Pages

23 July 2013

I Love You Stupid !



''AKU IRIS THE DIVA. PEMBUNUH SENYAP LELAKI TANPA BAYANG!
 I'M BAD AND I'M DANGEROUS!''

'' SAYA NAK INSPEKTOR IRIS  DIGARI  DAN DIHUKUM KERANA  TELAH MENCURI
HATI SAYA. SAYA DAH X-RAY TUBUH INSPEKTOR IRIS,SAYA NAMPAK HATI SAYA BERADA DALAM HATI INSPEKTOR IRIS''

''SIR! HOW COULD YOU! MENGODA SEORANG GADIS DI BAWAH UMUR''

''BUKAN DI BAWAH UMUR,GADIS DI BAWAH SEDAR,DIBAWAH PENGARUH KURANG CERDIK!''

''SELAMA INI SAYA MERASA SEPI DAN TIDAK BERPUNYA. TIBA-TIBA SAJA RASA ITU MENGHILANG BILA SAYA MULA BERISTIGHFAR..''

Masih ingat dengan kata-kata di atas. Kata-kata yang sunggup pedas berapi namun mampu melembutkan hati sesiapa sahaja yang membacanya  dengan hati yang ikhlas. Sebelum ini aku tak banyak sangat buat review novel-novel nie sebabnya i'm not so fanatic terhadap novel-novel nie. Aku hanya baca novel yang betul-betul best,jalan cerita yang jelas,logik,dekat dengan kehidupan harian aku dan yang penting cara penulisan yang boleh memberi kesan terhadap diri aku. So,dengan bangganya malam ni aku nak umumkan bahawa novel  I LOVE YOU STUPID ! BY MELUR JELITA sebagai novel yang paling best,paling meletops,paling berkesan lagi terkesan di hati aku selain daripada novel Andai Itu Takdirnya by Siti Rosmizah.

Bagi korang yang masih ragu-ragu dengan cerita aku,meh aku buat review sikit-sikit pasal novel nie seperti mana yang aku faham. But,sebelum tu,nak lah tayang sikit novel kesayangan aku abad ini. Original gambar daripada aku sendiri. Tidak di copy paste daripada mana-mana sumber.Perkenalkan...


NOVEL I LOVE YOU STUPID ! KARYA ASLI DARIPADA MELUR JELITA.

Sebuah karya yang penuh dengan kisah kemanusiaan. Cerita bermula daripada seorang gadis muda yang masih mencari-cari identiti dirinya dan juga jawapan kepada rasa sunyi dirinya. Iris,seorang anak jutawan,gadis yang nakal,suka mengoda namun bukan sebarangan lelaki boleh mendekatinya. Kehadiran lelaki yang bernama Firman Ebrahim dan juga misi nye ke kemboja telah mengubah kehidupanya serta-merta sekaligus memberi jawapan kepada rasa sunyi nye selama ini. Kehidupan di kemboja banyak mengubahnya menjadi seorang manusia yang matang dan menghargai kehidupan. Tanpa dia sedari juga dia telah jatuh cinta kepada bodyguardnya sendiri,Firman Embrahim!. Tetapi Firman selalu melayani nya dengan kasar dan menyakitkan hati. Mampukah iris bertahan dengan perangai Firman?bagaimana pula dengan Aidan? semuanya bakal anda tahu setelah membaca novel I Love You Stupid !. hehe



Ececeh,review macam sinopsis novel pulak. Kalau nak tahu banyak lagi,aku sarankan korang dapatkan novel ni,memang best boleh timbul rasa keinsafan dalam diri. Ada masa nanti aku review karya Melur Jelita yang lain pulak wokeh!
Good night uoolls

Share with the world:

No comments:

 
Designed by Beautifully Chaotic