Pages

23 October 2012

Crazy With Peplum

Assalamualaikum & Salam Sayang


See,see tak sampai 24 jam dah update,apa nak jadi lah dengan aku nie..hahaha,.tadi baru keluarkan entry last  sebab nak stop menaip kejap nak tumpukan pada pelajaran..hihi..Takpe bagi chance untuk hari nie je ok..lepas nie kita betul-betul tumpukan pada exam ok..tak mao marah-marah nanti cepat tua..wee..

Guys,i wanna tell you that im crazy right now!!!..yeah! crazy with baju kurung peplum..Tesanga-sangat menarik perhatian aku kali nie..Tapi tak sempat laa nak pakai masa raya aidil adha nanti sebab aku baru jew jumpa online shop yang jual kurung peplum nie..*sigh*..rugi tol laa!!..nevermind,baju kurung not only dipakai untuk raya jew,masih banyak event-event yang perlu aku pakai formal bagai..wah! bunyi macam banyak dapat invitation event nie..yes! memang cuma tak berkesempatan nak pergi sebab sibuk dengan kelas,lagi pun kalau pergi segan laa,ramai yang tak kenal..maklum lah kita blogger baru so tak berapa nak kenal dengan blogger-blogger lama..stop cerita pasal event,sambung pasal kegilaan aku terhadap kurung peplum..


Actually dah lama kurung peplum nie popular tetapi disebabkan tempat aku nie,well you know tak berapa nak up-to-date sikit susah laa..Kalau owang pakai fashionable sikit,dah dipandang pelik..Itu lah sikap orang melayu yang patut dikikis mulai sekarang. They should pandang fashion sebagai satu perkara yang biasa and santai not a luar biasa dan kadang-kadang memandang pelik kepada orang yang suka berfashion..


Aku adore sangat-sangat dengan kurung peplum dari koleksi ADAMELL nie..You all nampak kurung nie plain kan,tapi sebenarnya kain kurung peplum nie bercorak taw,nampak jew plain..so nice. Potongan yang di hasilkan juga tak nampak terlalu messy atau keterlaluan sesuai laa dengan muslimah masa kini..Satu lagi yang aku suka dengan design peplum nie adalah design yang menampakkan ciri-ciri kesopanan..Sesetengah kurung peplum tuu terlalu keterlaluan dan nampak tak sopan sebab baju tuu terlalu singkat dan sendat..









Nurita Harith,salah seorang pereka fashion favourite aku..Setiap rekaan yang dihasilkannya pasti memiliki keistimewaan sendiri..Like this peplum,..Bagi aku laa kan,kurung peplum tuu sesuai jika diperbuat daripada chiffon,silk or anything else tapi kurang sesuai jika diperbuat daripada cotton because potongan yang bakal dihasilkan tak nampak menarik dan pemakainya akan nampak chubby..thats my opinion laa..


Sejak akhir-akhir ini kan,aku memang suka sangat dengan warna-warna baby macam nie..pink+blue so nice macam ice-cream paddle pop pulak..peplum yang nie dijual secara berasingan thats means you all boleh gayakan dengan pallazo,maxi skirt or apa-apa je laa yang penting korag haruslah berani mix and match..Harga this peplum dalam RM65 macam tuu laa..Dah kira gila murah laa tuu,buka senang nak dapat material macam nie dengan harga yang murah,lain lah kalau peplum material jersey(like tshirt) tuu.




And last but not least,aku betul-betul teringin dan nak sangat-sangat dengan baju kurung nie..ada sape-sape nak sponsor tak??lau sudi aku sayang lebih nanti..haha*mengedik je lebih*








21 October 2012

Hey Fashionista!..its crazy sale!!

