Pages

31 August 2012

Jalan-Jalan Cuci Mata Di Moon Couture


Assalamualaikum..

Pasaran online shop kini makin meluas dan mendapat sambutan daripada segenap lapisan masyarakat terutamanya kaum hawa. Memang tidak dinafikan kebaikan membeli-belah di online shop adalah menjimatkan masa. Ya,aku akui itu,aku sendiri pun dah makin ada chemistry dengan online shop hari ini.. 

Tapi... untuk bershopping sakan di internet korang mesti pastikan dulu kesasihan online shop itu sebelum membuat sebarang bayaran. Jangan pakai berkenan terus bayar. NO2! itu salah ok. But,kalau korang membeli belah secara online di MOON COUTURE ,aku jamin 200% korang tak perlu nak risau apa-apa. Sebab service yang dorang tawarkan memang tip-top.Jom kenali lebih dekat lagi online shop yang makin popular abad ini..


Di MOON COUTURE  korang boleh dapatkan pelbagai maxi skirt dan salah satunya adalah Flare Lycra maxi skirt. Aku yakin sangat-sangat skirt nie amat popular di kalangan kaum hawa sekarang. Jadi untuk memudahkan korang menambahkan koleksi maxi skirt,belilah di MOON COUTURE  sebab harga yang ditawarkan amat berpatutan dan mampu dimiliki semua.




Pelbagai warna yang MOON COUTURE  tawarkan. Pilih warna kegemaran anda,buat payment pastu dapat. Tak perlu susah keluar rumah semata-mata untuk maxi skirt.


Kurung dress pun ada jugak taw. Haa sesuai sangat,sekarang kan masih musim raya jadi jemputan ke open house masih lagi banyak kan. Jangan nak peningkan kepala korang untuk memilih pakaian ke open house. Pegi sahaja ke online shop MOON COUTURE ataupun ke facebook dorang F.MOON COUTURE dan order kurung dress yang akan memberi kelainan dalam penampilan anda. Silap-silap korang yang akan menjadi perhatian dekat open house nanti..


Tidak ketinggalan jugak koleksi tudung yang pelbagai warna dan terkini. Harga serendah RM10 sahaja.



Dekat online shop nie,korang juga boleh dapatkan pelbagai koleksi baju kurung,antaranya kurung riau dan kurung moden, Harga amat berpatutan dan yang penting amat berkualiti..



Ini adalah blouse yang aku dapat free dari MOON COUTURE tau. MOON COUTURE nie suka buat contest dan hadiahnya memang superb..Rugi kalau korang tak jadi salah satu dari customer dorang. Usha-usha online shop dorang tau..


Sedikit sebanyak aku dah kongsikan berkenaan online shop  MOON COUTURE  dengan korang. Untuk dapatkan koleksi yang lebih banyak lagi korang boleh terus pergi ke website  MOON COUTURE  dan facebook F.MOON COUTURE. Masih banyak lagi koleksi F.MOON COUTURE yang patut korang selongkar. :)..Selamat Bershopping...







30 August 2012

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE




Haahh tajuk sudah kemain hebat nye..tunngu apa lagi,tekan-tekan laa banner nie cepat!!.

27 August 2012

Bertemu Kembali~





Setahun lebih perkenalan akhirnya bertemu kembali,
Itu lah kuasa Allah,
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Dan 
Setiap perpisahan itu juga akan ada pertemuan
Yang mengikat kembali silaturahim setiap insan..

Wahh! kemain lagi ninie berpuisi tak hengat dunia ye. Alamak! adakah itu satu puisi?Entahlah tapi angaplah itu kata-kata ikhlas daripada ninie untuk meluahkan apa yang ninie rasa.

Setelah setahun ninie berkenalan dengan seorang insan nie akhirnya ninie bertemu kembali dengan dia. Perkenalan kami amat singkat sekali cuma 3 hari sahaja. Tapi ingatan dan memori yang tersimpan tidak akan pernah padam dalam ingatan malah ia akan tetap kekal abadi sehingga akhir hayat.

