tahun tak jumpa air. Mestilah minum macam tu,siapa suruh tak bangun sahur tadi kan,sekarang terima lah akibat dia.muehehe. Opps lupa nak cakap,''Selamat Menyambut Bulan Ramadhan,bulan yang penuh berkat dan keampunan,sama-sama lah kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan daripadaNya''. Hari ini hari pertama puasa,actually aku nak post satu entry pasal bulan puasa ini tapi ilmu yang ada tak cukup kuat lagi untuk membimbing ataupun membicarakan soal amal ibadat dengan orang lain. Sekadar nak copy and paste tu boleh aje,tapi aku tak nak lah apa yang aku post dalam blog ini tidak asli bukan karya aku sendiri. Dan sekali pun aku nak copy and paste pasal sesuatu topik tu,aku nak aku memahami dulu setiap isi topik itu barulah aku akan post dan berkongsi dengan korang semua.

Entry yang lepas aku ada cakap aku kena libatkan diri dengan salah satu program wajib oleh pihak YPPB a.k.a  penaja study aku yang setia dan penuh kesopanan(ayat tak boleh blah) kan?Ok program itu dinamakan Bridging program. Program ini diadakan bertujuan untuk mempersiakan diri para pemegang biasiswa tunas potensi sebelum kiteorang melangkah ke alam universiti. Pada 8 June 2013 kiteorang diminta untuk mendaftarkan diri di Sunway Monash Residence,PJ.Ya Allah,nasib baik lah dia buat dekat PJ senang aku nak minta pak cik aku yang hantar. As dirancang dan dipersetujui,semasa pendaftaran di SMR pak cik aku la yang temankan sampai lah aku dapat masuk bilik yang meletops lagi kebabomm.



Kau ade?haha. Pasal penginapan diorang sediakan tiada masalah bagi aku,semua nya meletops tak ingat dunia kejap tapi satu,kenapa tak bagi on air-cond?(ni sorang,bagi betis nak paha,ngee).After pendaftaran,masuk bilik solat semua kiteorang dikerah ke Sunway University,20 minit dari SMR jauh jugak rasa sebab pertama kali dan kawan yang kenal pun tak berapa ramai sangat masa tu.Only kenal Dayana(satu team masa interview),Intan(baru kenal masa nak gerak ke bilik) dan Ajwad(kawan Dayana dan sekarang  kawan aku jugak) sepanjang perjalanan ke SUN-U borak dengan diorang aje tapi tak banyak,you know me guys selagi tak kenal lama selagi tu aku bersopan santun dengan mereka,muehehe. Sampai dekat SUN-U masuk dewan bagai seperti biasa lah ada ucapan daripada semua kaum kerabat YPPB opps bukan semua but separuh maybe 80% kot. Sesuatu yang memeranjatkan aku petang tu,pihak YPPB minta kiteorang tulis surat luahan hati jiwa raga dekat ibu masing-masing,OMG.!, Sesuatu yang aku sukar nak lakukan,malu sebab tak biasa meluahkan isi hati segala,selalunya tunjuk melalui tindakan aje.Ape lagi tulis aje lah sambil melalak dalam hati,hujan air mata aku lah petang tu,nasib baik pakai baju kain tebal boleh dijadikan pengelap air mata.haha.lupa nak bawa tisu babe.Sesi berkenalan tu habis  pada pukul 6 petang kalau tak silap aku,then balik SMR dan malam tu tak dinner sebab tak tahu pukul berapa diorang sediakan dinner,maggi aje lah jawabnya.

