Pages

30 June 2012

Perkahwinan Blogger Irine Nadia ...


Assalamualaikum & Salam Sayang

Masih ingat lagi dengan kad jemputan kahwin yang sangat kreatif nie? Nie adalah kad kahwin irine nadia,alaa blogger mashmellow yang lembut-lembut tuu. Haaa nak ceritanya kak irine nie dah selamat melangsungkan perkahwinan nya dekat Melaka kemarin kalau tak silap aku laa. 

Aku dapat tahu nie pun melalui fanpage Nisa Kay,dia ada post about kak irine punya wedding. Gambar-gambar semua all credit to , Nisa Kay,pen merah dan kak irine sndiri .Maybe lepas nie akan berlambak lagi gambar wedding kak irine.

Sis fatin liyana pun ada jugak,hehe. Of course laa ramai blogger-blogger yang femes pergi wedding kak irine nie. 


Gambar nie betul-betul menyentuh hati aku laa. soob,soob nak nangis wehy!!. Terlalu sukar seorang ayah ingin melepaskan anak gadisnya ke pangkuan seorang insan yang bergelar suami..


Nyanyi sama-sama jom,hehe. Aku sure gila time nie kak irine memang feeling betul-betul lagu tuu,hikhik
aikk,macam kenal jewp gadis bertudung ungu tuu.. Si kupu-kupu kecik yakk!!

Congrats to Irine nadia and hubby dia nama apa ntah,hehe..lupe-lupe. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Dorang jumpa kat facebook,akhirnya ada jodoh jugak. hehe

Sekian,


Syok Giler nie!!


Assalamualaikum & Salam Sayang

Bilik tidur adalah tempat yang paling kita sayangi,tempat yang selalu simpan rahsia untuk kita,tempat yang selalu kita lepak pokok pangkalnya bilik tidur adalah kekasih kita kan?.hehe. Tadi duk asyik blogwalking dekat blog-blog follower,Aku ada terjumpa satu entry discuss pasal suasanan bilik tidur kegemaran mengambarkan personaliti,so i tried,haha..result?taknak kasi tahu laa. Sekarang nie aku taknak laa buat entry pasal personaliti-personaliti bagai,nak buat entry pasal bilik tidur jugak tapi lebih membincangkan pasal bilik tidur yang menjadi keidaman aku. Ada yang taknak tahu? Dengan senang hati anda boleh keluar daripada blog nie.



Jikalau satu hari nanti ada orang yang nak sponsor aku untuk design my room,aku nak sangat bilik tidur yang berkongsepkan minimalis. Bilik tidur yang tak sarat dengan barang. Alaa bilik tidur yang macam yoo rin dalam cerita my girl tuu. Kemas dan luas. OMG! siryes selesa gila. Ok,antara aspek yang aku titikberatkan dalam pemilihan design bilik tidur adalah

1.KONGSEP
kongsep amat penting bagi design sesuatu tempat same jugak dengan bilik tidur,pilihan kongsep adalah minimalis sangat-sangat aku berkenan,relaks dan santai.

2.WARNA
yes! warna memainkan peranan penting tau. Bagi aku,dua jew warna pilihan pink and white. Sebab apabila kita letak jew warna macam nie dekat sesuatu ruang,ruang tuu akan nampak lebih luas,kalau ditambah dengan cermin besar,keluasan tuu akan lebih terserlah.

3.AKSESORI
aku tak suka sangat dengan aksesori yang banyak-banyak dekat bilik nie,cukuplah sekadar ada meja study,meja solek,katil dan almari. Thats all.


Tiga aspek nie amat aku titikberatkan bila bercerita berkenaan bilik tidur. Sekarang nie kita pakai bilik tidur yang biasa jew,yang penting bilik tidur kita ada kelambu yang lain daripada lain.hehe..

Nanti kita kahwin kan,kita nak bilik tidur macam kat bawah nie boleh tak??hehe/* belajar tak habis lagi nak kahwin pulop,gatal toll!


yang nie pun ok jugak kan awak?hehe

Sekian,



29 June 2012

Memori raya tahun lepas~

Assalamualaikum & Salam Sayang





Tengah dok skodeng-skodeng fail yang aku meletakkan gambar-gambar masa muda,terjumpa laa memori raya tahun lepas,maybe?hummpp..Ouch malu tahap gaban sebenarnya nak tempek biar melekat tak boleh cabut-cabut dekat blog nie,tapi hati nie menjerit gatal nak letak jugak. Siryes,aku time nie memang tak pandai nak pakai shawl. Haahaha,habis aku belit sana aku belit sini.


Pinky VS Reddish,who will be the winner???. Aku habis tampil ringkas seringkasnya dah hari tuu,yewla pergi raya dekat-dekat jew. Hari tuu pun panas,nasib baik laa sampai-sampai dekat rumah kawan tuu,air plus ice,fuhh! bez giler beb. Tengah panas terik aku main redah jew pastu dihidang pulak dengan air yang betul-betul buat tekak aku rasa nyaman,cool gitu..Not a digital camera coolpix wokeYs!