Assalamualaikum & Salam Sayang



To the woman,girl or seangkatan denganya,mari dekat-dekat nak habaq dekat hang nie,aq ada jumpa blogshop yang tersangat da bomb nie. Harga bermula daripada RM10>..gila betul gila nie..Nie bukan blogshop yang jual pakaian bundle ok,nie blogshop yang jual pakaian baru punya..
So bagi sesiapa yag memang kemarut dengan fashion ala-ala korean tuu tapi tak cukup duit,hah! nie lah blogshop yang paling sesuai untuk korang tau. Setiap barangan yang dorang tawarkan ada discount 30%+++ ditambah lagi dengan FREE SHIPPING!!..
Yang nie harganya cuma RM20 lebih sahaja..murah kan..dekat blogshop lain jangan haraplah korang akan dapat harga yang macam nie tambah dengan freeshipping pulak tuu..



Semua pakaian yang ditawarkan di sini amat sesuai untuk remaja dan yang paling best ia mempunyai pelbagai warna yang boleh kita pilih sendiri..


Couple-t pun ada jugak,dont worry bagi korang yang tak suka dress boleh jew ambil tshirt yea..Selalunya kita tengok blogshop-blogshop hanya tawarkan tshirt jea kan,tapi blogshop yang aku cerita hari nie tawarkan pelbagai jenis pakaian untuk couple ok.


Tunggu apa lagi??jom serbu SallyFahion!!!..dapatkan dress,pants,shirt,bag,etc..dengan harga yang tersangat murah dan yang teristimewanya barangan baru akan di update setiap 30 minit everyday.!!..Happy shopping guys..:)




Dinner With Them {event}

Assalamualaikum & Salam Sayang

Zaman budak-budak sekolah semakin meninggalkan aku..Selepas ini zaman universiti akan aku masuki dengan gembira..harap2 dapatlah tempat dekat universiti nanti,insyallah..Sekolah pun dah berapa minggu jew lagi kan,adik-adik form 1,2,3, happy laa dorang tapi bagi kami form 5 rasa dah nak tercekik..yewla penentu masa depan kiteorang dah tak lama lagi..Form 4 jugak tak ketinggalan,kalau nak berjaya dorang kena mula sekarang..

Berbalik pada event makan malam pengawas SMK Machang yang di adakan pada 19.10.12..Actually aku dah tak nak pergi sebab my abah tak ade kat rumah,so takde orang nak hantar laa..Tapi nasib baik laa ada owang nie sudi nak jemput dan hantar aku. Hushh,syukur dapat pergi jugak..Mula-mulanya segan nak naik kereta dengan dia,sekali ini aje buat-buat tak segan laa..haha..Event malam tuu best dengan kehadiran band dari mana ntah,dop sempat nak tanya. Abang2 band tuu pun nampak sombong..


Sila beri tepukan pada kita!!yeay!!haha..perasan kejap boleh kan..hihi.Kita bangga nie awak.Kawan-kawan kita tak dapat,kita jew yang dapat sebab kita ada jawatan dalam badan pengawas.Kita sorang jew form 5 pegang jawatan tertinggi dalam badan pengawas kat sekolah kita nie taw..yang lain semua form 6,termasuk lah timbalan kita form 6 jugak..Segan nak pergi ambik nie semua dengan PK1 sekolah kita,sebab pakain kita mengalahkan dia..hihi..

Kita rembat jap adik bob kita.. Happening gila dengan dia,tapi sayang dia nak balik awal so tak boleh lah nak lepak-lepak dengan dia..Maybe dia bimbang kena sound dengan mak dia kot balik lambat..hehe

Nie kes malu punya,kan dah candid..Jangan salah sangka taw,nie bukan pasangan kekasih..nie just pasangan adik dan kakak..Yang lelaki tuu anak PK1 sekolah kita,merangkap best student for SPM tahun depan..Sekarang nie pun dia yang teratas dalam rating akademik form4.

Gambar-gambar nie semua terpaksa di edit sebab kurang berkualiti,malam biasalah..lagi pun kita tak suka pakai flash bila ambil gambar..Hadiah pinjam jew nie ek..

Yehh!!gambar we all lagi..Adik nie memang suka bergambar dengan kiteowang..Kalau perasan,akhir-akhir nie banyak gambar bersama dia kita upload dekat Facebook,twitter dan blog..kiteowang rapat since pergi Gambang hari tuu laa.


