Pages

13 October 2012

Tak Boleh Tidur



Assalamualaikum & salam sayang.:)

Esok,14 oktober dah..cepat sangat masa berlalu dan dalam 1 bulan lebih jew lagi aku akan tamatkan zaman persekolahan. Baru jew rasa masuk tadika. Main kejar-kejar dengan kawan-kawan,menangis kalau kena marah,gelak tak hengat dunia dengan kawan-kawan..gaduh pun dengan kawan-kawan..pejam celik pejam celik dah berlalu semua tuu,tinggal sebulan lebih jew lagi berpeluang untuk pakai uniform sekolah..

Persekolah memang sebulan lebih lagi tapi SPM lagi 2 minggu bagi aku tau..so minggu-minggu macam nie,nak lepas cikgu pun taknak rasa. Kalau boleh nak jew melekat dengan cikgu tuu..Dalam waktu yng macam nie ada tak yang masih lagi buntu nak study macam mane??don't worry,aku share dengan korunk tips yang aku pelajari untuk belajar di ambang peperiksaan nie..Senang jew nak ikut yang penting disiplin kena tinggi kalau nak berjaya ok..

LANGKAH-LANGKAH MENGURUS MASA SEBELUM SPM :
1. Bina "Planner peribadi" yang boleh ditampal dan dilihat setiap hari.
  • Anda boleh menggunakan kertas mahjong untuk menyediakan planner ini.
  • Tampal planner anda di tempat yang mudah dilihat.
  • Catat tarikh penting dalam planner tersebut seperti tarikh dan waktu peperiksaan dengan jelas.
  • Planner ini akan memberi gambaran kepada anda tentang tempoh masa yang anda masih ada sebelum menghadapi SPM.
2. Sediakan jadual belajar ’dalam tempoh peperiksaan’.
  • Anda dinasihatkan merujuk jadual sebenar SPM kerana setiap subjek mempunyai selang masa yang berbeza.
  • Isi selang masa tersebut dengan aktiviti belajar mata pelajaran berikutnya.
  • Rancang masa belajar seadilnya. Anda perlu bijak membahagikan masa kerana anda mungkin berhadapan dengan jadual yang padat. Cth : 3 subjek dalam 1 hari.
Persediaan terakhir amat penting bagi memastikan segala usaha anda selama 2 tahun berhasil dan membuahkan kejayaan .

CONTOH AKTIVITI BELAJAR
AKTIVITI 1 : MEMBINA NOTA PADAT :
  • Kumpul nota padat bagi semua subjek.
  • Dalam tempoh ini anda sepatutnya sudah memiliki nota padat yang lengkap dan memahami setiap catatan dalam nota tersebut.
  • Sekiranya tidak, anda boleh bekerjasama dengan rakan menyediakan nota padat ini.
Catatan : Teknik Bina Nota Padat
  • Nota padat ialah nota persediaan bagi menghadapi peperiksaan.
  • Dihasilkan setelah anda faham apa yang anda pelajari.
  • Terdiri daripada kata kunci / simbol / rajah / angka / gambar dsb.
  • Dipilih dan dicipta sendiri.
  • Nota tersebut dapat diceritakan semula.
  • Guna teknik AKRONIM & AKROSTIK.
  • Boleh pelbagaikan bentuk nota seperti :
    - Peta Konsep
    - Peta Minda
    - Kad Imbasan
  • Langkah-langkah :
    - Dapatkan senarai semak keseluruhan tajuk bagi mata pelajaran yang ingin dikuasai.(Tajuk-tajuk peruncingan/ ramalan)
    - Agihkan tajuk-tajuk kepada ahli kumpulan.
    - Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab menyediakan nota ringkas bagi tajuk yang diberi.
    - Gunakan kertas A4 atau kad untuk menulis nota.
    - Tulisan mesti jelas dan boleh dibaca oleh setiap ahli.
    - Bilangan mukasurat bagi setiap topik mestilah tidak kurang dari 4 dan tidak lebih dari 6 mukasurat. (bergantung pada isi pelajaran)
    - Setelah selesai tugasan, ketua kumpulan mengumpulkan nota untuk dibuat salinan pendua dan diedarkan kepada setiap ahli kumpulan.
AKTIVITI 2 : MEMAHAMI NOTA (SESSI PENERANGAN & PERSEMBAHAN)
  • Pada tahap ini setiap ahli kumpulan telah mempunyai set nota yang lengkap.
  • Pelajar yang bertanggungjawab menyediakan nota perlu memberi penerangan bagi topik masing-masing mengikut giliran.
  • Setelah semua ahli memahami isi nota, pelajar boleh melaksanakan aktiviti mengingat nota dgn menggunakan teknik berikut :
    - Pembacaan dengan menyebut (baca kuat)
    - Gambaran minda
    - Menulis semula
AKTIVITI 3 : LATIH TUBI SOALAN SEBENAR 
  • Sediakan set-set soalan tahun lepas.
  • Pelajar akan menjawab soalan secara berkumpulan.
  • Jawapan kepada setiap soalan hendaklah dibincangkan bersama-sama dan ditulis di atas kertas kajang.
  • Semua soalan mesti dijawab dalam masa yang diberikan.
  • Jika menghadapi sebarang masalah, pelajar dibenarkan melihat nota yang disediakan semasa AKTIVITI 1 atau merujuk buku teks.
  • Kertas jawapan hendaklah disimpan sebagai bahan ulangkaji dan rujukan.
AKTIVITI 4 : SIMULASI PEPERIKSAAN 
  • Pada tahap ini anda dikehendaki memilih satu set soalan tahun-tahun lepas yang telah dilaksanakan dalam AKTIVITI 3.
  • Anda akan menjawab soalan yang akan dipilih secara individu. Perbincangan sama sekali tidak dibenarkan.
  • Masa yang diberi untuk menjawab soalan adalah separuh masa sebenar. Contoh : Tasawwur Islam kertas 2 adalah 2 jam 30 minit. Oleh itu masa yang diperuntukkan adalah 1jam 15 minit sahaja.
  • Mematuhi masa yang diberi adalah penting bagi melatih anda menjawab dengan tepat dan cepat.
  • Anda sepatutnya mendapat markah 100% bagi langkah ini kerana soalan-soalan tersebut telah dijawab dalam AKTIVITI 3.
  • Rujuk skema jawapan yang disediakan dan bincang dengan guru jika tidak berpuas hati
Rajin-rajin lah korunk untuk praktik yea..selamat malam...
Share with the world:

No comments:

 
Designed by Beautifully Chaotic