Keesokkan harinya,pukul 8.30 pagi lagi kiteorang dah terpacak depan pintu SMR tunggu bas nak pergi Perakkkkkkk!!!!. For what?aktiviti lasak lagi mendera jiwa raga aku menunggu dengan penuh setia dekat sana.:). Actually untuk minggu pertama oh lupa nak cakap bridging programme ni selama 3 weeks yea,silah lah melopongkan mulut dan gelak tak ingat dunia dekat aku,tahu aku tak pernah pergi programme lama macam nie.:(. First week,kiteorang kena pergi Outward Bound Malaysia(OBS) Lumut,Perak selama seminggu untuk menjalani aktiviti lasak dekat sana,terkejut naga aku tengok paket yang diambil oleh pihak YPPB untuk kiteorang di OBS,harga setiap sorang seribu lebih babe,apa jenis aktiviti lah kiteorang akan lakukan. Aku sebenarnya,jujur lah cakap memang tak ada hati langsung nak pergi OBS tu,tak suka sebab aku ni anti aktiviti lasak-lasak,yang aku tahu aktivti lemah lembut ni aje,try bagi aktivti berphotoshoot dekat aku,hahahaha mama panggil balik rumah makan makanan bercheesy cheezah pun aku tak balik.muehehe.Sampai dekat OBS pukul 3 petang,berkenalan dengan instructor(abg Ali,Syuk,Firdaus,Alif) dan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Yong Belau(YB lah sangat,ejaan tak tahu betul tak),Bubu dan Brinchang(yeay,group aku). Waktu ni aku tak kenal sangat lagi dengan kawan-kawan yang lain,kejap lagi aku kenalkan sorang-sorang ahli group.Petang tu just berkenalan dengan warga OBS dan kawasan OBS aje.Malam jumpa dan sesi berkenalan dengan ahli kumpulan.Come,aku kenalkan dengan sahabat tersayang aku,sahabat yang banyak membantu aku,sahabat yang beharga dunia akhirat.Aku akan cuba perkenalkan mengikut urutan kedudukan malam itu(masih ingat).muehehe



1st.Rinmon(
aku ingat ejaan macam ni ''raymond'')
Ejaan nama yang unik man.haha. Berasal dari Sarawak dan memang lawak giler ah die nie,sampai aku kalau tengok dia bercakap terus sakit perut tahan ketawa apatah lagi kalau dengar dia gelar memang jem terus peru aku.Bab melawak memang dia ni lah. Dia sekarang dekat KMB,budak IB engineering lah katakan.:p



2nd.Aiman
Budak ni asal dari Pantai Dalam kalau tak silap(sedap mak nenek aku aje panggil dia budak,same umor ni weh). Muka dia,ya Allah serious tak tipu sebijik muker abang syahir,kalau Alia Ali tengok memang pengsang terus budak tu.haha(maklumlah crush zaman nakal-nakal dulu,not me Alia Ali ok).Aku tak tahu nak gambarkan macam mana perwatakan dia.Ok,korang pernah tengok drama korea Heartstrings?kenal Lee Shin?haah Aiman ni bayangan Lee Shing lah. Dia pandai main gitar,haa kena lah dengan Lee Shin.Dingin.Tapi lama kelamaan kenal dia tak adelah dingin sangat.muehehe.Buat IB dekat KMB jugak same with Rinmon.



3rd.Syarool
Aku ingat dia budak Sabah Or Sarawak beb masa mula-mula jumpa kat pendaftaran. Dia pakai seluar color-color masa pendaftaran sah-sah lah aku ingat Sabahan or Sarawakian sebab dalam fikiran aku lelaki dari sana aje berani pakai seluar color-color.Meleset.Orang Perak rupenya.Study dekat UniRazak kos ekonomi if I'm not mistaken.Dia lah partner aku masa berkayak,kasihan dia dapat partner berkayak yang kelam kabut macam aku. Sorry syahrool aku tak pernah berkayak dan jur aku cakap dengan kau,aku memang takut,fobia dengan laut atau tempat yang dalam bukan mabuk laut,aku takut serious cakap.Aku takut jatuh dalam laut,aku takut lemas,dah banyak kali aku lemas tu yang fobia. Masa abang syuk terbalikkan kayak kita dalam laut,aku nak menangis tahu tapi tahan aje aku takut kena marah dengan abang syuk.hahaha.Dah lah berkayak terlajak jauh.:)



4th.Fer a.k.a Ferbioni justin
Kawan dari Sabah bah,kudat.Study A-level engineering di KMS(same with my kawan,syaza). Fer nanti kau cari kawan aku kat KMS yea,Zaida Syaza budak medic.hehe. Mula-mula aku pandang kau kan,aku ingat kau nie seorang yang pendiam,susah nak bergaul rupanya tak eh. Sekali dia bersuara boleh tahan setiap ayat yang dia keluarkan memang best lah sembang dengan dia ni,Ummi yang selalu sembang dengan dia sebab tuu aku tahu serba sedikit pasal kau. Paling buat aku terasa nak pecah perut masa kau hilang dekat pulau pangkor malam tuu.Apasal lah kau senyap macam tuu aje,dan boleh kau buat selamba der kau tuu lepas diorang kelam kabut cari kau.Kalau aku ada masa tuu memang tak tidur sampai ke pagi lah,seram.