Halooss dop puah hati laa gambar nie,tengok!! kita pendek..lepas tuu nampak berisi sikit kan pakai baju nie..Thanks Choco Beau Boutique for the tudung and baju yang kita gayakan semasa dinner  nie yeaw..kita jadi perhatian taw malam tuu..hehe




Setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan..Thanks a lot to the KP tahun 2012 abg faizal sebab bagi kepercayaan yang tinggi kepada budi untuk pikul tanggungjawab sebagai exco perhimpunan 2012 walaupun bahagian perhimpunan sekolah kita agak messy sikit..hehe..Thanks jugak sebab pilih budi sebagai pengawas terbaik sesi 2012 & peserta wanita terbaik kem pengurusan kokurikulum 2012..terima kasih lagi sekali sebab sudi ambil budi malam tuu,,hehe..segan sebenarnya..

18 October 2012

weeks News

Assalamualaikum & Salam Sayang


Hari khamis..Hari yang aku tersangat-sangat suka. Apesal pula?Petang khamis boleh rest dekat rumah,tak payah nak kejar masa untuk ke kelas malam. Balik rest je lepas tuu,malam nanti sambung study and then kita tidur. Begitulah rutin harian aku kalau tidak ada kelas.

Apa cerita minggu ni?Best tak?Or ada cerita yang nak dikongsi bersama?Silakan yew..Minggu nie macam-macam story aku ada,tapi setengah daripadanya akan aku cerita dekat pembaca-pembaca yang tidak berapa nak setia ok.huhu

We start with the cerita gembira ok.Minggu nie aku baru dapat tahu yang tarikh permohonan ke program Matrikulasi sesi 2013/2014 telah dilanjutkan sampai 30 november,kau dengar tak beb,30 november tuu,lama. Yang aku happy lebih nie apesal?mana tak happynya beb,kalau tarikh tuu tak dilanjutkan maknanya aku tak dapat nak tukar jurusan yang aku pohon.weee..Ok tuu buat aku happy..

Cerita kedua,cerita sedih+simpati..Salah sorang kawan lelaki aku terlibat dengan kemalangan berdekatan dengan sekolah hari selasa 16.10.12 dalam pukul 5 petang. Motor yang dia naiki tuu berlanggar dengan kereta. Keadaan dia amat kritikal sekarang nie. Hanya doa yang mampu aku kirimkan untuk dia. Dengar-dengar peluang dia sekarang nie amat tipis lah. Time dia dihantar ke hospital tuu pun dah 50-50. Aku terima berita tuu pun bagai nak tercabut jantung. spm pun dah makin dekat and now dia terlantar dekat hospital pulak. Sama-sama lah doakan untuk dia..

Masih banyak lagi nak cerita sebenarnya tapi kepala dah rasa pening dah nie..nak tidur kejap..opps yang terbaru aku hampir nak jadi mangsa kemalangan dalam hujan pagi tadi..tapi sempat mengelak. Kemalangan kereta dan kereta depan mata aku,orang dalam kereta tadi aku tak tahu macam mana keadaan dia..

15 October 2012

Headache

Assalamualaikum & Salam Sayang


Kelas pagi petang malam,urgh so stress right now you know..Lagi 20 hari nak exam tapi tahap kesihatan aku makin teruk. Tubuh mudah letih,sakit kepala always laa yang tuu..Mata pun dah makin tak nampak,kalau cikgu dok ngajar dalam kelas memang aku hanya dengar suara dia je laa. Nak tengok apa yang dia tulis dekat whiteboard,uhh memang tak nampak kabur!..Makin aku tengok makin sakit kepala aku dibuatnya..

Rabun pun time macam nie laa kau nak serang aku,tak boleh tunggu 2 3 tahun lagi ep?sekarang jugak kau nak kenakan aku..Alamaknya melepas lah apa yang aku impikan selama nie. Cermin mata pun tak dapat nak buat lagi. Urgh!!! betul-betul stress laa macam nie..