3 sidara yang  masih lagi tak berpunya-punya! Opss!,silap cakap, 2 jela tapi yang terbaru 1 orang lagi yang masih tidak berpunya. Ada berani masuk laa line. Time nie,siryes aku memang kaku giler,langsung tak pandai nak bagi pose yang menarik dekat camera. Takde chance nak jadi model laa nie.Haduss...







Akhir kata dari aku..semoga raya tahun nie lagi best dari tahun dulu. Puasa pun tak lagi tapi dah berangan nak raya. Puasa entah cukup ke tak.huuehue..

Sekian..

SEGMEN: Pencarian Bloglist Julai AmerCorner


Assalamualaikum & Salam Sayang 


yahh!! Join segmen lagi,. Korang join jugak laa,klik banner !!

Triumph In The Skies [drama tvb]


Assalamualaikum & Salam Sayang

Sudah pukul 12.30 pg tapi mata masih lagi dipaksa untuk buka. hehe. Baru jew habis tengok cerita my girl untuk yang ke 3 kali. Memang bez sangat-sangat cerita tuu. Ninie boleh nangis taw akibat penangan cerita tuu yang menyentuh hati. Nak2 time yoo ring and gong chan berpisah,huhhh sedih sioottt..

Itu cerita korea,sekarang balik kepada drama hong kong. Ingat lagi tak drama cina kapal terbang kat tv3 tahun 2007 dulu? Alaa yang pelakon utama nama Sam tuu,haha. konfem korang tak tahu kan. Ninie tahu semua pasal cerita nie gak. Punya laa lama ninie cari cerita nie,maklumlah kita dah tak ingat tajuk apa,mase tuu darjah 6 duk tengok cerita nie. Balik jew sekolah pukul 6 ptg terus bukak tv.. Memang fanatik giler laa..

Disebabkan cerita nie lah lahirnya cita-cita nak jadi juruterbang. Dulu ingatkan saje-saje tapi lama kelamaan ia dah memamg minat. So kena belajar betul-betul pastu jadi juruterbang. Boleh ke luar negara sokm0-sokmo.hee

Ada sape-sape yang tahu tak nak download kat mana drama nie? dekat youtube tak bez. Low quality..Tolong ninie cari ep..hehe..

Sekian..

28 June 2012

Cikgu Suhaimi~


Assamualaikum & Salam Sayang 


Macam mana ninie nak mulakan ep. Serius sebelum nie ninie tak pernah bercerita pasal cikgu-cikgu ninie dekat blog nie. Why?because ninie tak jumpa apa-apa yang boleh ninie ceritakan pasal cikgu-cikgu untuk rakan-rakan blog. Cikgu tu baik,cikgu tu garang semua nie dah biasa dah blogger-blogger dengar kan?

So today,i found a something speacial about this teacher,. He is not only a teacher but he can be a father,a friend and also an idol for me. Lama dah ninie nak create an entry untuk cikgu Suhaimi tapi ninie nak kumpul dulu cerita-cerita pasal dia yang membezakan dia daripada cikgu lain.

Kita mulakan dengan biografi dia dulu.

En. Suhaimi Bin Yusof ( Guru Cemerlang Fizik DG 54 ), dilahirkan pada 24 Julai 1962 di kampung Ga’al , Pasir Puteh Kelantan. Memulakan alam persekolahan di SK Ga’al , Pasir Puteh,  SK Bukit Puteri, Besut, Terengganu, SMK Seri Nering, Besut, SMK Padang Midin, Kuala Terengganu. Meneruskan pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia dan memperoleh Bsc.  Fizik Hons. serta Pendidikan ( 1985). Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Sains Pentadbiran Pendidikan di Fakulti Sains , Universiti Putra Malaysia(1999).  Pernah mengikuti Kursus Kepengetuaan Kebangsaan di IAB dan mendapat Sijil Kepengetuaan Kebangsaan (2000). Beliau merupakan Juru Latih Executive dan Juru Latih Utama untuk subjek Fizik. Pernah menjadi Juru Latih utama kepada Suruhanjaya Tenaga Nasional. Pernah menulis cerpen dalam koleksi antologi 1 bertajuk manisnya sengsara, antologi 2 bertajuk Delima, dan terkini antologi 3 bertajuk ke Maqam Inovasi.

Bagi ninie dia seorang yang amat berlainan dengan cikgu-cikgu yang mengajar ninie. Cara dia berfikir of course laa lain. Part nie yang amat ninie suka,dia selalu mencari idea untuk mempertingkatkan prestasi pembelajaran & pengajaran fizik. Selalunya dia akan bagi satu projek untuk para pelajar selesaikan dalam tempoh waktu yang diberi,kemuadian hasil daripada projek tu dia akan gunakan untuk mengajar dan juga melatih para pelajar belajar daripada bahan yang dihasilkan sendiri. Jarang ninie jumpa cikgu-cikgu yang mempunyai idea macam nie.

