Pages

28 July 2012

The Rainy Day Is My Birthday

























Assalamualaikum...

Hampir pukul 3 pagi,tetapi masih lagi tidak terlelap. Ingin sekali merehatkan badan tanpa ganguan tapi,malam ini terasa seolah-olah saya telah kehilangan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan saya terasa kesunyian tanpa ada sesiapa untuk menghiburkan hati ini. Ya!! saya perlukan seseorang dalam hidup,seseorang yang mampu membuat saya tersenyum dengan sepenuh hati. Tapi.....hinggga saat ini,saya belum temui insan itu..Seseorang insan yang betul-betul memahami saya tanpa rasa terpaksa. Insan yang sanggup melindungi saya tanpa rasa dia perlu berbuat demikian..

Apa yang saya melalut pada malam ini,saya sendiri tidak tahu. Saya sendiri tidak memahami apa yang saya inginkan dalam hidup. Tapi apa yang pasti,saya dapat mencari ketenangan di sebalik kesejukan hujan membasahi bumi tanpa kenal erti penat.Setiap kali hujan turun,sudah pasti saya akan temui ketenangan dan kegembiraan pada saat itu. Kenapa??saya sukakan hujan,saya sukakan kesejukan yang dibawa hujan. Jika ditanya apa yang saya ingin jadi apabila diberi pilihan?. Ingin sekali saya jawab bahawa saya ingin menjadi seperti hujan..Saya ingin jadi penyejuk kepada kemarahan,saya ingin jadi penyegar kepada kelayuan dan, saya ingin jadi kelembapan kepada kekeringan.

Sama seperti hujan yang sentiasa menjadi penyejuk disaat bumi kepanasan,menjadi penyegar disaat tumbuh-tumbuhan kelayuan dan menberi kelembapan disaat bumi kekeringan.Mampukah saya untuk hadir dalam hidup seseorang seperti hujan hadir dalam kehidupan bumi?Mampukah saya menjadi penyejuk kepada kemarahan seseorang?,mampukah saya memberi kesegaran disaat seseorang sudah layu dalam hidupnya?Dan mampukah saya menjadi pelengkap kepada kehidupan seseorang?



Hujan...ia hadir disaat bumi amat memerlukanya,kehadiranya banyak membawa rahmat dan rezeki kepada setiap insan di bumi..
Tapi saya?adakah saya sentiasa hadir disaat dia memerlukan saya?adakah kehadiran saya telah membawa banyak erti dalam hidupnya?
Saya tidak mampu menjawabnya..kerana saya memang tidak ada jawapan untuk soalan itu..
Tapi,apapun jawapannya,ingin saya katakan bahawa,saya ingin menjadi seperti hujan dalam hidup awak..saya ingin menjadi seperti hujan dalam kehidupan awak. sentiasa...



Awak,jika saya bukan untuk awak,jika satu saat nanti kita tidak mampu bersama lagi. Ingat lah saya. Jangan pernah padam saya dalam kamus hidup awak walau apa pun alasanya..Ingatlah hujan yang akan sentiasa memberi kesejukan disaat awak kepanasan ini,..Dan setiap kali hujan turun untuk membasahi bumi yang kekeringan,ingatlah bahawa itu adalah hari kelahiran saya..Tak salahkan kalau saya nak cakap yang hari hujan itu adalah birthday saya?:)...

P/S: You should say "happy birthday" to me setiap kali hujan turun..boleh saya minta macam nie??heee

Sekian...
Share with the world:
 
Designed by Beautifully Chaotic