14 October 2012

Birthday Girl



Assalamualaikum & Salam Sayang







When i am lonely..
You stay by my side....
Try to make me smile...
make me laugh.....
make me forget every sad moment in my life..

You come whenever i need you or not
you stay by my side everytime..
Always cheer up my day...
when i got a problem..
theres a you,come and give me a strength..


Nor Alia Atiqah Mohd Ali
i just wanna to say that 
'how lucky i am cause have you as a friend'

!!Happy Birthday Alia!!
sweet 17








Pelangi Or Rainbow??



Assalamualaikum & Salam Sayang..

Minggu ini boleh dikatakan minggu menaip entry sedunia. Kalau perhatikan dasboard aku sentiasa dipenuhkan dengan entry yang baru-baru daripada sahabat-sahabat blogger. Jadi aku pun tidak mahu turut ketinggalan untuk memeriahkan lagi dunia blog ini thats why aku terlalu rajin untuk mengupdetkan entry setiap hari walaupun satu entry. Sibuk memang agak sibuk,semua orang sibuk tapi kita sebagai manusia merangkap sebagai pelajar,pekerja or apa-apa sahaja lah,sudah menjadi tugas kita untuk mengurus masa dengan bijak. 

Orang sering memberi alasan tidak mempunyai masa untuk menyiapkan kerja yang ditugaskan tapi semua orang kena ingat bahawa masa itu sentiasa ada bersama kita Tapi kita kena pandailah mencari masa itu,ia takkan datang bergolek kepada kita. Sama juga dengan kejayaan,ia takkan sewenang-wenangya datang kepada kita jika kita tidak berusaha untuk mendapatkanya.Am i right guys??

Aku ada satu pertanyaan dekat korang..Cuba lihat gambar di bawah ini,apa perkara pertama yang terlintas di fikiran korang apabila melihat gambar ini??


Apa jawapan korang??fikirkan sendiri jawablah sendiri. Bagi aku,mula-mula lagi aku ternampak pelangi. Warna pelangi adalah warna-warni,budak tadika pun tahu itu. Tapi budak tadika tak pernah tahu bahawa aku ingin menjadi seperti warna pelangi. Yang sentiasa mewarna-warnikan langit biru yang kosong. Begitu juga dengan aku,aku ingin menhadirkan warna-warni itu dalam kehidupan seseorang yang kosong. Tapi bila aku cuba dan cuba untuk menjadi seperti itu,aku gagal di pertengahan jalan..

Perancangan yang cukup teliti aku lakukan demi mendapatkan hasil seindah sakura hancur dek kerana sifat aku yang terlalu lemah..!Lemah kerana mudah jatuh dengan tawaran dunia yanga hanya indah di luar tapi buruk di dalam..Mulai saat itu aku mula sedar bahawa bukan senang untuk menjadi pelangi dan terlalu sukar untuk menjadi rainbow.~

Berangan-angan semua orang mampu buat tapi untuk jadikan angan-angan itu satu kenyataan tidak semua orang mampu buat. Jadi tepuk dada tanyalah akal wahai sahabat sedunia ku~

13 October 2012

Tak Boleh Tidur



Assalamualaikum & salam sayang.:)

Esok,14 oktober dah..cepat sangat masa berlalu dan dalam 1 bulan lebih jew lagi aku akan tamatkan zaman persekolahan. Baru jew rasa masuk tadika. Main kejar-kejar dengan kawan-kawan,menangis kalau kena marah,gelak tak hengat dunia dengan kawan-kawan..gaduh pun dengan kawan-kawan..pejam celik pejam celik dah berlalu semua tuu,tinggal sebulan lebih jew lagi berpeluang untuk pakai uniform sekolah..

Persekolah memang sebulan lebih lagi tapi SPM lagi 2 minggu bagi aku tau..so minggu-minggu macam nie,nak lepas cikgu pun taknak rasa. Kalau boleh nak jew melekat dengan cikgu tuu..Dalam waktu yng macam nie ada tak yang masih lagi buntu nak study macam mane??don't worry,aku share dengan korunk tips yang aku pelajari untuk belajar di ambang peperiksaan nie..Senang jew nak ikut yang penting disiplin kena tinggi kalau nak berjaya ok..