Perkenalan ninie dengan dia banyak membawa perubahan dalam diri ninie. Memang bukan hanya dia sahaja yang membantu ninie untuk berubah tapi dia merupakan ketua di situ dan ninie amat kagum sekali dengan dia. Cara dia bercakap,bertindak dan memberi nasihat semua nya masih segar dalam ingatan.

to be continue~

p/s:  so sorry guys,ninie kesuntukkan masa,i will continue my cerita wokeys..

20 August 2012

kita xdop gambar raya~




Assalamualaikum

Kita baru dapat online,login facebook,blog,& check email. Amboi kemain kita sibuk sekarang nie ye. Mak cik tepi rumah kita tak sibuk macam nie walaupun kerja dia mengalahkan segala macam orang sibuk.huehue. Hari ini kita dapat laa rehat jugak,dah rasa tenang tana gangguan. Kemarin kemain lagi kita sibuk,takde orang pun yang suruh kita buat kerja tapi..biasa laa kita kan. Kita suka buat kerja yang orang tak suruh. Kalau orang suruh kita tak suka buat. 

Raya tahun nie bagi kita sama jew macam tahun-tahun dulu,takde perubahan. Tempat,makanan dan suasana masih macam dulu. Agak-agaknya bila laa dapat berubah ep. Kita tak kata kita bosan cuma kita sukakan perubahan. Jadi tiap-tiap tahun kita nak perubahan tapi siapa laa kita nak tentukan semua itu kan3?. 

Satu kita amat-amat tak puas hati raya tahun nie. Gambar!!!!!!!!!!!!!!!..mane gambar kita?. Ok cerita dia macam nie. Malam raya tuu kita ada problem dengan kita punya sibling,so kita nie jenis keras kepala jadi kita bawak problem tuu sampai pagi raya,memang bad mood gila. Bangun pagi nak pergi cas bateri camera pastuu cari-cari tak jumpa camera. Korang boleh imagine tak bertapa gila nya kita pagi tuu. Memang nak mengamuk tapi sabar je laa. Bila camera tak jumpa akhirnya tak dop gambar laa kita.

Petang tuu kita selongkar lagi bag,..memang darah kita naik lagi petang tuu. Camera tuu ada dalam bag rupanya tapi kita tak cari betul-betul. EEEEEEEEEEEEEEE memang geram tahap paling tinggi. Kita dah rancang awal-awal lagi kita nak amik gambar banyak-banyak time raya tapi apa pun xde. Sedih betul laa..

Sekian...

16 August 2012

Tajuk Apa Yang Sesuai Ep??




Assalamualaikum

Dah terlalu lama ninie tak hupdet blog sendiri nak online lagi laa susah. Bukan sebab line internet slow ke apa tapi sebab kita nie student lagi so istilah online tuu memang jarang laa ada pada kita *sekarang nie laa,kalau dulu2 memang always.hikhik..Sekarang nie memang dah tak fikir apa-apa lagi selain daripada mencapai target dalam peperiksaan percubaan SPM yang hanya tinggal 11 hari lagi. Kalau tolak dengan hari raya masih lagi tinggal 10 hari. Tahun ini terpaksa berkorban laa,raya 1 hari. Balik kampung pun sekejap aje tahun nie,dah tak dapat nak ikut sepupu-sepupu pergi jejalan. Uwaaa!! i can't imagine this situation. 

Sebelum tak sempat ninie hupdet blog menjelangnya raya,better ninie ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin kepada semua rakyat Malaysia dan umat islam *ececeh felling macam pm laa pulop.jadi all of you raya baek-baek na,jangan sampai terputus sini terputus sana. Take care..

P/S : entry makin pendek sebab i online just 20 minutes..gudbye..have a nice day yaa..

12 August 2012

Pemergianmu Ditangisi

Assalamualaikum

Whassup2 yo!!. Ninie baru jew lepas berbuka puasa ,fuhh kenyang tahap maksimum,nie belum makan nasi lagi. Berbuka tadi dengan bubur jagung..hurm dah lama kita tak dapat makan bubur jagung nie.Nasib baik laa ada jugak nak sponsor bubur jagung dekat ninie hari ini. Ini lah orang panggil rezeki kan?. Korang pulak berbuka dengan apa hari ini?share lah dengan ninie.