5th.Ken(Zakwan)
Aku tak tahu dari mana datangnya nama ken nie,nak tahu tanya tuan punya badan sendiri. Dengan dia ni aku hati-hati sikit nak bergurau,datang dia punya panas baran terus lenyap aku.haha. Takde lah garang sangat dia ni Cuma kadang-kadang tu dia agak berapi sikit tapi bersebab laa takkan nak melalak tade sebab,try lah melalak tak bersebab kalau nak try wachaa aku.(amboi berani pulak,haha).Dia ni suka melawak sikit dan suka sangat membuat spekulasi yang tak betul. Salah satu nye kes dengan aku. Boleh dia kata aku peluk dia. Sorry to say ken,aku tak peluk kau,aku just pegang  lifejacket kau je eh tu pun sebab aku takut dalam air dalam.Kalau tak fobia dengan air dalam jangan harap aku nak bergantung kat kau.haha.Selamat maju jaya lah kau dekat MSU nanti,kos ape aku lupa nak tanya.:)



6th.Azim(ustaz kecil)
Nie sorang muka macam kawan aku,Naufal.Bertubuh kecil tapi sekali cakap semua orang boleh diam,kau pernah masuk debat ke Azim?cara bercakap macam bekas pendebat aje.Dia ni boleh dikatakan gentleman la berbanding dengan yang lain sebabnya biarlah jadi rahsia aku dengan ummi.hahaha. Apa nak cakap pasal kau eh,banyak sangat yang boleh diceritakan tapi susah nak tulis takut tak faham.huhu. Apa aku boleh cakap aku bangga lah dapat jumpa kau sebagai sahabat aku. Jujur aku cakap aku terkejut lagi tersentuh hati ni bila tengok kau baca al-quran atas bas even bas tu banyak bergerak kau still jugak baca dengan khusyuk.Kau tak sedar pun aku dengan ummi tengok kau baca al-quran sampai nak nangis.Insaf.haha.Satu lagi aku kagum dengar cara kau bercakap dengan parent kau kat phone malam tuu,serious gila,penuh hormat betu.Study elok-elok kat KMB dengan Rinmon and Aiman,style rambut kau cantik sekarang.muhehe



7th.Atilia(DJ tak berbayar)
Kalau tak ade dia memang sunyi sepi group kiteorang.Dia memang tak pernah letih bercakap,satu minggu ada dekat OBS dia lah penghibur nya,tukang lawak satu geng dengan Rinmon,sakit perut aku weh korang buat.Opps satu gelaran untuk kau ,Rapunzel versi moden yang penuh dengan kelincahan dan kerancakkan.haha. Rapunzel zaman dulu tak ade lah banyak cakap macam kau. Tapi aku terhibur lah dengan kau suka mengusik buat orang ketawa semua.Best giler lah. Dia sekarang tengah menunggu untuk mendaftarkan diri di UNITAR kos ape lupe jugak nak tanya. Hati-hati lah Najwa Latif bersedia untuk jatuh takhta popular anda.hahaha



8th.Aida
Kenal kau baru aku tahu kewujudan sekolah bernama SAMURA(sorry kalau salah eja),Sebelum ni aku tak pernah dengar pun nama-nama sekolah macam tuu. Bila kau sebut SAMURA,aku nak tanya ape maksud tapi tak jadi malu weh.hhahaha. Bagi aku kau seorang yang  tegas kot,nampak garang dan agak lepas jugak kalau cakap tuu.hehe. Kadang-kadang aku terasa jugak dengan kau tapi aku buat tak tahu je.Aku jenis yang tak suka dalam hati.Kalau ada terasa dengan siapa-siapa ,lagi aku try buat baik dengan kau. So far tak ada masalah dengan kau. Budak A-level dekat KMS jugak nie,bakal engineer.:)



9th. Ain
Same sekolah dengan Aida. Aku bangga dapat kenal kau. Banyak cerita dan latar belakang kau buat aku tersentuh. Aku tak sekuat kau Ain. Tabik ahh dekat kau. Satu lagi nak cakap cara berjalan kau sama dengan kawan baik aku.Sekarang ni dia hilang tak tahu kat mana,hilang  tanpa dapat dikesan.haha. Kau dapat kat mana aku lupe.hehe(lupe je memanjang).