LANGKAH-LANGKAH MENGURUS MASA SEBELUM SPM :
1. Bina "Planner peribadi" yang boleh ditampal dan dilihat setiap hari.
  • Anda boleh menggunakan kertas mahjong untuk menyediakan planner ini.
  • Tampal planner anda di tempat yang mudah dilihat.
  • Catat tarikh penting dalam planner tersebut seperti tarikh dan waktu peperiksaan dengan jelas.
  • Planner ini akan memberi gambaran kepada anda tentang tempoh masa yang anda masih ada sebelum menghadapi SPM.
2. Sediakan jadual belajar ’dalam tempoh peperiksaan’.
  • Anda dinasihatkan merujuk jadual sebenar SPM kerana setiap subjek mempunyai selang masa yang berbeza.
  • Isi selang masa tersebut dengan aktiviti belajar mata pelajaran berikutnya.
  • Rancang masa belajar seadilnya. Anda perlu bijak membahagikan masa kerana anda mungkin berhadapan dengan jadual yang padat. Cth : 3 subjek dalam 1 hari.
Persediaan terakhir amat penting bagi memastikan segala usaha anda selama 2 tahun berhasil dan membuahkan kejayaan .

CONTOH AKTIVITI BELAJAR
AKTIVITI 1 : MEMBINA NOTA PADAT :
  • Kumpul nota padat bagi semua subjek.
  • Dalam tempoh ini anda sepatutnya sudah memiliki nota padat yang lengkap dan memahami setiap catatan dalam nota tersebut.
  • Sekiranya tidak, anda boleh bekerjasama dengan rakan menyediakan nota padat ini.
Catatan : Teknik Bina Nota Padat
  • Nota padat ialah nota persediaan bagi menghadapi peperiksaan.
  • Dihasilkan setelah anda faham apa yang anda pelajari.
  • Terdiri daripada kata kunci / simbol / rajah / angka / gambar dsb.
  • Dipilih dan dicipta sendiri.
  • Nota tersebut dapat diceritakan semula.
  • Guna teknik AKRONIM & AKROSTIK.
  • Boleh pelbagaikan bentuk nota seperti :
    - Peta Konsep
    - Peta Minda
    - Kad Imbasan
  • Langkah-langkah :
    - Dapatkan senarai semak keseluruhan tajuk bagi mata pelajaran yang ingin dikuasai.(Tajuk-tajuk peruncingan/ ramalan)
    - Agihkan tajuk-tajuk kepada ahli kumpulan.
    - Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab menyediakan nota ringkas bagi tajuk yang diberi.
    - Gunakan kertas A4 atau kad untuk menulis nota.
    - Tulisan mesti jelas dan boleh dibaca oleh setiap ahli.
    - Bilangan mukasurat bagi setiap topik mestilah tidak kurang dari 4 dan tidak lebih dari 6 mukasurat. (bergantung pada isi pelajaran)
    - Setelah selesai tugasan, ketua kumpulan mengumpulkan nota untuk dibuat salinan pendua dan diedarkan kepada setiap ahli kumpulan.
AKTIVITI 2 : MEMAHAMI NOTA (SESSI PENERANGAN & PERSEMBAHAN)
  • Pada tahap ini setiap ahli kumpulan telah mempunyai set nota yang lengkap.
  • Pelajar yang bertanggungjawab menyediakan nota perlu memberi penerangan bagi topik masing-masing mengikut giliran.
  • Setelah semua ahli memahami isi nota, pelajar boleh melaksanakan aktiviti mengingat nota dgn menggunakan teknik berikut :
    - Pembacaan dengan menyebut (baca kuat)
    - Gambaran minda
    - Menulis semula
AKTIVITI 3 : LATIH TUBI SOALAN SEBENAR 
  • Sediakan set-set soalan tahun lepas.
  • Pelajar akan menjawab soalan secara berkumpulan.
  • Jawapan kepada setiap soalan hendaklah dibincangkan bersama-sama dan ditulis di atas kertas kajang.
  • Semua soalan mesti dijawab dalam masa yang diberikan.
  • Jika menghadapi sebarang masalah, pelajar dibenarkan melihat nota yang disediakan semasa AKTIVITI 1 atau merujuk buku teks.
  • Kertas jawapan hendaklah disimpan sebagai bahan ulangkaji dan rujukan.
AKTIVITI 4 : SIMULASI PEPERIKSAAN 
  • Pada tahap ini anda dikehendaki memilih satu set soalan tahun-tahun lepas yang telah dilaksanakan dalam AKTIVITI 3.
  • Anda akan menjawab soalan yang akan dipilih secara individu. Perbincangan sama sekali tidak dibenarkan.
  • Masa yang diberi untuk menjawab soalan adalah separuh masa sebenar. Contoh : Tasawwur Islam kertas 2 adalah 2 jam 30 minit. Oleh itu masa yang diperuntukkan adalah 1jam 15 minit sahaja.
  • Mematuhi masa yang diberi adalah penting bagi melatih anda menjawab dengan tepat dan cepat.
  • Anda sepatutnya mendapat markah 100% bagi langkah ini kerana soalan-soalan tersebut telah dijawab dalam AKTIVITI 3.
  • Rujuk skema jawapan yang disediakan dan bincang dengan guru jika tidak berpuas hati
Rajin-rajin lah korunk untuk praktik yea..selamat malam...