Selalunya kita jumpa cikgu-cikgu mengajar,memberi nota kemudian memberi latihan kepada pelajar. Cuba bayangkan kalau 10 orang cikgu mengajar mengunakan cara sebegitu? its something yang amat boring laa bagi ninie. Masuk kelas,buka buku,fokus and then buat latihan. Tak pelik laa kalau ninie tertidur dalam kelas. Tapi kelas cikgu suhaimi,huishh boleh masuk books of records kalau ninie tertidur tiem cikgu suhaimi mengajar. Memang ! ninie akui yang cikgu suhaimi memang tegas,selama nie ninie fikir dia mengajar terlalu tekankan pelajar-pelajar dia. Tapi lama kelamaan ninie perhatikan and fikir setiap tindakan yag dia lakukan ada tujuan dia yang pasti ia sesuatu yang terbaik untuk pelajar.

Idea cikgu Suhaimi yang terbaru. Saya tabik dekat cikgu! Serius dan jujur saya katakan yang saya memang tak pernah terjumpa cikgu yang melahirkan idea ini. Saya juga tak pernah menyangka bahawa cikgu akan bagi kepercayaan untuk jayakan projek sebesar nie dekat pelajar cikgu. Ninie nak tanya korang,pernah tak cikgu korang buat satu aktiviti like explore tapi melibatkan akademik? Kiranya bermain tapi dalam masa yang sama belajar cara-cara nak jawab soalan dan berfikir tentang pembelajaran.

Ninie rasa maybe ada tapi takkan sama dengan idea cikgu Suhaimi. Tadi pergi sekolah langsung tak belajar sebab student dalam kelas just ada 5 orang menjadi 4 orang. Yang lain semua terlibat dengan kem,ninie taknak join,and DON'T YOU DARE ASK ME WHY IM NOT JOIN?!..Time fizik,we goes to the physic lab. Cikgu suhaimi said tak perlu belajar hari ini tapi kita ada meeting. Cikgu suhaimi beritahu ninie,syaza,ern and nisa about his plan. Dia rancang nak buat satu event untuk pembelajaran di luar kelas,nak bagi suasana yang abru untuk pelajar. So dia mintak pendapat kita orang berempat how he can laksanakan projek nie. Memang satu keistimewaan dia untuk meminta idea dan pandangan daripada pelajar-pelajar bagi menyeronokkan lagi pengajaran dia. I like it.!. He guided us,so kita orang berempat and cikgu suhaimi bergabung idea untuk jayakan projek nie. Projek nie dikira agak besar laa sebab cikgu nak libatkan media.

Yang memberi panahan kilat dekat ninie nye,cikgu suhaimi berikan 100% kepercayaan dekat kita orang berempat untuk handle projek nie. Wow!! ninie tak pernah buat kerja nie,hehe.Nie lagi yang buat jantung nak tercabut,cikgu suhaimi said "murni,you siapkan kertas kerja projek nie then  present dekat saya". OMG!,macam mana cikgu boleh terfikir nak beri kepercayaan yang begitu besar dekat saya sedangkan saya sendiri tak percaya saya mampu untuk lakukan tugas nie. Tapi seperti kata seorang fasilitator ninie semasa kem dekat RTC hari tuu,"orang yang selalu dipandang hebat akan lakukan perkara yang luar biasa dari orang lain dan menerima setiap tugas tanpa memikirkan kegagalan tugas tersebut". Jadi saya terima tugas itu dan akan laksanakan dalam waktu yang cikgu beri. 

Cikgu,
Andai kata saya ditakdirkan untuk menjadi seorang guru kelak,
Saya ingin menjadi seorang guru seperti cikgu,
Seorang guru yang penuh dengan idea,
Seorang guru yang mampu lakukan semua perkara,
Dan..
Seorang guru yang mampu menjadi idola kepada pelajarnya.


Cikgu,selama nie nak sangat saya tanya soalan nie dekat cikgu tapi tak terkeluar dari mulut saya,kenapa cikgu memilih untuk menjadi seorang guru?sedangkan cikgu mampu mendapat kerja yang lebih hebat daripada itu?
Kenapa cikgu lebih memilih untuk duduk di dalam bilik yang kecil di sudut makmal sedangkan cikgu mampu memiliki bilik yang berhawa dingin,berkerusi empuk,bilik yang luas pokoknya bilik yang sepatutnya seorang yang berpengetahuan tinggi miliki?

So panjang entry kali nie..apa-apa pun dah puas hati sebab mampu menulis dan menyimpan memori cikgu suhaimi dekat blog nie.