Intro panjang-panjang buat meluat juga kan,kita teus je dengan niat kita hari ini iaitu PEMERGIANMU Ditangisi..sedihnya dah terpaksa berpisah,kita baru je berjumpa tahun nie tapi dah nak berpisah..Setiap tahun saat inilah yang ditunggu-tunggu dalam hidup ninie. Sebabnya saat inilah ninie amat tenang sekali dan setiap apa yang ninie lakukan itu hanya kerana Allah SWT. Ramadhan,bulan yang memang dinanti-nantikan oleh setiap umat islam.

Bulan ini lah umat islam mudah mendapat pahala dengan berganda-ganda dan dosa amat payah sekali ditemui bulan ini. Senang ninie cakap,bulan ini betul-betul buat ninie tenang. Buat ninie rasa sayang sekali untuk tinggal ibadah dan untuk melakukan perkara terlarang amat berat sekali sebab itulah ninie menjauhkan diri daripada seseorang buat sementara waktu.  Jadi,terus terang ninie cakap bagi sesiapa yang mensia-siakan bulan ini,mereka lah orang-orang yang rugi amat-amat rugi sekali sayang..

Akhir sekali,jujur ninie cakap Ramadhan pemergianmu amat ditangisi.

10 August 2012

Alangkah Indahnya Dunia..


Assalamualaikum.

Alangkah indahnya dunia jikalau engkau dan aku disatukan dalam satu ikatan yang sah dengan lafaz kalimat yang bermakna..Sempunya nya hidup aku andai saat itu tiba bila aku betul-betul bersedia dan bahagianya aku jika tiada paksaan datang menghampiri aku..Nikmatnya hidup....ececeh belom pape kita dah berangan tak hengat dunia,macam laa kita nie layak sangat nak berbicara soal cinta cintu nie..Ya,awak kita sedar kita tak layak lagi untuk benda-benda nie semua,kita masih muda masih banyak benda yang lebih penting kita nak fikir,kita nak kejar dan yang pasti semua itu adalah benda yang paling penting dalam hidup kita berbanding cinta!!..Tapi siapa kita nak atur semua itu?siapa kita nak tentukan itu dan ini?.Kita tak layak tapi kita berusaha jugak untuk buat semua itu berjaya..

Kita masih berusaha nak jauh daripada segala halangan yang cuba mengagalkan impian kita,kita cuba tinggalkan kebiasaan kita walaupun kita tahu susah,sukar sekali. tapi sekurang-kurangnya kita cuba kan,hehe..sayang semua nie mesti bagi semangat kat kita tau kira macam apa owang putih cakap tuu,sapot?hah..support,sokongan maknanya mak aihh..Dunia cinta tuu kita terpaksa tinggalkan dulu,kita fikir kemudian,sekarang tak perlu nak fikir itu semua,tak penting..kita tahu nie semua akan buat seseorang terluka,tapi tolong faham tuu je kita mintak. Kalau awak tak sanggup,kita terima semua keputusan awak. apapun kita terima..tolong buat keputusan mengikut kepentingan awak,jangan fikir pasal kita,kita tak suka macam tuu..

Hesy,sampai sini dulu entry kali nie,kita masih ada banyak kerje nak kena buat..Sebelum berpisah cehh,macam rancangan bual bicara dalam tv plop..kita nak promote satu novel yang baru kita habis baca
Tadaaa

baca tau,kelakor gila..



Bayi Tidak Berdosa

Assalamualaikum...

sekadar perkongsian bersama..Di salin 100% dari facebook..
Tiada kepastian sama ada betul atau salah tetapi ambil lah iktibar daripada perkongsian ini. Sama-sama kita perbaiki diri


hati siapa yg tak sakit hati kalau bayi yg tidak berdosa diperlaku sedemikian rupa???

cinta tanpa adab pasti mengundang azab...

Allah berfirman maksudnya: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." (Surah Al-Israa': 32)

Firman Allah: "Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar." (Surah al-Israa': 33)

kerana sayang Ibu pada lelaki(pakwe) itu, ibu BUNUH rasa SAYANG pada ku yg lahir dari RAHIMmu

kenapa IBU hampiri ZINA itu IBU...semata-mata kerana dia ''COUPLE" IBU...???