Hello Saturday




Hey there

whats your plan this evening??wanna join me singging??..yeah!..ninie tengah layan lagu-lagu inggeris nie..ada sesiapa yang nak join tak,hari nie kesorangan tak best sesangat..Korang kenal dengan Tiffany Alvord tak?.Penyanyi yang popular dekat itunes tu lah,kebanyakkan nye dia suka cover lagu-lagu orang dan nasib dia lah lagu yang dia cover tuu semuanya menjadi,thats why dia popular dengan mudah..!


Nie haa di T.A,dah kenal kan?hihi..cuba korang search dekat youtube lagu payphone but di cover oleh T.A..listen that song and im sure you will be fall in love with her voice..dengar ok..

thats all,short quick entry from me..bye2

12 October 2012

pimpin lah aku...






Assalamualaikum...


Malam ini,tubuh terasa dingin sangat-sangat,hati pula makin gusar..gusar memikirkan nasib diri ketika mengahadapNya kelak. 17 tahun dipinjamkan hidup oleh Nya tapi banyak yang disia-sia kan. Godaan dan nafsu terlalu kuat tapi diri ini sedikit pun tidak mahu melawan??kenapa?ma & abah dah cukup bagi didikan ditambah lagi dengan ilmu yang diturunkan oleh guru-guru tapi kenapa diri ini masih tetap berdegil??

Dia telah bagi semua yang aku impikan, kemewahan,kebahagian,ketenangan,kejayaan, 5A UPSR,8A PMR semua aku minta dia bagi..terlalu kerdil dan kejinya diri ini,sedikit pun tak pernah nak bersyukur..


Disaat memikirkan dosa yang telah dilakukan,langit di waktu malam tiba-tiba terang benderang.. Ya Allah musibah apa nie??Dalam ketakutan aku cuba lari dari situ tapi tak dapat..kaki aku tak mahu bergerak dari situ..dan tiba-tiba ada satu lubang api muncul di langit yang terang itu..

Aku nampak terlalu ramai wanita meraung dalam lubang tuu..meraung meminta pertolongan..aku tak mampu untuk tolong mereka aku cuma mampu menangis melihat semua itu..dan aku terkedu bila melihat seorang gadis iaitu diri aku sendiri ada dalam lubang itu,turut menangis,turut meraung meminta pertolongan tapi xde satu pun orang yang menhulurkan pertolongan..

