Pages

11 July 2013

YPPB Bridging Programme part 1



Assalamualaikum & Salam Sayang
[entry panjang+bergambar=tidur]
perkenalan


Alhamdulillah kenyang sudah selepas berbuka puasa,tak banyak sangat pun aku makan just minum seperti orang yang seribu tahun tak jumpa air. Mestilah minum macam tu,siapa suruh tak bangun sahur tadi kan,sekarang terima lah akibat dia.muehehe. Opps lupa nak cakap,''Selamat Menyambut Bulan Ramadhan,bulan yang penuh berkat dan keampunan,sama-sama lah kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan daripadaNya''. Hari ini hari pertama puasa,actually aku nak post satu entry pasal bulan puasa ini tapi ilmu yang ada tak cukup kuat lagi untuk membimbing ataupun membicarakan soal amal ibadat dengan orang lain. Sekadar nak copy and paste tu boleh aje,tapi aku tak nak lah apa yang aku post dalam blog ini tidak asli bukan karya aku sendiri. Dan sekali pun aku nak copy and paste pasal sesuatu topik tu,aku nak aku memahami dulu setiap isi topik itu barulah aku akan post dan berkongsi dengan korang semua.

Entry yang lepas aku ada cakap aku kena libatkan diri dengan salah satu program wajib oleh pihak YPPB a.k.a  penaja study aku yang setia dan penuh kesopanan(ayat tak boleh blah) kan?Ok program itu dinamakan Bridging program. Program ini diadakan bertujuan untuk mempersiakan diri para pemegang biasiswa tunas potensi sebelum kiteorang melangkah ke alam universiti. Pada 8 June 2013 kiteorang diminta untuk mendaftarkan diri di Sunway Monash Residence,PJ.Ya Allah,nasib baik lah dia buat dekat PJ senang aku nak minta pak cik aku yang hantar. As dirancang dan dipersetujui,semasa pendaftaran di SMR pak cik aku la yang temankan sampai lah aku dapat masuk bilik yang meletops lagi kebabomm.



Kau ade?haha. Pasal penginapan diorang sediakan tiada masalah bagi aku,semua nya meletops tak ingat dunia kejap tapi satu,kenapa tak bagi on air-cond?(ni sorang,bagi betis nak paha,ngee).After pendaftaran,masuk bilik solat semua kiteorang dikerah ke Sunway University,20 minit dari SMR jauh jugak rasa sebab pertama kali dan kawan yang kenal pun tak berapa ramai sangat masa tu.Only kenal Dayana(satu team masa interview),Intan(baru kenal masa nak gerak ke bilik) dan Ajwad(kawan Dayana dan sekarang  kawan aku jugak) sepanjang perjalanan ke SUN-U borak dengan diorang aje tapi tak banyak,you know me guys selagi tak kenal lama selagi tu aku bersopan santun dengan mereka,muehehe. Sampai dekat SUN-U masuk dewan bagai seperti biasa lah ada ucapan daripada semua kaum kerabat YPPB opps bukan semua but separuh maybe 80% kot. Sesuatu yang memeranjatkan aku petang tu,pihak YPPB minta kiteorang tulis surat luahan hati jiwa raga dekat ibu masing-masing,OMG.!, Sesuatu yang aku sukar nak lakukan,malu sebab tak biasa meluahkan isi hati segala,selalunya tunjuk melalui tindakan aje.Ape lagi tulis aje lah sambil melalak dalam hati,hujan air mata aku lah petang tu,nasib baik pakai baju kain tebal boleh dijadikan pengelap air mata.haha.lupa nak bawa tisu babe.Sesi berkenalan tu habis  pada pukul 6 petang kalau tak silap aku,then balik SMR dan malam tu tak dinner sebab tak tahu pukul berapa diorang sediakan dinner,maggi aje lah jawabnya.

