Pages

22 August 2013

Sebenarnya Aku

~
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Assalamualaikum & Salam Sayang

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk jari ini menari-nari di atas keyboard ini bagi meluahkan isi hati yang dari hari ke hari semakin gundah,semakin risau dan semakin takut untuk berdepan dengan dunia sebenar.

Aku,pada luaranya aku cukup berbangga,bahagia malah tidak sabar untuk meneruskan fasa seterusnya dalam kehidupan aku. Pada luaranya aku cukup kuat cukup bertenaga tetapi dalamanya aku seolah-olah terasa kelemahanya cukup takut untuk berdepan dengan kenyataan,kenyataan bahawa aku sudah dewasa sudah cukup kuat untuk membuat keputusan sendiri.

Orang disekeliling sudah mengangap aku sudah mampu untuk memilih jalan hidup aku sendiri malah mereka seolah-olah percaya bahawa aku boleh memandu kapal kehidupan aku. Tetapi mengapa aku sendiri tidak percaya pada kebolehan aku?Aku takut untuk berdepan dengan dunia realiti.

Entahlah,semakin hari idea untuk menaip entry semakin hilang.
#DoakanKesejahteraanRakyatMesir.
Share with the world:

No comments:

 
Designed by Beautifully Chaotic