Sekian.




note: trial dah dekat,mulai kurang bermain dan membuang masa. Masa hanya dipenuhi dengan rehat dan study.



SEGMEN : bloglist julai pencinta pink


Assalamualaikum & Salam Sayang

yes! saya masih sihat lagi dan masih lagi seorang blogger. Susah untuk saya tinggalkan dunia blog ini,hidup saya sudah sebati dengan blog ini. ececeh,melebih pulak kita.

Hari nie terjumpa lagi segmen bloglist,apa lagi kita join laa cepat-cepat.. Korang nak join jugak klik! banner jew. Ada hadiah tau untuk yang join segmen nie.

Saya jawab soalan yang diberikan oleh tuan penganjur segmen nie, "apa blog pilihan saya?"
Bagi saya, blog yang menjadi pilihan saya adalah blog yang kemas,cepat loading dan teks nye tak panjang sangat. Isi kandungan blog juga harus lah sesuatu yang menarik untuk dibaca. >_<



27 June 2012

SEGMEN : Pencarian Bloglist Julai Hazwan Hairy



Saya masih sihat lagi untuk menjoinkan diri dalam segmen bloglist julai by blogger favret saya,Hazwan Hairy.
Abg hazwan tanya berapa kekerapan saya berblogging dalam sehari? Ok,kita jawab,kita berblogging hanya dalam 1 or 2 kali yang paling maksima 3 kali laa sebab kita xde masa sangat sibuk dengan persiapan spm. Abg hazwan,doakan saya dapat straight A's ok..hehe,.korang nak join segmen nie,klik Banner!

26 June 2012

Wah penatnya~


Assalamualaikum & Salam Sayang


Seperti biasa,saya masih lagi bernafas dan diberi peluang untuk menaip di blog saya. Alhamdulillah,. Wahh kepenatan yang amat sangat hari ini. Saya baru sahaja sampai rumah pukul 4.45 petang. Hari nie balik rumah lewat sikit sebab nak kena tolong my junior dress up untuk pertandingan nasyid. Penat jugak laa. Korang bayangkan keadaan saya pakaikan tudung style tudung bawal belit-belit yang ntah saya belajar kat mana  kat dorang dalam bilik yang kecil pastu xde elektrik pulak. Kipas tak ade,gelap pulak tuu. Huh! terseksa gila tapi sabar je laa demi tolong dorang.

Alhamdulillah my junior langsung tak hampakan saya. Penat-penat lepas habis kelas terus berlari untuk dress up kan dorang akhirnya dorang bayar dengan kemenangan. Yahh!! our club PRS be the winner again. Ini adalah kemenangan yang telah club saya capai setakat ini. Masih ada berapa pertandingan yang belum berlangsung,tak sabar rasnya nak tunggu final,nak tahu adakan club kita orang muncul sebagai Club Of The Year lagi tak.hehe

Public Speaking : Johan
Choral Speaking: Johan
Syair : Johan
Sajak : Naib Johan
Penton : yang nie saya tak tahu laa awak,hee
Nasyid : Johan
Permainan Warisan : Johan
Nyanyian lagu patriotik : Ke tiga
Kuiz: We're not wins,heekk

Masih ada lagi pertandingan yang saya tak tahu. Kalau saya tahu saya akan update lagi. Badan dah penat laa,nak rest laa kejap sebelum sambung study.

Sekian.

Note : i miss him:(




25 June 2012

My Dad



Its so scary kan? Saya tahu gambar saya sudah cantik tak perlu nak tegur-tegur nak bisik-bisik. Ok,topic malam nie takde kena mengena langsung dengan gambar tu wokeyh,. Kita saje jew tuu letak gambar kita sebelum memulakan entry,yewla nak tayang mata kita uhh,mahal  kalau buat mata camtu.hueuheu

Awak-awak semua tadi kan masa kelas english kita...kita kan awak,kita.. alaa malu la nak cakap kat awak-awak semua tapi kita nak cakap jugak. Baca dialog:

Teacher: ok class,today i want all of you write an essay about co-curicular weeks festival in our school.       Please hand it your book before time up.

Teacher dah bagi arahan dan kita orang semua mulalah memerah otak nak hasilkan essay sebelum masa habis. Sambil kita orang mengarang essay,Teacher datang kat aku,Kecut perut beb! sebelum nie tak pernah pown teacher perhatikan aku..and. Dialog lagi

Teacher: Budi,i likes your essay..:)
Me: Hah?! which one?
Teacher: an essay about describe your father. I likes how you describe about your father.
Me:oh! that one,hehe. thank you teacher/*muker bajet control jew,dalam hati rasa nak melompat.

oh! bertapa riangnya hati mendapat pujian macam tuu dari teacher. Teacher aku tuu memang susah nak puji essay orang. Yang dia tahu cuma cakap essay kita orang satu kelas just 'Cerita Basi'. Hari nie first time dapat pujian macam tuu setelah berkali-kali mendapat gelaran cerita basi for my essay.