AKU jadi mangsa CINTA IBU yang lahir dari CINTA TANPA ADAB yg IBU bina itu...

ibu...dimanakah...siapakah...bapaku?? kekasihmu ibu???

''LELAKI yang selalu mengusung IBU kerana ingin selalu bersama IBU yang dia sangat CINTA...???

Benihnya yang subur dalam rahim IBU untuk memuaskan nafsu serakahnya...katanya bukti cinta sejati...???

09 August 2012

menangis dalam hati

Assalamualaikum..

Sebelum berbuka puasa,ninie nak share dengan pembaca blog ninie sekalian pasal majlis perjumpaan ibu bapa tingkatan 5 di sekolah ninie atau Program Tautan Kasih yang ninie cakap pagi tadi. Salah seorang cikgu ninie telah share gambar majlis tuu dekat facebook sekolah. Ninie tengok gambar tuu buat ninie rasa sedih sangat-sangat,i cry tapi dalam hati. Air mata nak jatuh tapi ninie tahan demi pertahankan ego ninie.


Terlalu pilu kan suasana dewan. Kalau ninie pergi tanpa ma n abah tadi,korang boleh bayangkan apa yang jadi?. Sebab tuu laa ninie pilih untuk tidak pergi...

A little girl

i don't want say anything





Kenyataannya...

Assamualaikum...

Guys,lately i tweets a lot LOL..come join me in twitter,tinggalkan facebook kerana tempat itu sudah tidak seperti dahulu kala lagi. Ochh,ini bukan iklan tau just suggest untuk korang. Tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun mati. 

Hari nie saya tak pergi sekolah................:(............why?saya takut nak hadapi kenyataan. Saya tak cukup kuat nak hadapi situasi ini buat kali kedua. Saya tahu,walaupun saya lari dari kenyataan pada hari ini,saya akan tertangkap juga pada hari esok. I don't care,apa yang pasti saya perlukan masa untuk persiapkan diri saya sebelum saya menghadapi sebarang pertanyaan daripada orang lain. Situasi ini pernah berlaku kepada saya 2 tahun yang lalu tetapi saya masih kuatkan diri kerana abang. Saya kuat masa itu semua kerana dia. Dia banyak memberi inspirasi dekat saya. Bnyak bagi kekuatan kepada saya. Tanpa dia saya sudah jatuh,jatuh tersungkur dan tidak mampu untuk bangun lagi walaupun ada insan yang mahu membantu dia tidak dapat memberi keuatan yang saya dapat daripada seorang abang..

Actually,hari ini dekat sekolah ada perjumpaan ibu bapa tingkatan 5. My parents xdapat pergi disebabkan hal yang tak dapat nak di elakkan. Maybe bagi sesetengah orang perkara ini adalah perkara biasa tapi bagi ninie perkara yang sukar ninie terima but i must accept. Macam mana sakit sekalipun saya kena terima,walaupun hati saya sedih sesangat tapi saya masih memberi senyuman. Saya simpan semua ini sorang-sorang tanpa berniat ingin berkongsi dengan sesiapa. Abah,dia memang tak dapat nak pergi sebab dia dok jauh dari ninie,dia tak dapat nak balik..Dan ninie pun tak bagitahu dia pasal nie sebab ninie dah tahu apa jawapan nya. Saya taknak dengar jawapan itu. Ma,dia memang nak pergi tapi atas masalah kesihatan saya tak benarkan dia pergi. Saya takut jadi apa-apa dekat dia,event tuu mengambil masa yang lama.. Saya tak nak my mum sakit. Bila semua itu berlaku saya akan dipersalahkan. I know...

Dan kemarin,pentadbir-pentadbir sekolah ada buat perjumpaan dengan students form 5,dia minta asingkan pelajar yang parents dia boleh datang dengan sebliknya. So saya duduk di barisan paling depan yang perents students tak boleh datang. Datang pk HEM,memang bengis laa muka. Konon tegas,saya yang pertama ditanya,. Pertanyaan yang begitu kasar,langsung tidak ada ciri-ciri pertanyaan daripada seorang guru. Langsung tidak ada perasaan seorang guru. Datang bertanya dengan kasar kepada saya. Sebelum habis pertanyaan dia kepada saya,lantas saya menjawab  dengan penuh keyakinan tanpa tersekat sedikit pun jawapan daripada saya. Saya buat dia mati kata di situ. Saya buat dia sedar cara dia bertanya adalah salah. Saya berani kerana saya benar. Salahkah seorang pelajar membuat seorang guru itu mati kata-kata?Saya jawab dengan sopan dan lembut tapi kata-kata saya telah menyedarkan dia untuk bertanya dengan sopan..