Keesokkan harinya,pukul 8.30 pagi lagi kiteorang dah terpacak depan pintu SMR tunggu bas nak pergi Perakkkkkkk!!!!. For what?aktiviti lasak lagi mendera jiwa raga aku menunggu dengan penuh setia dekat sana.:). Actually untuk minggu pertama oh lupa nak cakap bridging programme ni selama 3 weeks yea,silah lah melopongkan mulut dan gelak tak ingat dunia dekat aku,tahu aku tak pernah pergi programme lama macam nie.:(. First week,kiteorang kena pergi Outward Bound Malaysia(OBS) Lumut,Perak selama seminggu untuk menjalani aktiviti lasak dekat sana,terkejut naga aku tengok paket yang diambil oleh pihak YPPB untuk kiteorang di OBS,harga setiap sorang seribu lebih babe,apa jenis aktiviti lah kiteorang akan lakukan. Aku sebenarnya,jujur lah cakap memang tak ada hati langsung nak pergi OBS tu,tak suka sebab aku ni anti aktiviti lasak-lasak,yang aku tahu aktivti lemah lembut ni aje,try bagi aktivti berphotoshoot dekat aku,hahahaha mama panggil balik rumah makan makanan bercheesy cheezah pun aku tak balik.muehehe.Sampai dekat OBS pukul 3 petang,berkenalan dengan instructor(abg Ali,Syuk,Firdaus,Alif) dan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Yong Belau(YB lah sangat,ejaan tak tahu betul tak),Bubu dan Brinchang(yeay,group aku). Waktu ni aku tak kenal sangat lagi dengan kawan-kawan yang lain,kejap lagi aku kenalkan sorang-sorang ahli group.Petang tu just berkenalan dengan warga OBS dan kawasan OBS aje.Malam jumpa dan sesi berkenalan dengan ahli kumpulan.Come,aku kenalkan dengan sahabat tersayang aku,sahabat yang banyak membantu aku,sahabat yang beharga dunia akhirat.Aku akan cuba perkenalkan mengikut urutan kedudukan malam itu(masih ingat).muehehe



1st.Rinmon(
aku ingat ejaan macam ni ''raymond'')
Ejaan nama yang unik man.haha. Berasal dari Sarawak dan memang lawak giler ah die nie,sampai aku kalau tengok dia bercakap terus sakit perut tahan ketawa apatah lagi kalau dengar dia gelar memang jem terus peru aku.Bab melawak memang dia ni lah. Dia sekarang dekat KMB,budak IB engineering lah katakan.:p



2nd.Aiman
Budak ni asal dari Pantai Dalam kalau tak silap(sedap mak nenek aku aje panggil dia budak,same umor ni weh). Muka dia,ya Allah serious tak tipu sebijik muker abang syahir,kalau Alia Ali tengok memang pengsang terus budak tu.haha(maklumlah crush zaman nakal-nakal dulu,not me Alia Ali ok).Aku tak tahu nak gambarkan macam mana perwatakan dia.Ok,korang pernah tengok drama korea Heartstrings?kenal Lee Shin?haah Aiman ni bayangan Lee Shing lah. Dia pandai main gitar,haa kena lah dengan Lee Shin.Dingin.Tapi lama kelamaan kenal dia tak adelah dingin sangat.muehehe.Buat IB dekat KMB jugak same with Rinmon.



3rd.Syarool
Aku ingat dia budak Sabah Or Sarawak beb masa mula-mula jumpa kat pendaftaran. Dia pakai seluar color-color masa pendaftaran sah-sah lah aku ingat Sabahan or Sarawakian sebab dalam fikiran aku lelaki dari sana aje berani pakai seluar color-color.Meleset.Orang Perak rupenya.Study dekat UniRazak kos ekonomi if I'm not mistaken.Dia lah partner aku masa berkayak,kasihan dia dapat partner berkayak yang kelam kabut macam aku. Sorry syahrool aku tak pernah berkayak dan jur aku cakap dengan kau,aku memang takut,fobia dengan laut atau tempat yang dalam bukan mabuk laut,aku takut serious cakap.Aku takut jatuh dalam laut,aku takut lemas,dah banyak kali aku lemas tu yang fobia. Masa abang syuk terbalikkan kayak kita dalam laut,aku nak menangis tahu tapi tahan aje aku takut kena marah dengan abang syuk.hahaha.Dah lah berkayak terlajak jauh.:)



4th.Fer a.k.a Ferbioni justin
Kawan dari Sabah bah,kudat.Study A-level engineering di KMS(same with my kawan,syaza). Fer nanti kau cari kawan aku kat KMS yea,Zaida Syaza budak medic.hehe. Mula-mula aku pandang kau kan,aku ingat kau nie seorang yang pendiam,susah nak bergaul rupanya tak eh. Sekali dia bersuara boleh tahan setiap ayat yang dia keluarkan memang best lah sembang dengan dia ni,Ummi yang selalu sembang dengan dia sebab tuu aku tahu serba sedikit pasal kau. Paling buat aku terasa nak pecah perut masa kau hilang dekat pulau pangkor malam tuu.Apasal lah kau senyap macam tuu aje,dan boleh kau buat selamba der kau tuu lepas diorang kelam kabut cari kau.Kalau aku ada masa tuu memang tak tidur sampai ke pagi lah,seram.



