Pages

28 May 2013

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang



Annyonghaseyo 

Wah kita dah mula cakap korea laa.. Sejak akhir-akhir nie aku memang dah terkena demam korea. Sebelum nie aku takde lah fanatik sangat dengan segala benda dari korea nie. Layan drama-drama korea tuu adalah tapi tak banyak sangat sampai boleh di kategorikan sebagai fanatik fan. Tapi sekarang lagu-lagu beast,snsd,hari(gwiyomi) and banyak lagi lah dah mula melekat dekat bibir nie hah.. Drama korea dalam masa 2 hari boleh habiskan. Teruk tak teruk sekarang...haha

Back to the main topic,actually aku nak cerita lah serba sedikit tentang majlis anugerah pelajar cemerlang yang diadakan bertempat di sekolah aku sendiri SMK Machang. Alhamdulillah untuk yang ke dua kalinya aku telah terpilih sebagai penerima anugerah pelajar cemerlang di sekolah aku. Kali nie untuk kategori SPM laa memandangkan umur kita dah meningkat naik but not tua. 2 tahun lepas dan dipilih sebagai penerima anugerah pelajar cemerlang untuk PMR..

Majlis bermula pada pukul 2 petang tapi untuk mengelakkan kelewatan untuk pendaftaran kitaorang should be there 30 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Memang cuak giler masa nak pergi majlis tuu.

1st : aku agak lewat diberitahu pasal majlis nie,so persiapan memang tak sempat buat langsung. Baju main rembat je daripada edisi-edisi tahun lepas.
2nd : cuaca yang panas terik apabila sampai dekat majlis tuu and apa lagi muka aku buat hal terus,natural make up terus hilang. *sigh* 
3rd : terpaksa tunggu ucapan alu-aluan daripada pihak sekolah yang memang lame giler..

MAPC tamat pada pukul 5 petang. Nak balik still awal lagipun my cousin tak dapat jemput lagi.. Dengan masa yang ada dan serba sedikit kelengkapan its time for mini photoshoot..

TALENT *tak berbayar* : Scha watie,Nik nur alyani,Cheera moramoon and Ninie kamarudin
PHOTOGRAPHER : Random
PHOTO EDITING : Niniey kamarudin

This picture diambil oleh Luqman,kitaorang rembat dia sekejap. Pencahayaan memang tak cantik sangat sebab cuaca mendung macam hujan dah nak turun je..


See that..haha nampak tak permainan dia di situ???. Kedudukan memang diaturkan sebegini bagi menampakan ketinggian segenit NK.wuhuuu...



Pencahayaan waktu nie memang menyakitkan hati betul ditambah pulak dengan kreativiti editing aku yang semakin berkurang. Serious aku cakap aku dah tak ada idea sangat nak buat kerja-kerja mengedit. Baru je tinggal XTVT nie beberapa bulan terus hilang segala idea. Nampak gayanya terpaksa luangkan masa yang lebih dengan hencik photoshop..


My favourite picture. Dalam banyak gambar yang kiteorang ambil petang tuu hanya gambar nie satu aje yang bagi aku kepuasan untuk membuat kerja editing. Thanks for my sweety buddies scha and alyani for coopration..

Gambar memang banyak kiteorang shoot petang tuu tapi tak berapa berkualiti so biar kita simpan aje laa eh.. Kawan yang terbaik adalah kawan yang sentiasa ada di kala suka dan duka. Seorang sahabat yang sejati tidak akan pernah meninggalkan sahabatnya di dalam kesusahan. Untuk kawan-kawan aku yang dah menjejakan kaki ke matrikulasi ataupun universiti semoga terus maju jaya..:) Budi akan menyusul kejap je lagi.weheee.. Mungkin tak ada rezeki kali ni. Insyaallah rezeki tuu akan datang samada cepat atau lambat..Good Luck eh guys..

Salam Sayang






Share with the world:

No comments:

 
Designed by Beautifully Chaotic