Thanks abah,because of you, i can write a better story. Thanks a lot.





A fresh air give me strength



Assalamualaikum & Salam Sayang


Buar reader yang semakin hari semakin ramai dalam blog saya,ingin saya ucapkan terima kasih banyak kerana masih sudi untuk membaca setiap coretan hidup saya di sini. Terima kasih juga kerana telah memberi comment-comment yang mematangkan lagi diri saya. 

Pagi nie paling awal aku bangun,siapkan diri untuk pergi ke sekolah. Bangun awal maka siap pun awal laa. Baki masa yang ada aku gunakan untuk keluar rumah dan melihat persekitaran waktu pagi. Yes! amat tenang sekali,terlalu lama aku tidak melakukan perkara ini. Duduk di tangga keseorangan sambil menunggu waktu pergi ke sekolah,aku memandang kosong jalan di hadapan rumah,kereta semakin banyak yang melintasi. Fikiran aku melayang lalu air mata yang dipaksa tidak keluar jatuh jua.

Ya! Aku terlalu rindukan abang aku,baru je seminggu lebih dia tinggalkan aku pergi belajar. Hubungan kitaorang memang rapat tapi selalu bergaduh. Apa yang membuat aku terkilan dan sedih adalah kurang dari 24 jam dia hendak pergi tinggalkan aku,kitaorang bergaduh. Belum sempat aku lakukan rutin yang selalu aku lakukan sebelum dia tinggalkan aku,dia telah pergi. Memang dia akan balik,tapi waktu untuk saat itu terlalu lama bagi aku. Aku penat menunggu. Telefon dia?no!! Aku tak tahu nak cakap apa kalau aku call dia.

"kak?bakpe dok sinie?"my mum wak aku terkejut giler. "saje"jawab aku sambil tersengih..

saya pergi sekolah dulu yew awak2.




Menaip lagi


Assalamualaikum & salam sayang

Dah pukul 12.15 am tapi mata belum lagi ditutup dek kerana aku yang paksa untuk terus membuka mata. Yes!! aku akui menikmati kesunyian waktu malam sambil memasang angan untuk masa hadapan adalah salah satu hobi yang selalu aku lakukan tapi jarang dapat buat./*pelik tak ayat nie??. Satu kenikmatan yang amat aku syukuri kepada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi kehidupan kepada aku. Masih lagi memberi peluang kepada aku untuk berada bersama keluarga aku,untuk merasa bahagia,untuk ketawa,menangis,dan segala kesusahan yang pasti akan ada bayaran nya,yang pasti bayaran nya adalah kesenangan dunia akhirat yang selalu aku pinta.

Diberi kesempatan untuk menaip untuk blog pun masih aku syukuri. Aku ber'blog bukan untuk mencari populariti ataupun duit tapi aku ingin lakukan sesuatu di waktu remaja aku,dan yang pasti aku tahu setiap apa yang aku tulis dalam blog nie adalah pengalaman aku di waktu remaja. Peengalaman inilah yang telah mengajar erti kematangan kepada aku.

Pelajaran? Yes,aku gagal lagi untuk capai apa yang telah aku target. Tapi kenapa? Kerana aku gagal kawal diri aku. Aku hanya tahu hal yang boleh membuat aku seronok tetapi tidak pernah mahu cari jalan yang betul untuk berjaya. Cikgu dah mula tegur prestasi aku. Dia mintak aku kembalikan kegemilangan yang telah aku buat time PMR. Mampukah aku??Insyallah,untuk ma dan abah dan demi cita-cita aku nak jadi pilot aku pasti mampu.


24 June 2012

NO MOTIF!!!!!!!!!ohh please laa..


aucakkkk!!,hambik kau kan dah letak gambar tanpa mukadimah apa-apa malam nie. Akibat terlalu kebosanan,tangan mengatal pergi belit-belit shawl dekat kepala and then kita...apa lagi?? kita tembak-tembak laa,hehe. Dah lama dah tak mengila dengan camera. Yewla kita bukan ada camera canggih cam dia tuu,kita pakai camera as easy as ABC jew./*faham-faham je la ek kita pakai camera camne,huehue.

Malam ini kan awak,kita rasa boring sangat-sangat duk kat umah,abang & adik kita dah takde dah masuk hostel dah pun,kita jew yang tertinggal dekat umah./*this is we call anak emak!. Kita nak sms dekat owang tuu,handphone kita ma bawak. So kita tunggu je laa ma kita balik.

Entah apa laa malam nie kita melalut awak kan,hehe./*suker hati la,blog kita kan. Tapi awak kan,sekarang nie dah pukul 9 malam,jadi kita nak mintak diri dulu laa,kita punye homework biology belum siap,kan pagi-pagi lagi dah kena rotan kat cikgu. Cikgu bio kita cikgu baru nie,yang lama cuti dapat baby.hehe

Bye./*sorry sebab buat korang penat membaca,hekhek


we're champion..!



