Pages

14 October 2012

Pelangi Or Rainbow??



Assalamualaikum & Salam Sayang..

Minggu ini boleh dikatakan minggu menaip entry sedunia. Kalau perhatikan dasboard aku sentiasa dipenuhkan dengan entry yang baru-baru daripada sahabat-sahabat blogger. Jadi aku pun tidak mahu turut ketinggalan untuk memeriahkan lagi dunia blog ini thats why aku terlalu rajin untuk mengupdetkan entry setiap hari walaupun satu entry. Sibuk memang agak sibuk,semua orang sibuk tapi kita sebagai manusia merangkap sebagai pelajar,pekerja or apa-apa sahaja lah,sudah menjadi tugas kita untuk mengurus masa dengan bijak. 

Orang sering memberi alasan tidak mempunyai masa untuk menyiapkan kerja yang ditugaskan tapi semua orang kena ingat bahawa masa itu sentiasa ada bersama kita Tapi kita kena pandailah mencari masa itu,ia takkan datang bergolek kepada kita. Sama juga dengan kejayaan,ia takkan sewenang-wenangya datang kepada kita jika kita tidak berusaha untuk mendapatkanya.Am i right guys??

Aku ada satu pertanyaan dekat korang..Cuba lihat gambar di bawah ini,apa perkara pertama yang terlintas di fikiran korang apabila melihat gambar ini??


Apa jawapan korang??fikirkan sendiri jawablah sendiri. Bagi aku,mula-mula lagi aku ternampak pelangi. Warna pelangi adalah warna-warni,budak tadika pun tahu itu. Tapi budak tadika tak pernah tahu bahawa aku ingin menjadi seperti warna pelangi. Yang sentiasa mewarna-warnikan langit biru yang kosong. Begitu juga dengan aku,aku ingin menhadirkan warna-warni itu dalam kehidupan seseorang yang kosong. Tapi bila aku cuba dan cuba untuk menjadi seperti itu,aku gagal di pertengahan jalan..

Perancangan yang cukup teliti aku lakukan demi mendapatkan hasil seindah sakura hancur dek kerana sifat aku yang terlalu lemah..!Lemah kerana mudah jatuh dengan tawaran dunia yanga hanya indah di luar tapi buruk di dalam..Mulai saat itu aku mula sedar bahawa bukan senang untuk menjadi pelangi dan terlalu sukar untuk menjadi rainbow.~

Berangan-angan semua orang mampu buat tapi untuk jadikan angan-angan itu satu kenyataan tidak semua orang mampu buat. Jadi tepuk dada tanyalah akal wahai sahabat sedunia ku~

Share with the world:

No comments:

 
Designed by Beautifully Chaotic