5th.Ken(Zakwan)
Aku tak tahu dari mana datangnya nama ken nie,nak tahu tanya tuan punya badan sendiri. Dengan dia ni aku hati-hati sikit nak bergurau,datang dia punya panas baran terus lenyap aku.haha. Takde lah garang sangat dia ni Cuma kadang-kadang tu dia agak berapi sikit tapi bersebab laa takkan nak melalak tade sebab,try lah melalak tak bersebab kalau nak try wachaa aku.(amboi berani pulak,haha).Dia ni suka melawak sikit dan suka sangat membuat spekulasi yang tak betul. Salah satu nye kes dengan aku. Boleh dia kata aku peluk dia. Sorry to say ken,aku tak peluk kau,aku just pegang  lifejacket kau je eh tu pun sebab aku takut dalam air dalam.Kalau tak fobia dengan air dalam jangan harap aku nak bergantung kat kau.haha.Selamat maju jaya lah kau dekat MSU nanti,kos ape aku lupa nak tanya.:)



6th.Azim(ustaz kecil)
Nie sorang muka macam kawan aku,Naufal.Bertubuh kecil tapi sekali cakap semua orang boleh diam,kau pernah masuk debat ke Azim?cara bercakap macam bekas pendebat aje.Dia ni boleh dikatakan gentleman la berbanding dengan yang lain sebabnya biarlah jadi rahsia aku dengan ummi.hahaha. Apa nak cakap pasal kau eh,banyak sangat yang boleh diceritakan tapi susah nak tulis takut tak faham.huhu. Apa aku boleh cakap aku bangga lah dapat jumpa kau sebagai sahabat aku. Jujur aku cakap aku terkejut lagi tersentuh hati ni bila tengok kau baca al-quran atas bas even bas tu banyak bergerak kau still jugak baca dengan khusyuk.Kau tak sedar pun aku dengan ummi tengok kau baca al-quran sampai nak nangis.Insaf.haha.Satu lagi aku kagum dengar cara kau bercakap dengan parent kau kat phone malam tuu,serious gila,penuh hormat betu.Study elok-elok kat KMB dengan Rinmon and Aiman,style rambut kau cantik sekarang.muhehe



7th.Atilia(DJ tak berbayar)
Kalau tak ade dia memang sunyi sepi group kiteorang.Dia memang tak pernah letih bercakap,satu minggu ada dekat OBS dia lah penghibur nya,tukang lawak satu geng dengan Rinmon,sakit perut aku weh korang buat.Opps satu gelaran untuk kau ,Rapunzel versi moden yang penuh dengan kelincahan dan kerancakkan.haha. Rapunzel zaman dulu tak ade lah banyak cakap macam kau. Tapi aku terhibur lah dengan kau suka mengusik buat orang ketawa semua.Best giler lah. Dia sekarang tengah menunggu untuk mendaftarkan diri di UNITAR kos ape lupe jugak nak tanya. Hati-hati lah Najwa Latif bersedia untuk jatuh takhta popular anda.hahaha



8th.Aida
Kenal kau baru aku tahu kewujudan sekolah bernama SAMURA(sorry kalau salah eja),Sebelum ni aku tak pernah dengar pun nama-nama sekolah macam tuu. Bila kau sebut SAMURA,aku nak tanya ape maksud tapi tak jadi malu weh.hhahaha. Bagi aku kau seorang yang  tegas kot,nampak garang dan agak lepas jugak kalau cakap tuu.hehe. Kadang-kadang aku terasa jugak dengan kau tapi aku buat tak tahu je.Aku jenis yang tak suka dalam hati.Kalau ada terasa dengan siapa-siapa ,lagi aku try buat baik dengan kau. So far tak ada masalah dengan kau. Budak A-level dekat KMS jugak nie,bakal engineer.:)



9th. Ain
Same sekolah dengan Aida. Aku bangga dapat kenal kau. Banyak cerita dan latar belakang kau buat aku tersentuh. Aku tak sekuat kau Ain. Tabik ahh dekat kau. Satu lagi nak cakap cara berjalan kau sama dengan kawan baik aku.Sekarang ni dia hilang tak tahu kat mana,hilang  tanpa dapat dikesan.haha. Kau dapat kat mana aku lupe.hehe(lupe je memanjang).