Satu lagi,about pengetua. Dalam ucapan dia.dia ada cakap kalau parents sape-sape yang tak dapat datang ke majlis tuu,itu bermakna parents dia tak sayang dia. Whats nonsense hah?saya betul-betul tak setuju dengan kenyataan ini. Macam mana seorang guru yang berjawatan pengetua boleh keluarkan kenyataan kebudak-budakkan macam nie?. Saya pasti setiap ibu bapa tuu nak sangat datang tapi atas sebab-sebab tertentu mereka tak dapat nak datang. Saya geram juga nak bantah kata-kata pengetua kemarin tapi ingatkan maruah dia,saya mengalah..Tetapi walaubagaimanapun saya tetap tidak bersetuju dengan keyataan macam tuu!!..

Sekian...

07 August 2012

11.34 PM 07.08.12

Hello there...
Fuhh,diri terasa lega sesangat sekarang nie,rasa semua benda dah settle even homework yang tertangguh masih belum dapat diselesaikan lagi. Apapun forget about it sekejap,kita tumpukan kepada tajuk entry kali nie. 11.34 PM 07.08.12. Tarikh birthday ninie ep?tarikh anniversary ninie ep?tarikh ninie exam ep?. Stop it lah guys,tarikh nie takde kena mengena langsung dengan diri ninie ok. Malam nie 11.34 pm jangan lupa untuk duduk depan TV,on jew TV 1,Azizul Hasni Awang akan beraksi dalam acara Keirin lelaki London Olympic Games .yeh!. Dia sudah menghampiri emas. Cerita pasal DLCW masih belum reda lagi,sambung dengan AHA plop. Jadi,dapatkah AHA merealisasikan impian negara untuk meraih emas pertama di Sukan Olimpik London? Semuanya bakal terjawab pada pukul 11.34 malam nanti.Cik ninie nak kena siapkan homework cepat-cepat pastu nak tengok TV plop malam nie.hehe.

Sekian...

p/s:selama nie tak pernah haku ter-xcited macm nie pasal London Olympic Games..ngee

06 August 2012

Tak nak bagi tajuk

Hello there!! peace yo!

Korang apa khabar semua? eh,apasal aku tetibe baek nak tahu khabar korang pulop ep. Demam ke apa,sebelum nie tak pernah nak tanya ataupun nak tahu pasal korang pun.haishh!..Forget about it. Actually mood nak menaip hari ini makin kurang sebenarnya. Kita penat laa awok. Sehari suntuk kita dok kemas bilik nie,buang segala benda yang tidak diperlukan lagi. Baju pun banyak dah kita asingkan,dah rasa xnak pakai kita asingkan tempat lain. Tak buang wokeyh!,kita x suka membazir,baju-baju kita yang dah tak nak pakai semua,kita kasi dekat orang-orang yang memerlukan dekat kampung. Daripada kita buang better bagi dekat orang yang tahu menghargai kan.

Nak bagi dekat adik?No way!,dia tuu xkan pakai laa baju-baju style macam nie,dressing-dressing semua nie dia lansung tak minat. Sebenarnya ninie agak confuse dengan jantina adik ninie nie.shhyyy!! xnak cakap pasal dia,kang belakang penyapu hinggap dekat badan ninie pulop.xnak!!!!!!!!!!. Anyway guys,u all ada menonton pertandingan badminton sukan Olimpik London tak??wohhh!!!!!!!!!! i know Lin Dan menang..Rasa-rasa nya peminat Datuk Lee Chong Wei marah tak ninie kata macam nie. Jangan marah tak,memintai sesiapa tuu hak individu. Sebenarnya ninie memang penyokong Lin Dan tapi dalam masa yang sama ninie jugak harapkan yang DLCW menang semalam. pelik kan?sokong orang lain tapi harap orang lain yang menang.