10th. Bibi
Tak sangka jugak dapat jumpa orang satu negeri,satu daerah pulak tuu,kawan dia kawan aku jugak rupanya.haha. Abang pun sama universiti dengan abang aku,sebilik pulak tu(dah melebih cakap ni). Suka dengan Bibi cakap,suara yang unik,laju je dia cakap.Ado maso nati kito lepok mache deh.(dah keluar bahasa kelantan,faham tak?,)satu geng dengan Atilia kan?study dekat UNITAR?Habis lah Najwa Latif nanti.



11th. Dolly
Dia terkenal dengan ke cute tan nya,semua orang geram nak cubit-cubit pipi dia termasuk lah budak yang tengah menaip dengan khusyuk nye ni sambil layan lagu kasih jangan pergi berjuta kali.ngee. Dolly bakal surgeon tahu  jangan main-main dengan dia kang dibedah nye tak ingat dunia mati nanti.muehehe. Aku tabik arh dekat dia sebab dia tabah je bila terima berita kematian saudara dia masa kiteorang kat OBS. Kalau aku?jangan ditanya,meraung nak balik lah. Dolly bakal sambung belajar dekat UCSI foundation in science.



12th.Angel
Yeay!!!we got HELP uni student in the house. Bakal student sebenarnya sebab HELP UNI daftar 2nd september,lambat lagi geng dengan aku lah. Nama dia memang kena betul dengan muka dia,Angel. Bakal Peguam ni weh. Aku dulu ada jugak terniat di hati nak jadi lawyer sebab minat sangat tengok cerita mandarin kat TV2.Fuhh hensem giler kevin chan jadi lawyer.haha. Angel ni minat menyanyi kot. Kalau korang dengar dia nyanyi,confirm tak nak dengar dah taylor swift aku nyanyi.Suara dia memang best.



13th. Iqa
Nie sorang kuat bergambar. Ustazah-ustazah tak sangka pulak suka posing depan kamera.haha. Haaa ni nak cerita,iqa ni pernah buat nyawa aku nak melayan beterbangan bebas di udara bagai tak nak balik dah. Mana tak nya,dia ambil kamera dari aku katanya nak copy semua  gambar. Keesokkan harinya datang bilik aku cakap gambar semua dah hilang. Makkkk aih lemah lutut ni dengar dia cakap macam tu. Nasib baik ada penyelamat dia.gambar semua dapat balik. Kalau tak ada gambar tu,tak dapatlah  aku nak buat entry untuk korang.muehehe. Apa-apapun its ok iqa,gambar dah dapat.Janga risau,tumpukan perhatian anda di MSU yea.


14th. Ummi
Tak nak cakap banyak pasal Ummi sebab nanti nak buat entry khas untuk dia.muehehe.tak janji bila eh tapi insyallah ada. Kenal dia memang syok la. Satu kepala dengan aku. Muka sama dengan kawan aku jugak nih,Atiqa Mokhtar. Segala rahsia kita kongsi bersama kan Ummi.hhaha. Macam-macam benda sengal kita buat,menangis,ketawa semua bersama kan.Tahniah lah dapat tukar kos.Dari A-level engineering UCSI ke Foundation in Science di CUCMS.Katanya tak nak jadi engineer sebab tak nak bersaing dengan lelaki.Apa-apa je Ummi,buka farmasi sendiri nanti kasi ubat free lah eh.



15th.Mahani
Ahli group Brinchang terakhir,Mahani here.Garang jugak Mahani ni kadang-kadang,aku pun kecut perut dibuatnya. Selamba rock die aje tegur Atilia depan abang Syuk hari tu,kalau aku jangan harap nak buat macam tu. Kalau lah Atilia mengamuk hari tu tak ke naya semua orang.hahaha. Tapi Atilia takkan buat macam tu,aku jarang tengok dia marah bukan jarang lah memang tak pernah. Mahani akan sambung belajar dekat UNITEN,sorry lupa lagi kos apa dia ambil. Saya ada kawan dekat UNITEN,nama Amirul Solihin. Hensem.hahaha.

Selesai jugak review sorang-sorang kawan aku yang banyak buat hidup aku bahagia seolah-olah dapat bunga lilly setaman(ayat sengal dah datang). Panjang pulak entry kali ni,ingat nak cerita pasal pengalaman kat OBS yang banyak mendera mental dan fizikal aku. Next entry kot aku cerita pasal tu semua,sebab hati ni dah tahan nak baca Novel My Precious Iris.Malam-malam baca novel memang best,feeling lebih.haha.Ok guys jumpa di next entry.:)Nak letak gambar aku la satu,gambar aku tak ada pun.muehehe




 
Designed by Beautifully Chaotic