Aku tersedar..ya Allah alangkah bersyukurnya aku semua nie hanya mimpi tapi kenapa harus aku mengalami mimpi itu???mungkin Allah bagi petunjuk,Allah bagi kesedaran pada aku untuk berubah ke jalanNya..Mungkin solat sahaja tanpa memahami maksudnya yang sebenar tidak cukup untuk menguatkan iman kita..Sekarang ini,aku hanya memohon kepada Allah supaya dijauhkan aku daripada orang-orang yang akan menghalang aku daripada menuju ke jalaNya..

Aku hanya mahu pimpinan darimu Ya Allah....

05 October 2012

Hidup Selagi Bernafas,Berusaha Selagi Berdaya



Assalamualaikum & Salam Sayang...serta Selamat Pagi Cinta




Wah kemain lagi panjang ayat pembuka bicara ea. Sebelum saya berangkat ke sekolah,hari nie ada kelas PAI,saya nak menaip laa sekejap.boleh kan??eh,tanya korang laa pulop,blog kita suka hati kita laa,hihi..

SPM lagi 31 hari,lebih kurang 1 month tapi bagi ninie SPM dah kira keesokkan hari. Sebelum ninie tidur,ninie always ingatkan diri ninie bahawa esok dah SPM,so ninie kena prepare betul-betul untuk menghadapi hari esok..

Kita always rasa yang kehidupan terlalu mendera kita,selalu tidak adil dengan kita tapi kita tidak sedar bahawa kita yang tidak berlaku adil kepada kehidupan. Allah beri kita kehidupan yang sempurna dan bahagia tapi diri sendiri yang pergi menjemput derita untuk hadir dalam hidup. Bila diri sudah tidak mampu untuk hadapinya kita cabuli hak Allah (membunuh diri)sungguh tidak adil kita pada kehidupan sendiri.

Berani laa untuk berubah,bukan berani untuk merubah..Selagi nafas masih ada,hidup laah cari lah kenikmatan DUNIA& AKHIRAT. Dan selagi berdaya berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah. Allah takkan kejam dengan kita. Jika niat di hati ingin berubah ikhlas keranaNya,insyallah Dia akan kirimkan orang-orang yang baik-baik untuk mendampingi kita. Percaya lah..

Ninie pun sekarang dalam proses berubah. Berubah untuk jadi lebih baik,berubah untuk jadi lebih matang. Sedang mendekati perkara baik dan menjauhi perkara yang boleh buat ninie sesat dalam kegelapan lagi. Ma & Abah ninie amanahkan ninie untuk jaga diri baik-baik,mereka percaya ninie tapi ninie lupa semua itu seketika...

Salam Jumaat

04 October 2012

Karnival Sains & Teknologi Peringkat Kebangsaan [Day 2]




Assalamualaikum & salam sayang daripada ninie:)


Karnival sudah 2 minggu melabuhkan tirai nya tapi ninie masih lagi nak bercerita tentang karnival tu dan hari-hari yang terindah ninie habiskan bersama kawan-kawan dan jugak juniour yang tersayang,ececeh tersayang ep??haha..Hari pertama ninie dekat Bukit Gambang Resort City sudah ninie story mory kan dekat entry ini. Bagi sesiapa yang belum baca dipersilakan singgah ke entry ini buat sementara waktu.

Hari kedua,hari yang amat busy sebab pertandingan sudah pun bermula pada hari tersebut. Since pukul 8 pagi lagi kiteorang dah kenal berkumpul dekat Carrybean 12 then sesi pembinaan Solar Car Race bermula. Untuk cerita sesi pembinaan ninie akan cerita pada next entry ok. Now nak cerita pasal kiteorang apabila fist time jumpa FunFair dekat Resort. Siryes tak pernah pergi mana-mana resort yang ada menyediakan pelbagai game centre nie. Game memang banyak dan kos nye jugak cantik,hehe.But we all rembat je yang mana berkenan soal duit no problem sebab cikgu bagi..kiteorang tinggal habiskan je..



