Pages

20 July 2013

YPPB Bridging programme part 2 (OBS)




Assalamualaikum & salam sayang

I try to make short and quick entry sebab mata dah mengantok(makan banyak mase sahur punya pasal). Anda disarankan untuk tidak meniru saya,tidur lepas sahur.muehehe. Ingat lagi entry INI?. Cerita pasal aku pergi YPPB bridging programme leteww. Tuu yang part 1 punya,isu pengenalan lah katakan,ye dopp?.Now,I wanna to tell uolls about my experience mase dok dekat OBS selama 7 hari yang penuh cabaran. Orang tuu pergi sana dengan hati yang tak rela balik pun lagi hati tu tak rela dong.sape?aku leteww.

Cakap pasal OBS nie,korang tahu ke OBS tuu ape?Tak tahu takpe,aku pun same macam korang jugak dulu-dulu. Bila YPPB cakap aku kena pergi OBS(dalam fikiran tuu dok pikir apa ke jadah OBS ni,18 tahun hidup tak pernah dengar). Internet ada tak guna untuk search benda ni bila sampai sana mula lah nak meraung bagai nak runtuh segala mak nenek nak balik(pada mulanya)

Kiteorang bergerak ke Outward Bound Malaysia,Lumut ,Perak  pada 9 june 2013 dalam pukul 10 lebih kurang sampai dekat sana pukul 3 petang. Lame jugak tu,cuak dengan sendiri dalam bas dah lah tak kenal sape-sape lagi except  Dayana. Sampai sana terus dibagi kepada 3 group.Aku dapat instructor yang paling best kot,melawak aje tapi tegas jugak woooo,jangan main-main dengan abang shuk.Aktiviti pertama kiteorang dekat sana adalah rafting,kiteorang kena buat rakit sendiri menggunakan batang paip kot,besar giler then buat perlumbaan dengan group lain,dapat nombor two!!.Gambor untuk rafting tak ade:(

Petang lepas rafting tuu kiteorang buat praktikal jungle  tracking,cari arah,baca peta,bearing semua lah. As usual,aku memang agak kurenggg sikit bab-bab jungle trekking, nak taknak  terpaksa redah aje lah. Aku dok belakang aje sepanjang praktikal tuu sampailah kiteorang jumpa ini.

Lepas jumpa permandangan ini,baru lah aku sedar yang kiteorang dah ada dekat puncak. Puncak tuu weh,. Pandangan kawasan OBS daripada atas. Mula dari sini lah aku start aktiviti photography aku. Thanks to my gojes,hot and sexy canon.muaaaachhs. Actually tak adelah teruk sangat OBS nie seperti kepala hotak aku gambarkan. Sesuai sangat bagi sape-sape yang nak tenangkan fikiran sambil melakukan aktiviti lasak.



Kami tak stop lama dekat atas puncak sebab risau lambat sampai dekat OBS. Bukan dia nak stay dalam hutan sampai ke malam. Tak sanggup gua.!. Time nak turun puncak tu agak sulit sikit sebab jalan tu agak cerun dan kalau salah langkah memang akan berguling jatuh ke bawah.muehehe. Tengok je Aiman,Angel,Dolly and Atilia turun tuu penuh kesopanan dong.Ekcelli baru perasan dorang ni berpakat ke pakai baju color putih semua?.Alhamdulillah kiteorang tak ambik masa yang lama untuk lakukan praktikal ni lebih kurang satu jam lebih aje.Keadaan hutan pun clear aje.Tak penat pon.Keeokkan harinya kiteorang bakal menghadapi jungle trekking yang sebenar di dalam hutan yang sebenar-benar hutan.


Here we come. Teluk Batik kami datang!. Wajah-wajah ceria sebelum memulakan pendakian dan jungle trekking kami ke teluk batik. Nampak beg besor gajah tu?Beratnya memang azab giler,aku tak pernah pikul beg yang gila berat macam nak bunuh orang aje. Bukan beg aje kena bawak tapi satu gelen air mineral kena bawak kat tangan lagi. Ya Allah,tuhan aje tahu penderitaan aku.wuhuhuu..