Assalamulaikum & Salam Sayang


Yes! we did it.. Dekat sekolah ninie sekarang tengah berlangsung PESKO(pesta kokurikulum). Ninie just ambil bahagian dalam pertandingan Choral Speaking. Baru jew habis bertangding lebih kurang 1 jam lepas. Hehe,and the results,YES!!!! we won!!!.. Segala sakit tekak and penat berlatih memang betul-betul terbayar laa. Satu pertandingan jew ninie join,kalau masuk banyak-banyak kan takut tak sempat nak buat latihan,kelas pun makin full sekarang nie. Nasib baik laa minggu nie boleh relaks la sebentar. Sebabnya kelas this week ditanguhhkan untuk memberi laluan kepada minggu pesko.

Minggu depan lagi ninie busy because panggilan untuk pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Piala Pusinggan Datuk Muhamad Alwi sudahh dikeluarkan,. So ninie,syaza,alia and kakak lower six dah kena start ponteng kelas untuk latihan bahas. Haish,kalau ada rezeki untuk menang pertandingan bahas nie memang best sebab hadiah nya duit!!!..Peringkat negeri nie wow..Kalau johan pertandingan maybe boleh wakil negeri ke peringkat kebangsaan kot,tak sure sangat laa. Ninie tak pernah masuk pertadingan macam nie sebelum  nie. I just wakil sekolah for ppd jew sebelum nie..

Jadual memang padat laa minggu depan. Choral speaking nie maybe akan ada lagi kot latihan. Kiteorang kena  perform untuk Final pesko next week. Haissh harapnya dah tak berdebar dan tersalah sebut macam tadi.huhu.. So ambrassed me k..haha.

i have to go now,see you again
bye...

23 June 2012

Jom Chatting Bersama Remy Ishak & Shila Amzah



Wahh lama dah takde entry berkenaan artis dalam blog ninie nie,. Last keluarkan post pasal artis nie dekat dengan 2 or 3 bulan lepas rasanya.hukhuk. Back to the tittle and discussion kita pada pagi nie. Korang peminat remy and shila tak? Tak minat takpe its ok,xde masalah pown,huehue.

Untuk peminat fanatik atau bukan fanatik dua artis nie,pada pukul 1.30-2.30pm bertarikh 23&24 JUN ini korang berpeluang untuk chatting dengan dorang melalui sesi  Artis Chatz @ Mylaunchpad Movies.

Peluang ini diberikan untuk peminat bersempena rangka promosi filem Aku,Kau Dan Dia yang akan bermula tanyangan pada 28 jun ini. So korang jangan lepaskan peluang ini wokeyh. Ninie tak dapat nak join sebabnya time tuu ninie ada keje nak kena settle kan.hehe

Sekian..

22 June 2012

Rahsia tambah follower



Salam jumaat semua,

pernah dengar tak ayat nie "you follow i,confirm i follow you balik"??. Haaa tengok-tengok dah ada orang yang tersenyum dah. Maybe korang jugak pernah keluarkan status yang macam nie tak kira la kat mana-mana pun. Yang dasyat lagi sampai ada yang buat event dekat facebook semata-mata nak up kan follower dengan cepat.

Same je kita,ninie pun dulu pernah jugak buat semua tuu tapi hasilnya tidak memuaskan sebab ninie tak pandai nak promote-promote nie,lagi satu ninie agak malu nak invite-invite orang untuk follow kita.

Sebagai alternatifnya ninie ambil jalan yang simple jew tapi hasil dia wow!!! its so amazing. Hasil yang ninie tak pernah expect untuk dapat semua nie. Lepas je penat promote sana sini kita punye blog. Akhirnya ninie ambil keputusan nak join satu segment geng follower nie. Lepas je 24jam ninie join segmen tu,follower ninie makin bertambah mulanya ada 33 follower then up kepada 40 follower up lagi dari hari ke hari.

Dan sekarang nie dalam masa 4 hari ninie dah ada 93 follower. OK laa tuu kan,tak lah banyak sangat kalau nak banding dengan korang. Apa yang ninie cari adalah follower yang berkualiti yang betul-betul baca apa yang kita tulis dan bagi komen,follower yang macam tuu laa best nye.

So bagi korang yang nak tambah followe dan inginkan follower yang berkualiti,join lah mana segmen yang korang suka. Dari situ laa orang akan menyedari kewujudan blog anda wokeyh..Segmen yang tengah hot sekarang nie adalah Segmen Amer Corner nak join tekan button dekat sidebar ninie.

Sekian..

21 June 2012

Segmen Ben Ashaari Dan Saya


For the first time ninie join segmen abang Ben nie,sebelum nie ninie tahu tengok and baca jew segmen-segmen yang abg Ben buat. Malam nie tergerak hati nak join eh..

