Pages

21 January 2014

Back To 2013




Assalamualaikum and hollaaa Malaysia,..!!!!!


Yeah act likes 1000 years tak jumpa. Yes, agak lame sebenarnya aku tak post 1 patah perkataan pun dekat blog nie. Seolah-olah sudah me'anaktirikan' blog kesayangan aku ni. Hangpa-hangpa jangan risau, blog ni masih ada ownernye, masih hidup lagi lorh. Alright, malas nak citer panjang-panjang. Reason aku menyepi lame pun tak payah tahu. Sebelum ni aku ada janji nak post citer-citer aku masa sem 1 kan? Demi masa aku yang sangat lah beharga sekarang, i just wanna make a short story. So every single things yang aku lalui sepanjang tahun 2013 aku ringkaskan dalam entri ni, include sem 1 punya cerita.



Buat pertama kalinya dalam hidup, aku bekerja. Pembukaan 2013, aku dah ada dekat PJ. Tinggal dekat sana dalam 4 bulan ceggitu. Bagi aku pengalaman bekerja ni memang best jugak, bukan best jugak laa, best sangat-sangat. Something yang kite tak pernah buat dan tak pernah terfikir dek akal ni yang kita akan buat, then tiba-tiba kite buat. Macam unbelivable tahu, boleh pulak aku buat kerja. Sebelum nie i just tahu lepak depan tv, layan drama korea sampai nanges, yelaa layan perasaan katakan. Thats why tittle budak manje jatuh dekat aku dengan senangye. One more things yang aku boleh proud dekat diri sendiri, ceyy ade pulak bangga diri sendiri. Homesick aku sudah mampu duk jauh-jauh dari aku lol. happy giler. Sebelum kerje kan, aku memang tak boleh jauh-jauh dengan family even 2 hari pon. Takboleh langsung, but now, aku boleh berdikari,dapat kawal homesick tuu dengan jayanya. :-) Haa masa kerja ni lah macam-macam orang aku jumpa. Apa-apapun kerja memang best nak2 lagi time dapat gaji. fuhh, tak percaya pegang duit dari hasil titik peluh sendiri.


Second things,spm result. Benda nie memang. Result aku takde lah gempak-gempak. Biasa-biasa je boleh lah nak hidup.hahaha. Kalau ditanya hati ke hati memang sejujurnya aku tak puas dengan result yang aku dapat tapi nak buat macam mana syukur je apa yang ada. Dah memang tu hasil usaha aku yang tak seberapa nak rajin.hehe. Tu lah sapa suruh gatal-gatal nak join banyak event dekat sekolah, pergi event ni pergi event tu, kang dah kena.Alright, tak baik sebenarnya bukak aib sendiri.hehe. Dengan result yang aku dapat tuu tak melayakkan aku ke matrikulasi. So harapan aku upu je lah, nak buat asasi. Tapi harapan tinggal harapan upu pun tak dapat.Apa lagi, memang nanges tak hengat dunia lah. Nak bagi tahu parents yang aku tak dapat upu, ya Allah, tuhan je tahu bertapa susahnya, bertapa sakitnye. Last-last aku diam macam gituu je. Maybe rezeki dekat tempat lain kot. Dapat anugerah pelajar cemerlang tapi result hampeh.macam mana tuu. Pi tanya cikguu aku. :-P


After kecewa dengan result and finally im here.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ok, actually secara rasminya bukan dekat sini. Tapi boleh kot kalau nak cakap yang aku ni sunway uni student sebab every year kena pergi belajar dekat sane jugak. So this year aku pilih ogos untuk lapor diri dekat sane.FYI, i got a scholarships from yayasan,so thats why i'm here. Kalau nak bayar sendiri,aduii bankrap jugak aku,poket tak berapa nak penuh lagi. Mintak dengan parents? thats not my style. Maybe and majoriti agree that parents sepatutnya tanggung anak masing-masing belajar sampai habis kan?Betul tu, tapi kalau parents tuu tak mampu,anak-anak tak payahlah nak mengada-ngada paksa parents buat itu buat ini. Hey guys, you all dah besar,usaha sendiri untuk dapatkan apa yang you all nak. Trust me, bila you all usaha sendiri itu lebih berbaloi dan you all pun akan lebih menghargai apa yang you all dapat daripada hasil penat lelah sendiri. Itu yang aku rasa. Dekat sunway uni sebenarnya aku attend bridging programme je,every year ade k. Nak tahu pasal BP ni,dipersilakan baca entri-entri aku yang lepas. Aku rasa sangat bertuah dapat join program ni,dapat kenal dengan kawan-kawan yang orang kata "they are your true friends".


Raya 2013, aku sekeluarga(belah abah) ke Cameron Highlands sambut raya dekat sana. Kelakar bunyinya, orang beraya dekat kampung, kiteorang pergi bercuti. Mak saudara aku yang plan semua ni. Sebelum nie mana sempat nak pergi mana-mana. Masing-masing busy dengan kerja je memanjang. Nie baru separuh je family belah abah, still ramai lagi yang tak dapat datang. Family belah abah nie ramai giler kot sampai aku pun tak terkira. Kadang-kadang tuu tak kenal sebab dah lama tak jumpa. Kalau belah ma tuu tak ramai sangat and always jumpa. Kalau tak kenal tuu memang alasan yang tak boleh diterima kot. :-)

Officially dah jadi university student. Cerita masuk Uni buat pertama kalinya boleh  refer dekat entri yang lepas jugak. Search la kalau nak baca,malas dong mahu cerita balik.



K-A-W-A-N. Dekat mana-mana pun kita pergi mesti nak kena ade kawan kan. Mengenali diorang nie semua adalah saat yang sangat precious dalam hidup aku. Masing-masind ada karakter masing-masing,perangai sorang-sorang totally different.Hahaha. I become a diffrent person sebab diorang tahu,tapi sekejap je lah.hahaha. Sebelum nie seorang yang lembut lagi sopan(ceyy ayat membangga diri betul) tiba-tiba boleh betukar jadi tiger k. Ada lah story die. Tapi sekejap je kot i jadi tiger tak lama. Cik budiyati murni ni mana lah boleh marah lama-lama,tak boleh.tak caya? Meh spend masa dengan i tak lama pun 1 hari setengah pon jadi. Tengok dalam 1 hari tuu mana ade waktu yang i tak senyum. Always gelak always senyum k.


 Birthday party sweet 18.!!

 
 Thanks for the gift. Nak nangis kot dalam kelas, ade orang bagi hadiah hari jadi. Malu nak ambik sebenarnya. Tua-tua dapat hadiah lagi. Eh muda lagi k.


And the last of the best moments in 2013 adalah dapat peluang join Future Leader Camp. Program ni tersangatlah hebat. Banyak pengalaman dan aku banyak belajar perkara baru daripada mereka semua. Majoriti yang pergi adalah Student Reprensentative dekat Uni masing-masing and degree student. So bila berada dalam kalangan diorang rasa macam, aihh kecik nye aku. But participants yang ade dekat sini sanga-sangat profesional k. Apa-apa isu yang dibincangkan tersangatlah hebat. Best giler kot. Tak boleh cerita panjang-panjang. Next entry k.:-)


Sayonara 2013..!!!!!!!!!!!
 


 







 
Designed by Beautifully Chaotic