Pages

30 May 2013

HER by LYNDAROSLAN



Hollaa Fashionista!!!!



Guess what???Dah terang lagi bersuluh aku say holla Fashionista of course laa entry kali ni nak story mory about fashion. Hijabista. Pernah dengar nama LyndaRoslan? Bagi korang yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia hijab ni aku sure korang mesti kenal dengan empunya nama hakak LyndaRoslan kita ni. Actually aku pun baru nak kenal-kenal dengan hakak Lynda ni sebabnya dia adalah duta kepada Ronasutera minera powder kesangan haku tuu. Tapi hari ni tak adalah nak cerita pasal produk ronasutera:). Nak tahu pasal bedak ronasutera korang minta tolong hencik Google aje.

Back to the main topic. HER by LYNDAROSLAN adalah nama kepada online shop hak milik penuh oleh hakak lynda sendiri btw kalau tak silap haku laa dia bekerjasama dengan Aizul Marcello a.k.a husband hakak lynda kita ni merangkap jugak abang kandung sweety blogger Irine nadia marcello. FYI online shop ni ada menawarkan berbagai jenis tudung,shawl,syria yang mempunyai pelbagai corak seiring dengan perkembagan dunia hijabista sekarang. Apa yang menjadi favourite aku sendiri adalah corak shawl yang ditawarkan di online shop hakak lynda ni memang sesuai untuk di mix and match dengan pelbagai color baju. Tuu yang best. Lain kali tak payah nak pening-pening kepala nak mix and match baju dengan tudung sebab koleksi tudung hakak lynda sangat membantu. Antara koleksi beliau adalah
jeng
jeng
.
.
.
.
.
.


Shawl Nazeera yang diperbuat daripada chiffon high quality. Pendapat aku lah tentang shawl Nazeera ni amat sesuai untuk kaum-kaum hawa yang daripada pelbagai peringkat umur, saiz dia pun tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecik. Sesuai sangat dipakai untuk pelbagai event dan paling aku suka material dia tidak terlalu nipis dan jarang kalau dipakai. So tak perlu risau lagi leher terdedah ke hape,.:) Shawl Nazeera boleh di dapati dalam pelbagai warna. Jangan risau warna-warna yang disediakan oleh hakak LYNDAROSLAN ni amat sesuai dengan citarasa si pencinta Hijab. 


Untuk korang yang sukakan shawl bercorak macam iolls, aku cadangkan korang borong je shawl khadeeja ni sebabnya corak-corak yang ditampilkan bukan corak-corak biasa tahu. Corak-corak sebegini bagi aku laa susah sikit nak cari ditambah lagi dengan warna yang disesuaikan dengan corak sebegitu. Tips untuk korang,kalau nak gayakan shawl bercorak better padankan dengan pakaian yang plain untuk mengelakkan penampilan korang nampak messy..




Tudung bawal dan juga tudung Afrina pun ada. Pokoknya dekat HER by LYNDAROSLAN korang boleh shopping pelbagai jenis tudung dan yang paling aku suka sangat-sangat tersangatlah suka sebab hakak lynda kita sediakan semua tudung yang menutup dada. Thats mean selamat walaupun aku kadang-kadang main rembat aje tudung yang kecik-kecik. Tapi sekurang-kurangya aku dah ada inisiatif untuk bertudung yang menutupi dada. :)

 Kesimpulanya, tudung yang dijual di online shop HER by LYNDAROSLAN adalah yang bertepatan dengan syarak serta cute dan up-to-date :).Korang tunggu apa lagi klik laju-laju link di bawah dengan harapan dapat menghabiskan duit sebanyak mungkin untuk bergaya dengan tudung hakak lynda..:)Happy Shopping uolls..












Share with the world:

No comments:

 
Designed by Beautifully Chaotic