Pages

09 August 2012

Kenyataannya...

Assamualaikum...

Guys,lately i tweets a lot LOL..come join me in twitter,tinggalkan facebook kerana tempat itu sudah tidak seperti dahulu kala lagi. Ochh,ini bukan iklan tau just suggest untuk korang. Tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun mati. 

Hari nie saya tak pergi sekolah................:(............why?saya takut nak hadapi kenyataan. Saya tak cukup kuat nak hadapi situasi ini buat kali kedua. Saya tahu,walaupun saya lari dari kenyataan pada hari ini,saya akan tertangkap juga pada hari esok. I don't care,apa yang pasti saya perlukan masa untuk persiapkan diri saya sebelum saya menghadapi sebarang pertanyaan daripada orang lain. Situasi ini pernah berlaku kepada saya 2 tahun yang lalu tetapi saya masih kuatkan diri kerana abang. Saya kuat masa itu semua kerana dia. Dia banyak memberi inspirasi dekat saya. Bnyak bagi kekuatan kepada saya. Tanpa dia saya sudah jatuh,jatuh tersungkur dan tidak mampu untuk bangun lagi walaupun ada insan yang mahu membantu dia tidak dapat memberi keuatan yang saya dapat daripada seorang abang..

Actually,hari ini dekat sekolah ada perjumpaan ibu bapa tingkatan 5. My parents xdapat pergi disebabkan hal yang tak dapat nak di elakkan. Maybe bagi sesetengah orang perkara ini adalah perkara biasa tapi bagi ninie perkara yang sukar ninie terima but i must accept. Macam mana sakit sekalipun saya kena terima,walaupun hati saya sedih sesangat tapi saya masih memberi senyuman. Saya simpan semua ini sorang-sorang tanpa berniat ingin berkongsi dengan sesiapa. Abah,dia memang tak dapat nak pergi sebab dia dok jauh dari ninie,dia tak dapat nak balik..Dan ninie pun tak bagitahu dia pasal nie sebab ninie dah tahu apa jawapan nya. Saya taknak dengar jawapan itu. Ma,dia memang nak pergi tapi atas masalah kesihatan saya tak benarkan dia pergi. Saya takut jadi apa-apa dekat dia,event tuu mengambil masa yang lama.. Saya tak nak my mum sakit. Bila semua itu berlaku saya akan dipersalahkan. I know...

Dan kemarin,pentadbir-pentadbir sekolah ada buat perjumpaan dengan students form 5,dia minta asingkan pelajar yang parents dia boleh datang dengan sebliknya. So saya duduk di barisan paling depan yang perents students tak boleh datang. Datang pk HEM,memang bengis laa muka. Konon tegas,saya yang pertama ditanya,. Pertanyaan yang begitu kasar,langsung tidak ada ciri-ciri pertanyaan daripada seorang guru. Langsung tidak ada perasaan seorang guru. Datang bertanya dengan kasar kepada saya. Sebelum habis pertanyaan dia kepada saya,lantas saya menjawab  dengan penuh keyakinan tanpa tersekat sedikit pun jawapan daripada saya. Saya buat dia mati kata di situ. Saya buat dia sedar cara dia bertanya adalah salah. Saya berani kerana saya benar. Salahkah seorang pelajar membuat seorang guru itu mati kata-kata?Saya jawab dengan sopan dan lembut tapi kata-kata saya telah menyedarkan dia untuk bertanya dengan sopan..

Satu lagi,about pengetua. Dalam ucapan dia.dia ada cakap kalau parents sape-sape yang tak dapat datang ke majlis tuu,itu bermakna parents dia tak sayang dia. Whats nonsense hah?saya betul-betul tak setuju dengan kenyataan ini. Macam mana seorang guru yang berjawatan pengetua boleh keluarkan kenyataan kebudak-budakkan macam nie?. Saya pasti setiap ibu bapa tuu nak sangat datang tapi atas sebab-sebab tertentu mereka tak dapat nak datang. Saya geram juga nak bantah kata-kata pengetua kemarin tapi ingatkan maruah dia,saya mengalah..Tetapi walaubagaimanapun saya tetap tidak bersetuju dengan keyataan macam tuu!!..

Sekian...
Share with the world:

No comments:

 
Designed by Beautifully Chaotic