Pages

05 October 2012

Hidup Selagi Bernafas,Berusaha Selagi Berdaya



Assalamualaikum & Salam Sayang...serta Selamat Pagi Cinta




Wah kemain lagi panjang ayat pembuka bicara ea. Sebelum saya berangkat ke sekolah,hari nie ada kelas PAI,saya nak menaip laa sekejap.boleh kan??eh,tanya korang laa pulop,blog kita suka hati kita laa,hihi..

SPM lagi 31 hari,lebih kurang 1 month tapi bagi ninie SPM dah kira keesokkan hari. Sebelum ninie tidur,ninie always ingatkan diri ninie bahawa esok dah SPM,so ninie kena prepare betul-betul untuk menghadapi hari esok..

Kita always rasa yang kehidupan terlalu mendera kita,selalu tidak adil dengan kita tapi kita tidak sedar bahawa kita yang tidak berlaku adil kepada kehidupan. Allah beri kita kehidupan yang sempurna dan bahagia tapi diri sendiri yang pergi menjemput derita untuk hadir dalam hidup. Bila diri sudah tidak mampu untuk hadapinya kita cabuli hak Allah (membunuh diri)sungguh tidak adil kita pada kehidupan sendiri.

Berani laa untuk berubah,bukan berani untuk merubah..Selagi nafas masih ada,hidup laah cari lah kenikmatan DUNIA& AKHIRAT. Dan selagi berdaya berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah. Allah takkan kejam dengan kita. Jika niat di hati ingin berubah ikhlas keranaNya,insyallah Dia akan kirimkan orang-orang yang baik-baik untuk mendampingi kita. Percaya lah..

Ninie pun sekarang dalam proses berubah. Berubah untuk jadi lebih baik,berubah untuk jadi lebih matang. Sedang mendekati perkara baik dan menjauhi perkara yang boleh buat ninie sesat dalam kegelapan lagi. Ma & Abah ninie amanahkan ninie untuk jaga diri baik-baik,mereka percaya ninie tapi ninie lupa semua itu seketika...

Salam Jumaat
Share with the world:

No comments:

 
Designed by Beautifully Chaotic