Melihat cara DLCW bermain semalam,telah membuat ninie betul-betul respect dekat dia. Yes! memang Lin Dan menang tapi kalau nak di ikutkan cara bermain DLCW adalah yang paling hebat,yang paling beradap. Cuma nasib tak menyebelahi DLCW semalam. Maybe next Olimpik DLCW menang pulop.hihi..Apa pun TAHNIAH DLCW. Kesungguhan anda adalah yang terbaeeekkk..

Sekian..

salam nuzul Al-Quran


Miliki..................
Membaca..................................
Memahami.............................................
Mengamal...........................................................

nescaya ia akan memberi syafaat untuk kamu di akhirat kelak..Salam nuzul Al-Quran..

04 August 2012

Back To School



Hello there..

Rasa macam tak sesuai sangatlah tajuk entry dengan isi kandungan post ninie kali ini. Sepatutnya kembali ke sekolah itu setelah kita bercuti lama tapi....ninie baru je cuti dua hari.huehue. Cepat sangat laa masa berjalan kan?Sedar tak sedar dah hari ke 15 umat islam berpuasa. Cik kak oii..dah separuh bulan dah berpuasa,kejap lagi dah nak raya. OMG! baju raya belum beli lagi.haishh,ni laah akibat kalau terlalu memilih dan akhirnya takde baju raya:(..Korang macam mane?dah siap belum persiapan hari raya?. Nak taknak kita kena jugak beraya tau,yewla setelah sebulan kita berpuasa mestilah kita raikan hari raya. Tapi ingat! jangan berlebihan kan jadik bazir raya pulop. Sekarang nie tengah jadik Bazir Ramadhan.

Hoi,tengok tuu cik kak kita dah lari dari tajuk,tadi kata nak cakap pasal sekolah sekarang dah melalut ke hari raya pulop. Ok fine!simpan cerita hari raya nanti raya kita update lagi ok. Nak cerita pasal sekolah pulop. Kira makin kira,kira lagi n kira lagi akhirnya cik ninie kita dah nak trial spm dah,lepas tuu SPM laa dia. Kalau sekarang dia suka tidur,maka result spm dia pun tidur laa jugak. 2 hari diberi cuti dengan penuh kerja sekolah,esok dah kena kembali ke sekolah macam biasa. Kena jalankan rutin harian kat sekolah as usual. Pukul 7.15 pagi bertolak ke sekolah,dalam pukul 7.20 pg dah sampai dekat sekolah,rumah kita dekat jewp. 7.25 pg pergi bilik siaraya,kena ready untuk on air./*ececeh macam Dj radio laa pulop.Kita on air untuk membaca dan menyebarkan fadhilat ramadhan untuk warga smk Machang sekalian so kita tak boleh lewat untuk kali yang ke 5 dah,nanti kena pecat jadik Dj tak berbayar pulop.hehe.

Pukul 7.40 pg ninie dah start kelas dah,belajar punya belajar pukul 3.15 ptg dah boleh balik. Balik laa seorang gadis berjalan kaki sendirian tanpa ditemani sesiapa pun. Kalau 2 tahun lepas kita ada abang,dia yang selalu teman kita balik,sekarang dia dah study jauh dari kita dah.:(,it's so sad u know..*sigh*. Balik rumah,buat persiapan diri semua,kita ingat nak keluar kejap laa petang esok,nak pergi check duit masuk ke tak dalam akaun tuu.Korang nak ikut tak?jom a tapi segala kos tanggung sendiri!.Lately homework makin mengunung laa,,nak kena settle sebelum cikgu bising!


03 August 2012

i have no appetite


Hello there!

Hari ini ninie betul-betul takde selera nak makan lansung,nak tengok makanan pun susah,haishh apa kena laa dengan ninie hari ini. Nak kata bad mood,i don't have any  reason to do that.*sigh*.Time buka puasa tadi pun makan nasi setengah pingang pun tak sampai. Yes! i have a problem. Masalah yang memang saya tak boleh kongsi dengan sesiapa pun. Terlalu sukar untuk tanggung ini semua seorang diri,saya tak kuat tapi saya kena kuatkan diri. Tidak ada sesiapa mampu untuk tolong saya. 

