Pages

29 November 2012

syazwina peguam yang harus dikagumi~

Assalamualaikum & Salam Sayang


sumber:karangkraf.com




PERWATAKANNYA NAMPAK LEMBUT. NAMUN, SETIAP AYAT YANG KELUAR DARI BIBIR GADIS KELAHIRAN KUALA LUMPUR INI SEMUANYA BERISI DAN BERNAS. KATA GADIS PETAH INI, UNTUK MENJADI SEORANG PEGUAM YANG BERJAYA, DIA HARUS BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENDAPATKAN APA YANG DIA MAHU.
Nama penuh: Shazwina Binti Ahmad Mazli
Umur: 22 tahun
Jurusan: Sarjana Muda pengajian Undang-Undang dengan Kepujian
Tokoh dikagumi: Tun Dr Mahathir Mohamad

Itulah prinsip yang selalu dipegang oleh Shazwina Ahmad Mazli, pelajar jurusan undang-undang di tahun kedua Universiti Teknolgi MARA (UiTM) ini. Menurutnya, kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya, begitulah perumpamaan bagi mendapatkan sesuatu kejayaan kerana ia tidak akan datang bergolek. Kalau tidak berusaha, maka tidak akan ada hasilnya. Walaupun terpaksa bertukar aliran, gadis manis ini percaya ada hikmah yang berlaku di sebaliknya.
Tukar Aliran
Bercerita tentang jurusan yang diambilnya, kata Syazwina, asalnya dia adalah pelajar jurusan Sains tulen dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor seperti ibunya. Namun, hatinya lebih terdorong ke arah bahasa kerana ayahnya seorang pensyarah bahasa Inggeris di UiTM. Selepas tamat Matrikulasi, dia mula menimbang tara keputusan dan akhirnya memutuskan untuk mengambil jurusan yang bukan berasaskan sains kerana hatinya sudah tiada dalam bidang tersebut.
Akademi Dan Kokurikulum
Untuk aktiviti kokurikulum, dia menyertai sukan memanah tetapi belum pernah menyertai apa-apa pertandingan kerana masih di peringkat permulaan. Selain itu, dia juga menyertai mooting iaitu satu ko-kurikulum akademik khusus untuk pelajar undang-undang di mana ia seperti satu perbicaraan di mahkamah di mana dia perlu mewakili klien sebagai seorang peguam dan membentangkan kes. “Saya menyertai pertandingan mooting pertama sebagai wakil UiTM iaitu dalam pertandingan International Humanitarian Law Moot yang dianjurkan oleh ICRC atau persatuan Bulan Sabit Merah  Antarabangsa di Universiti Malaya pada bulan November lepas. Kumpulan saya berjaya ke peringkat akhir dan memenangi pertandingan itu,” ujarnya ceria.

Impian Setinggi Gunung

Gadis berbintang pisces ini memang suka merencanakan masa depannya walaupun masih di peringkat awal. Sekiranya berjaya mendapat keputusan yang bagus selepas mendapat Ijazah, dia berhasrat untuk menyambung pelajaran kursus profesional undang-undang di UiTM iaitu LLB Honours selama setahun kerana pelajar undang-undang harus mengambil kursus ini jika mahu menjadi seorang peguam.



Share with the world:

No comments:

 
Designed by Beautifully Chaotic