Kalau korang nak join jugak klik header abg Ben kat atas tuu jew..

Ok,abg Ben tanya,blog camne yang ninie suka baca. Jawapan ninie mudah jew MACAM BLOG ABG BEN..isi kandungan yang pendek tetapi penuh makna,santai jew tak perlu panjang last2 terbelit kang..wat penat kita baca jew..

Sekian...

20 June 2012

meituxiuxiu sehebat photoshop




hello you all,
pernah dengar kan pasal software meituxiuxiu?. kalau korang nie jenis yang suka mengedit gambar tak hengat dunia sah korang pernah dengar and guna pasal software nie kan. Ninie baru jew download and guna,tapi agak susah laa sikit nak guna sebab dia punye bahasa chinesse. Kalau dah biasa guna,ninie rasa tak susah sangat pun.

bagi you all yang tak pandai lagi nak guna photoshop,ninie suggest korang pakai laa software nie,memang superb and yang best nye kita boleyh edit gambar macam kita edit pakai photoshop. Malas nak cakap banyak-banyak, you all tengok sendiri gambar-gambar yang ninie edit pakai meituxiuxiu...

before




after





tip top kan??kalau korang nak jugak sila lah download di SINIEY.. ingat kay,china punya bahasa nie 


canon powershot A1200





setiap hari dok hitung duit yang ninie simpan,still tak cukup lagi nak beli compact camera nie. Mintak dengan parent kan tak berani sangat. Bukan dorang marah pun kalau mintak tapi ninie taknak mintak duit dengan dorang untuk beli barang keinginan ninie nie. 

Actually dah lame dah dok usha sana sinie benda alah nie,harga memang dah ok kalau dalam online shop nie but tak berani sangat nak beli barang-barang berharga kat dalam internet. Kang dapat yang tak ori rugi pulak,so jalan selamat go to Mall and cari yang ohsem punye harga.

ninie dah lama berhajat nak beli compact camera nie tapi duit tak cukup sangat. Insyallah hujung bulan nie maybe cukup sebab kita akan dapat duit banyak,hehe. Hajatnye nak beli handphone pakai duit tuu tapi bila fikir punye fikir better i buy the camera,. Handphone dah ada,. Kalau pakai dua handphone tak ngam dengan status student.

sekarang dah muktamad nak beli compact camera. Jenama camera pilihan ninie,of course Canon!. Nikon ok jugak tapi tak berkenan nak buat camne.ok jom tengok harta yang bakal jadi milik ninie tak lame lagi



antara silver and black ninie ambik colour black. ninie nie lasak cikit kalau beli warna-warna cerah,tak sampai sebulan dah nampak buruk,hehe..
cousin ninie suggest DSLR,dia nak tolong bayarka separuh tapi ninie tak pandai nak guna lagi DSLR so i better pakai compact camera dulu,bila dah pro dengan compact camera nie,kita pakai la DSLR kan. 

Ninie perasan laa zaman sekarang,remaja nie suker sangat dengan DSLR. dorang bazirkan duit banyak-banyak untuk beli DSLR tapi guna tak pandai,gaya je lebih,kalau pergi kat mall,uhh ramai yang tunjuk lagak letak DSLR dekat leher,tapi bila tengok gambar-gambar yang dorang shot low quality.

nasihat ninie kat dorang,sebelom korang pakai DSLR better korang pro dulu about photography ok. Kalau tak korang akan ditertawakan oleh photographer2 kat luar sana.ok,Assalamualaikum.



18 June 2012

Fashion Raya~





kita punya puasa belom lagi,lebih kurang lagi 2 or 3 week kan. Tapi tiada kesalahan untuk ninie update pasal fashion raya untuk tahun ini kan?. 



Tahun lepas Malaysia dilanda dengan fahion shawl,belit sana belit sini. Tahun nie pulak ninie rasa style shawl nie akan berkurangan dan diganti dengan tudung bawal. Bagi ninie,fashion tudung bawal nie lebih nice,cute,simple dan yang penting nampak kemas. Kalau shawl nie,dia nampak agak serabai sikit same with Dian Pelangi style,ninie tak berapa gemar sangat dengan style Dian pelangi.


Dari segi baju pulak,as usual la. Ramai yang akan memilih baju kurung sebagai pakaian utama. Yang berbeza nye jenis baju kurung yang akan digayakan,samada kurung moden,kurung pahang,kurung kedah and so on laa.Nak tahu lebih banyak pasal jenis-jenis baju kurung nie,korang boleh la search internet,semua ada.





Tips dari ninie untuk bergaya pada hari lebaran nanti takklah terlalu sukar,just use your creativity and mix n match. Bagi ninie,fashion yang paling simple paling best untuk hari raya. Why? sebabnya apabila kita berkunjung ke rumah jiran-jiran nanti kan,kita nak makan tu nak makan nie senang dan yang penting selesa. Bebas nak makan apa-apa tanpa risau memikirkan pakaian kita wokeyh.