Pendakian kami yang pertama,selepas berjalan memasuki kampung,lebih kurang 600 0r 700 meter daripada OBS kampung tuu. Dengan beg yang berat macam gajah tuu cuak jugak berjalan,lambat jugak berjalan tuu. Sampai penghujung kampung abang shuk cakap jungle trekking kami bermula di situ. Terkejut segala mak nenek,kecut perut semua ada bila tengok bukit kat depan mata aku. Dalam kepala otak aku dok bayangkan hutan yang landai dan penuh dengan khazanah alam(like hutan fantasi,muehehe)Meleset segala andaian dalam hati berdoa agar tak banyak puncak yang bakal kami daki,Alhamdulillah,abang shuk cakap 3 puncak aje.Alah kacang aje,3 puncak je pun bukan 10 puncak.:)Daki aje puncak yang pertama,semput weh. Tinggi bebenor.Check point yang meti kiteorang sampai semuanya 7 or 5,aku tak ingat sangat sebab penat sangat so tak banyak tanya dan cakap.:)


Last picture aku shoot dalam hutan sebab badan dah betul-betul penat dan tak berdaya,makan tengahari pun aku tak larat,nak pegang sudu pun x kuat weh,makan sikit aje. Badan semua dijamah pacat sesuka hati aje aku biarkan sebab takde kuasa nak melawan. Kalau aku kuat memang tinggal tak tinggal apa-apa lah pacat tuu aku kerjakan. Gambar dekat atas tuu kiteorang dah sampai kawasan landai,berhenti rehat kejap. Masing-masing jalankan tugas untuk mencari jalan yang betul.Aku?tak payah cakap,lesap terus.Berhenti tak lama,teruskan perjalanan.Aku ingatkan 3 puncak aje,4 puncak rupenya.Dan puncak yang ke 4 paling azab,buat aku tergolek,terpelanting kat bawah sampai nangis-nangis.Badan rasa macam lumpuh semua. Mana tak nya,9JAM kami berada dalam hutan,naik turun bukit yang tak pernah bertolak anur dengan kami.Akhirnya kami selamat sampai dekat teluk batik pukul 6.15 petang.Sampai dekat campsite aku terus pergi mandi,nak check semua badan agar bebas daripada kerakusan pacat.muehehe


Orang kuat kami sepanjang jungle trekking yang penuh cabaran sampai lembik aku dibuatnya. Kalau tak ade dorang tak tahu ape jadi dengan kiteorang dalam hutan tuu. Sampai saje dekat campsite,dorang tak rehat pun,mandi pun tak terus tolong dirikan khemah dan hidupkan unggu api untuk keperluan kiteorang.(sweet tak dorang:p).Special thanks to Rinmon,Aiman,Azim,Ken, tak lupa jugak syarool dan Fer.Tulang belakang kiteorang sepanjang berada di OBS.



Yeay! bersih sudah. Dah mandi,dah check badan(bebas daripada pacat jahanam). Selesai mandi,selesakan diri semua,pergi tolong dorang hidupkan unggu api dengan niat di hati nak lari daripada gangguan mr and ms nyamuk.

Aku tak boleh nak cakap ape pasal gambar ni. Candid picture,of course taken by me. Lelaki yang masak,perempuan semua dok cekak pinggang sambil bagi arahan,itulah dunia sekarang.muehahaha. Sedap tahu dia masak,tengah lapo kan semua sedap. Aku memang tak lah kalau bab masak,bukan tak pandai just tak ada keyakinan nak bagi orang makan masakkan aku.Kiteorang makan dengan penuh selera sebelum hujan datang menyapa tanpa diundang. Hujan lebat malam tuu,habis barang kiteorang basah,khemah semua masuk air. Nak tak nak instructor kena bawak kiteorang pulang ke OBS malam tuu jugak.Kiteorang balik naik van,dan paling menyakitkan hati perjalanan balik hanya mengambil masa 5 minit sahaja.OMG!.Tak jadi nak camping dekat teluk batik buat penat je datang,9JAM tuu dok dalam hutan.


