Pages

21 January 2013

Melangkah Ke Dunia Baru


Assalamualaikum and hello Malaysian,

Begitu lama sekali aku meningalkan dunia blog ini. Pertama sekali disebabkan abang aku nak pakai internet jadi aku jarang laa dapat online sekarang.Yang kedua disebabkan aku terlalu sibuk menjalani kehidupan yang baru. Kehidupan yang semakin mencabar fizikal dan mental,dunia yang terlalu asing bagi aku tetapi aku berusaha untuk membuang keasingan itu..Apa dunia baru yang aku maksudkan??Sudah semestinya dunia pra-kematangan.hehe.Bukan selama ini aku tak matang,no-no don't say like that tapi dunia sekarang,pengalaman yang aku dapat sekarang membantu aku untuk meningkatkan lagi kematangan diri.

Mengajar aku untuk berdikari,mengajar aku untuk bergantung pada diri sendiri bagi meneruskan kehidupan..Perkembangan sekarang aku sedang bekerja di KK Supermart Taman Medan Jaya,sebuah kedai 24 jam tapi aku ambil shift pagi sahaja,pukul 8am until 8pm. Bercerita pasal kerja ini memang banyak yang aku nak ceritakan,.ok satu persatu aku cerita..

30 DISEMBER 2012
Pada pukul 10.30 pagi aku melangkah keluar daripada rumah meningalkan keluarga dan mengikut mak saudara aku ke petaling jaya. Sedih tuu memang sedih lar,siapa tak sedih berpisah dengan keluarga,tambahan pula sebelum ini aku tak pernah berpisah dengan family..Sebelum pergi tuu,apa lagi aku peluk cium laa my mum.sob sob sob..

Satu minggu aku mengangur dekat rumah mak cik aku..Bukan senang nak dapat kerja sekarang. Pergi interview dekat kilang sampai sekarang pun takde Call.Its ok sebab kerja yang aku dapat sekarang nie lagi happy..:).4 januari 2013 aku pergi interview dekat KK Supermart MJY,kerja dekat kedai 24 jam pun kena interview tau bukan zaman dulu-dulu nie. 6 Januari aku masuk kerja. Fuhh,first day memang tak kenal dengan sesiapa pun but alhamdulilah hari  kedua aku dah dapat sesuaikan diri...


to be continue~



20 January 2013

Sekian Lama Menyepi


Hello Malaysian...

Sudah terlalu lama aku menyepikan diri daripada dunia blog bukan tak sudi menceritakan pengalaman hidup lagi tapi dek kerana masalah masa,aku terpaksa membatalkan niat untuk menaip..haish,ayat memang skema tahap makssimum betul malam nie..

Banyak yang nak dikongsi bersama rakan-rakan blogger tapi lain kali la kot..sekarang perlu tidur untuk kerja esok..take care
 
Designed by Beautifully Chaotic