10th. Bibi
Tak sangka jugak dapat jumpa orang satu negeri,satu daerah pulak tuu,kawan dia kawan aku jugak rupanya.haha. Abang pun sama universiti dengan abang aku,sebilik pulak tu(dah melebih cakap ni). Suka dengan Bibi cakap,suara yang unik,laju je dia cakap.Ado maso nati kito lepok mache deh.(dah keluar bahasa kelantan,faham tak?,)satu geng dengan Atilia kan?study dekat UNITAR?Habis lah Najwa Latif nanti.



11th. Dolly
Dia terkenal dengan ke cute tan nya,semua orang geram nak cubit-cubit pipi dia termasuk lah budak yang tengah menaip dengan khusyuk nye ni sambil layan lagu kasih jangan pergi berjuta kali.ngee. Dolly bakal surgeon tahu  jangan main-main dengan dia kang dibedah nye tak ingat dunia mati nanti.muehehe. Aku tabik arh dekat dia sebab dia tabah je bila terima berita kematian saudara dia masa kiteorang kat OBS. Kalau aku?jangan ditanya,meraung nak balik lah. Dolly bakal sambung belajar dekat UCSI foundation in science.



12th.Angel
Yeay!!!we got HELP uni student in the house. Bakal student sebenarnya sebab HELP UNI daftar 2nd september,lambat lagi geng dengan aku lah. Nama dia memang kena betul dengan muka dia,Angel. Bakal Peguam ni weh. Aku dulu ada jugak terniat di hati nak jadi lawyer sebab minat sangat tengok cerita mandarin kat TV2.Fuhh hensem giler kevin chan jadi lawyer.haha. Angel ni minat menyanyi kot. Kalau korang dengar dia nyanyi,confirm tak nak dengar dah taylor swift aku nyanyi.Suara dia memang best.



13th. Iqa
Nie sorang kuat bergambar. Ustazah-ustazah tak sangka pulak suka posing depan kamera.haha. Haaa ni nak cerita,iqa ni pernah buat nyawa aku nak melayan beterbangan bebas di udara bagai tak nak balik dah. Mana tak nya,dia ambil kamera dari aku katanya nak copy semua  gambar. Keesokkan harinya datang bilik aku cakap gambar semua dah hilang. Makkkk aih lemah lutut ni dengar dia cakap macam tu. Nasib baik ada penyelamat dia.gambar semua dapat balik. Kalau tak ada gambar tu,tak dapatlah  aku nak buat entry untuk korang.muehehe. Apa-apapun its ok iqa,gambar dah dapat.Janga risau,tumpukan perhatian anda di MSU yea.


14th. Ummi
Tak nak cakap banyak pasal Ummi sebab nanti nak buat entry khas untuk dia.muehehe.tak janji bila eh tapi insyallah ada. Kenal dia memang syok la. Satu kepala dengan aku. Muka sama dengan kawan aku jugak nih,Atiqa Mokhtar. Segala rahsia kita kongsi bersama kan Ummi.hhaha. Macam-macam benda sengal kita buat,menangis,ketawa semua bersama kan.Tahniah lah dapat tukar kos.Dari A-level engineering UCSI ke Foundation in Science di CUCMS.Katanya tak nak jadi engineer sebab tak nak bersaing dengan lelaki.Apa-apa je Ummi,buka farmasi sendiri nanti kasi ubat free lah eh.



15th.Mahani
Ahli group Brinchang terakhir,Mahani here.Garang jugak Mahani ni kadang-kadang,aku pun kecut perut dibuatnya. Selamba rock die aje tegur Atilia depan abang Syuk hari tu,kalau aku jangan harap nak buat macam tu. Kalau lah Atilia mengamuk hari tu tak ke naya semua orang.hahaha. Tapi Atilia takkan buat macam tu,aku jarang tengok dia marah bukan jarang lah memang tak pernah. Mahani akan sambung belajar dekat UNITEN,sorry lupa lagi kos apa dia ambil. Saya ada kawan dekat UNITEN,nama Amirul Solihin. Hensem.hahaha.

Selesai jugak review sorang-sorang kawan aku yang banyak buat hidup aku bahagia seolah-olah dapat bunga lilly setaman(ayat sengal dah datang). Panjang pulak entry kali ni,ingat nak cerita pasal pengalaman kat OBS yang banyak mendera mental dan fizikal aku. Next entry kot aku cerita pasal tu semua,sebab hati ni dah tahan nak baca Novel My Precious Iris.Malam-malam baca novel memang best,feeling lebih.haha.Ok guys jumpa di next entry.:)Nak letak gambar aku la satu,gambar aku tak ada pun.muehehe




Share with the world:

No comments:

 
Designed by Beautifully Chaotic