Pages

22 September 2012

Kejayaan Datangnya Dari Cinta & Usaha



Assalamualaikum & salam ukhuwah..

Hidup tidak akan bererti andai keseronokan jadi tujuan. Menjadi lumrah manusia untuk berbuat kesilapan tetapi sesiapa yang pandai menjadikan kesilapan itu satu pengajaran dia lah sang juara yang abadi. 

Kealpaan seringkali mendampingi diritanpa di pinta dan tolak. Kenapa terlalu sukar untuk berubah ke arah kebaikan dan kenapa terlalu mudah untuk hanyut dalam dunia kealpaan. Ok,itu kata-kata diri ini yang tidak pernah untuk menyakinkan diri sendiri bahawa,perubahan itu satu kenikmatan yang amat mudah dicari andai cinta terhadap Allah swt & rasulullah saw melebihi segala-galanya.



Kejayaan seringkali di impikan oleh semua manusia,ia satu impian untuk dimiliki tetapi berapa peratuskah yang benar-benar mencapai kejayaan??Rata-rata mengimpikan kejayaan menghampiri mereka,tapi adakah mereka sendiri berusaha untuk menyapainya??tepuk dada tanya lah sang hati.!

Cinta,.Sudah terlalu ramai umat nabi Muhammad SAW hanyut dalam cinta dunia. Bukan mahu mengeji jauh sekali membenci tapi mahu megingtkan bahawa bercinta lah sesama manusia hanya kerana Allah bukan kerana nafsu..Diri sendiri sudah terlalu lama tejebak dalam cinta dunia tapi lama kelamaan,hidayah Allah menjengah di suatu petang ketika diri sedang lena di atas tilam.Pada waktu itu,hanya Allah yang tahu bertapa takutnya hambaNya. Hanya linangan air mata jadi peneman ketika menyedari HidayahNya. Sesungguhnya Allah maha penyayang. Kemabalilah kepadaNya,mohon keampunan dariNya,Insyallah kejayaan yang cukup sempurna pasti kita miliki...
Share with the world:

No comments:

 
Designed by Beautifully Chaotic