Ninie lebih suka kenakan baju kurung moden plain chiffon,tudung bawal bercorak and wedges. Dan tak lupe ribbon besar ninie kat kepala sebagai aksesori.hehe..

Sekian untuk entry kali ini,bye-bye

nota: nak pergi prepare untuk berbukak puasa. i puasa ganti hari ini.

17 June 2012

CAN I BE A PHOTOGRAPHER??




musim cuti sekolah dah habis dah. Mesti ramai kan yang masih dok cerita pasal holiday and of course kenduri kendara belom habis lagi. Entry kali nie ninie tak nak cerita pasal kenduri tapi nak post gambar pegantin ok..satu dulu wokeyh,yang laen nanti ninie upload. Gambar-gambar belum habis di edit dari pelbagai aspek ok.



16 June 2012

tips elak kena ragut~



hari ini nini nak kongsi kan satu tips elakkan diri you all dari kejadian ragut. Nampak bag colour pink ninie tuu kan?. Korunk pakai laa bag korang macam ninie.hehe,konfem dah tak kena ragut. 
Time nie dok shopping dengan kawan-kawan dekat masjid india and sogo,wohhh bising gila beb suasana dia. Ninie lebih rela tinggal dekat kampung kot daripada tinggal dekat sana. Tak tahan,every secong macam-macam bunyi ada.

Sekian sahaja entry kali nie. Jangan lupa amalkan tips yang diberikan tuu ok..hehe

11 June 2012

thank you so much~




setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Yes! semua tu takkan lari lagi dari realiti hidup. Semua itu adalah lumrah hidup. Tittle entry kali nie nampak simple dan agak mengelirukan,but cuma nie sahaja cara untuk ninie luahkan dan ucapkan terima kasih yang tidak terkira buat sahabat ninie,a true friend yang ninie tak pernah jumpa sebelum nie. Seorang yang luar biasa bagi ninie, Dia merupakan orang pertama yang buat ninie terlalu kagum dan sangat respect sehingga air mata ninie jatuh. 

Dia seorang sahabat yang tidak pernah menyakiti hati orang,
seorang sahabat yang sentiasa bagi semangat,
seorang sahabat yang tahu menghargai,
seorang sahabat yang terbaik buat ninie..

ninie harap sangat dia akan baca entry ninie kali nie. Walaupun ninie tak sebutkan nama dia,tapi ninie tahu dia boleh rasa yang ninie tujukan semua nie untuk dia. Memang kiteorang tak terlalu rapat,tapi hari nie dia betul-betul buat ninie menangis kerana terlalu bersyukur punya sahabat seperti dia. yes dear,kita akan capai kejayaan bersama satu hari nanti,i promise!

06 June 2012

Segmen Team follow back by Amer Corner


sebelum pergi seminar additional mathematics ninie nak join segemen amer corner nie,hehe. Segmen yang dia buat memang best meletop. so sorry tak dapat nak panjang2 coz ninie ada seminar pulak. Ok follower ninie sekarang only 38 orang jew. Sape-sape yang follow ninie jangan lupa info ninie taw,ninie nak follow back. Klik banner nak join. 

05 June 2012

beli handphone or tablet online~



assamualaikum mak cik,pak cik,kakak,abang,adik and semua laa. Sebut je pasal online shop mesti dalam kepala  korang semua akan terbayangkan  blogshop-blogshop yang menawarkan pelbagai jenis barangan make-up,pakaian dan so on laa. Tapi pernah tak korang terbayang online shop yang penuh dengan gajet-gajet canggih?handphone?tablet? wow! kan senang kalau order then terus sampai dekat rumah. Tak payah nak susah tersesak-sesak dekat jalan semata-mata nak dapatkan benda alah nie. Alaa come on laa guys,semua dah canggih,klik and dapat,tapi jangan lupa untuk bayar ok. hehe



Korang dah tak sabar-sabar laa tu kan nak tahu online shop yang menawarkan perkhidmatan ini semua kan? Sebelum ninie cakap bagi lah ninie jadi promoter tidak berbayar dulu wokeyh. Online shop nie ada menjual pelbagai jenis handphone,memory card dan juga ipad dari pelbagai jenama. Cara pengurusan  dorang juga pantas. Setiap barangan yang dijual pasti akan ada warranty,best kan?,jadi kalau barang yang korang beli dari dorang rosak,bolehlah claim warranty tuu. Harga yang dorang tawarkan pun tak jauh sangat dari harga pasaran,ninie rasa harga sama jew dengan kat kedai tuu..


Dengan tidak ada kesabaranya ninie perkenalkan DISTROMOBILE. online shop yang akan membuat korang giler seketika.haha. jangan lupa ok untuk usha online shop tuu. k bye2.


 
Designed by Beautifully Chaotic