I need a someone to help me but i know ia sesuatu yang sukar dan saya tidak mampu untuk membenarkan seseorang itu membatu saya. Ini masalah peribadi saya,masalah keluarga saya,ia tangungjawab saya untuk selesaikan sendiri.Orang luar mungkin takkan faham dengan apa yang saya hadapi sebab itu lah mereka dengan mudah mengatakan itu dan ini,tapi apakah dia pernah merasa apa yang saya rasa?adakah mereka mampu tanggung apa yang tengah saya tanggung?.Orang hanya mampu lihat kegembiraab saya tetapi mereka tidak pernah cuba melihat kesedihan saya yang mengunung banyaknya dari kegembiraan saya..

I miss my brother a lot. Hanya dia yang betul-betul memahami diri saya. Saya perlukan dia sekarang. Hanya dia yang saya boleh berkongsi masalah dan beban yang tengah saya tanggung sekarang. :(..

Lucky Week


Good morning everyone..
How's your day?is it ok?. Alhamdulillah praised to Allah swt because still give me a strength to do lots of what we call 'ibadah'. Oh! sebelum menyimpang ke jalan yang lain jom kita balik kepada tajuk entry kali ini. Lucky week!. You know what! this week memang bertuah untuk diri yang bergelar ninie kamarudin merangkap owner of this site.I got many awards and gift from school for a week only. Not only that,'kementerian pelajaran Malaysia' and Fomca also do that for me. You can imagine how's happy i am?.pheww


its so colourful right?







I try to make this site so colourful. Yes! macam kehidupan yang saya impikan,kehidupan yang penuh dengan warna warni. Pada asalnya ia satu warna putih tetapi disebakan pengalaman dan juga kehadiran orang sekeliling telah mewarnakan sedikit demi sedikit warna putih itu. Finaly it become so colourful.!

01 August 2012

IBU KEMBAR 12 KENA PILIH 1,LAGI 11 DIBUNUH




Assalamualaikum..

Entry kali ini dicopy 100% dari Alyza Fisol




Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

bile baca berita ni...seriously aku tersangat sedih...kesian kat bayi-bayi yang tak bersalah tu...

lagi bertambah sedih, bile baby-baby tu akan dilemparkan dari atas puncak gunung...secara automatik aku teringat kisah kekejaman Pol Pot yang bunuh baby dengan mencampak ke udara dan menembak...or hentakkan kepala bayi di pokok...aduhai...kejamnya...

tak dapat nak tulis lebih-lebih sebab aku dah rasa sangat sebak...

*kisah kekejaman Pol Pot yang aku tengok masa pergi Cambodia tu, aku tak share pun lagi kat blog...sebab mencari kekuatan nak tulis...tapi suatu hari nanti, aku akan sharekan jugak...


*updated as at 2.40pm 01/08/2012
Dapat tau berita ni adalah tahun 1998...samada benda ni still happen or not, tak tahu la...ape-ape pun, harap kekejaman sebegini tidak berlaku lagi di tahun ni dan akan datang...


harap maaf dari pihak saya sekiranya saya memaparkan berita yg salah kerana saya membaca nye dari Harian Metro Online dan saya menganggap ia berlaku baru-baru ini...tujuan berkongsi disini, adalah kerana saya berasa sedih dengan kejadian yang berlaku...dan mengingatkan saya pada kejadian Pol Pot jugak...


harap tiada salah paham dari pihak pembaca...


dan berdoa agar kekejaman sebegini tidak berlaku lagi pada bayi-bayi yang tidak berdosa...


*updated as at 3.30pm 01/08/2012
seperti yg saya dah nyatakan diatas, saya dapat sumber melalui Harian Metro Online...bukan saya yang menceritakan atau membuat cerita mengenai perihal kisah ini...harap tiada salah paham dari pihak pembaca...


tulisan dari saya adalah berwarna kelabu, dan tulisan yg berwarna ungu adalah article yg dipetik dari web Harian Metro Online...
 
Designed by Beautifully Chaotic