Pages

02 December 2012

Syampu Safi menyegarkan

Assalamualaikum & Salam Sayang





Wah,selesanya kepala sekarang nie..Aku baru sahaja selesai mandi. Hari ini badan letih sesangat.. Habis kelas ekonomi tadi dalam pukul 1 tengah hari. Dalam keadaan matahari terpacak dekat atas kepala aku bergegas pergi pasaraya bukanya dekat beb,kena ambil teksi dulu baru sampai. Teksi pulak kalau pukul 1pm memang nasib lar kalau ada..Tapi alhamdulillah,aku tunggu dalam 15 minit macam tuu ada jugak teksi,nak tak nak sampai jugak dekat pasaraya.Tunggu apa lagi,sepantas kilat laa pergi cari barang nak masak untuk lunch dekat abang aku..

Kali ini nak review sikit syampu yang aku dok pakai kat kepala nie. Dah lama dah pakai,tak pernah tukar pun sebab syampu nie amat sesuai untuk gadis bertudung macam saya.:)syampu apa yang aku dok kecoh sangat nie??

Harga syampu nie murah sahaja,dalam RM10 ke bawah untuk botol yang besor tuu..Even murah hasilnya amat menabjubkan. Selepas sahaja pakai syampu nie,rambut memang akan lembut,wangi sudah semestinya sebab ia di rumus dengan limau purut. Apa yang best nya,kulit kepala akan rasa sensasi sejuk selepas kita syampu rambut pakai syampu bio nutrix nie..

Dirumus dengan Ekstrak Limau Purut yang mampu mengurangkan kelumumur serta kegatalan kulit kepala disamping menyegarkannya. Anda akan berasa selesa tanpa rasa gatal-gatal.
Formulasinya lembut serta ringan, disamping haruman yang menyegarkan, ianya sesuai untuk wanita bertudung.
Hasilnya kulit kepala lebih segar dan rambut lebih menawan.

Yang tuu desricption dekat laman web safi.com..Apa yang aku nak promote sangat syampu ini adalah keistiewaanya yang memberi rasa dingin dekat kulit kepala.. Rasa rileks sensangat kepala nie. Hilang seketika segala masalah yang ada..:)


Share with the world:

No comments:

 
Designed by Beautifully Chaotic