Melangkah masuk ke FunFair Bukit Gambang Resort City terus terjumpa mini aeroplane nie. Jadi kiteowang amik laa kesempatan dalam kesempitan untuk berangan menjadi pilot sekejap. Kalau perasan budak lelaki nie always bergambar dengan kiteowang kan?..Rileks laa nie adik kiteowang selalu manja dengan kiteowang.huheue..


Yeah!!! set fire to the rain,lalalala. Apa ke jadah nyanyi lagu Adelle  tetiba nie kan. We all dah jumpa mainan we all. You all jangan jeles tau.Ninie tak pandai main game yang ,macam nie,ninie just suka main game like bumper car gitu laa. Ingat nak terus main bumper car tapi kiteowang kesuntukkan masa time nie. So discuss punya discuss,we decided nak datang balik malam nanti. Tapi...hampeh! we all lewat and FunFair OFFLINE :(


Disebabkan nie laa kiteowang terlewat ke FunFair and BumperCar akhirnya terlepas..hehe.Our last discussion,dekat pukul 2 pagi lebih jugak laa ninie duk apartment budak-budak lelaki nie,discuss pasal our project sama-sama.Even kategori pertandingan kiteowang tak sama tapi cara pembuatan project we all tuu lebih kurang sama. Dorang punya solar boat and ninie and friends punya solar car..


This our boss!!. haha.Cikgu Suhaimi and his wife merangkap guru pembimbing we all dekat sana. Cikgu Suhaimi act as a judge dekat sana so dia tak berapa nak ada masa untuk jaga kiteowang then his wife laa jadi guru pembimbing kiteowang dekat sana. Anak perempuan dia pulak sebagai guru pembimbing untuk solar boat. Time nie last disscusion dengan dia sebelum kiteowang memerah otak di bilik sehinggakan tidur lewat.


Actually ninie dah mengantuk nie. cover jew..Aiman memang suka tangkap gambar. Kebanyakkan gambar-gambar yang ninie upload nie semua nya dia yang tangkap. Ada bakat jadi photographer laa nie. Gambar dia nye takde. Eh2 ada,tapi satu je tuu pun nak kena ajak amik gambar sekali.


Haa nie pun kerja Aiman jugak. Suka je candid kan gambar owang. Time kena serbu dengan dorang sebab we all lambat sangat bersiap.hehe.



OMG!! ern what happen with you hah?? Alia ali what are you looking at??


Yeah!! bersama juniour yang teramatlah happening and gila-gila. Thanks you all. Sebab kan korang laa hari-hari akak dekat sana teramat lah ceria dan bahagia. Usikan korang dekat akak memang akak takkan lupakan especially time korang takutkan akak dekat bilik korang. Korang kurung akak dekat bilik korang yang bersepah tuu pastu korang offkan bekalan eletrik pulak. Gelap you know!!.Banyak laa lagi korang mengusik akak,Aiman muncul tetiba dalam kolam,Mubin jadi hantu..semua akak ingat..!


Bagi chance dekat ern main. Ninie main dah tapi kalah..sobbb..sobb..dop pandai main kita...


Aqil nak g rempit ane tuu??akak nak tumpang gak boleh??haha.. Main nye tak feeling je lebih..huheuheu


I love this pic very much. Muker ninie teruk time nie..hehe. Waktu senja kiteowang masih nak g jalan-jalan kawasan resort nie menaiki train yang sememangnya diharuskan untuk pandu sendiri..haha.ok tipu je..


And the lastly,we all akhiri hari kedua we all dekat sana dengan disscusion about presentation untuk keesokkan hari nya pulak..Lepas disscusion sempat lagi Mubin call ajak p karaoke. hihi. Ninie yang dah hampir nak tidur terus p tukar baju balik and ajak ern join dorang..hehe

Nantikan entry karnival nie lagi taw. untuk hari yang ketiga. Hari yang amat bahagia ninie bila berjumpa dengan kawan-kawan baru yang happening tapi dop sempat nak tangkap gambar dengan dorang..huhuhue..

Bye2

 
Designed by Beautifully Chaotic