See,wajah-wajah ceria kami di hari-hari yang seterusnya. Kami tak jadi camping dekat Teluk Batik but kami diberi peluang untuk camping di PANGKOR ISLAND!!!, dan yang menyeronokkan lagi kami pergi ke pulau pangkor naik kayak uolls,kami berkayak selama satu jam mengharungi lautan yang luas. Unbelievable,yang aku mampu berkayak dalam laut yang luas dari OBS ke pulau pangkor.Thanks untuk syarool jugak sebab bagi semangat dekat aku sepanjang ekspedisi berkayak dengan dia. Kalau kiteorang jatuh dalam laut tuu aku orang pertama akan sakitkan telinga kawan-kawan dengan jeritan nyaringku.mehehe.Camping dekat pulau pangkor adalah pengalaman paling menyeronokkan dalam hidup aku.Best,fantastic!


Selepas dirikan khemah dan berperang dengan monyet yang nak ambik makanan,we need lakukan rapeling(entah betul tak eja tu).Aktiviti yang nak sangat aku lakukan tapi tak berpeluang sebelum ini. Serious uolls seronok sangat-sangat.Kiteorang group terakhir buat rapeling.:)


Abang Shuk tengah tolong Rinmon pasangkan tali keselamatan. Rinmon first person yang buat rapeling,cepat giler dia turun,tak takut ke.Turn aku yang ke lima,maybe.

Sebelum rapeling,mesti pose dulu dong.Kalau tak pasti tak best. Muka-muka excited nak buat rapeling. Tak sabar nak turun cepat-cepat sebab nak mandi laut yang betul santek dimata sejuk di hati.

Satu-satunya gambar aku buat rapeling.sobs..sobs..sobs. Gambar banyak rosak. Gambar aku letew yang banyak rosak,gambar orang lain semua selamat tahu. Rapeling tak adelah menakutkan sangat. Mot important,we need to stay calm,relax and cool tak payah nak takut sangat percaya dekat tali keelamatan tuu. Time 90 darjah kena hati-hati sebab tali keselamatan boleh menyebabkan jari kita tersepit.Pantas jugak kot aku buat rapeling ni,


Inilah pulau pangkor,pandangan dari atas. Memang ku akui deh,aku betul-betul jatuh cinta dengan pulau pangkor.Hope will come back again,with husband,maybe(amboi gatal meh,baru 18 tahun dah nak kahwin).


Sesi memasak bermula,tukang masak kiteorang still same,Syarool. Cuma bezanya,ramai yang membantu kali ini. Kiteorang tak lama camping dekat pulau pangkor keeokkan harinya,pagi-pagi lagi dah bertolak balik. Lena aku tidur dalam khemah malam tuu. Selimut aje tak bawak.muehehe.


Lepas aje balik dari pangkor,petang tuu group kiteorang ditugaskan untuk masak(bakar ayam aje). Mula-mula aje nie aku buat-buat rajin lepa tuu lesap,pergi join dorang menyanyi.


Haa nie sesi latihan first terus akhir untuk perform malam nanti,malam penutup bersama Raja Azura.Kiteorang nyanyi lagu Count On Me by Bruno Mars. Aiman memang giler gitar kot aku rasa,tak boleh jumpa gitar mesti nak petik. Angel,suara dia best wooo.


Makanan yang kami sediakan dah siap,hahaa. Aku tak pandai nak hias-hias makanan ni bagai. Yang aku tahu santap aje. Sos kuning tuu best,nak kata cheese bukan. Tak tahu lah ape benda,memang sedap,sebab tuu aku ambik banyak sos kuning tuu,makan dengan roti.


Sesi fotografi yang terakhir di OBS daripada kami,lepas buat performance. Time ni semua orang berwajah ceria except Rinmon. Aku tak tahu lah ape kena denga dia malam tuu. Tak buat lawak pon. Penat baru terasa.maybe.

Alhamdulillah,habis jugak task daripada YPPB di OBS untuk aku jalankan. Pengalaman di OBS sangat beharga bagi aku. OBS banyak mengajar aku erti,kesabaran,sahabat dan tidak pentingkan diri. Paling best dekat OBS lah.Kami balik ke Sunway Monash Residence pada 15 june 2013 dengan wajah yang ceria.:)Sampai aje dekat SMR,launderette penuh dibanjiri YPPB scholar.muehehe.















Share with the world:

1 comment:

Laksamana paan said...

gambar yg last tu nice sgt edit dia.. haha.. (y)

 
Designed by Beautifully Chaotic