1.Tukar Password Blog
Ini adalah yang paling asas yang boleh kita lakukan iaitu menukar password blog supaya menjadi lebih kuat dan sukar untuk diramalkan oleh orang lain.Untuk menghasilkan password yang kuat,korang perlu gunakan format begitu:-
- Mempunyai lebih dari 8 alphabet(huruf)
- Mempunyai Uppercase dan LowerCase
- Mempunyai number
- Jangan gunakan password yang berkaitan dengan diri anda seperti nama,tarikh lahir,no tel dan lain-lain.
Contoh password adalah seperti berikut: SyLaHIrPadATAhun1989
Adakah orang akan penyangka kita akan menulis satu ayat sebagai password kita?tidak kan?Mereka pun susah nak jangka dimana agaknya uppercase @ lowercase.Jadi terdapat beribu-ribu kemungkinan yang ada di dalam ayat diatas.Itu contohlah.
2.Tukar Password CPanel
Bagi yang menggunakan selfhosting,pastikan korang menukar password CPanel supaya mereka tidak boleh masuk ke dalam CPanel korang.
3.Buat Full Back-Up
Bagi mereka yang menggunakan wordpress,korang boleh buat full back-up melalui CPanel korang,pergi ke menu back-up dan klik pada full back.Lepas siap buat back-up,pastikan korang download back-up berkenaan ke Desktop masing-masing.Jika apa-apa yang berlaku,korang masih back-up yang telah didownload itu.
4.Export Entri
Selain daripada Full Back-Up,kita juga boleh membuat teknik ini.Kita export semua artikel kita ke desktop menggunakan menu Tools.Nanti kita boleh import semula entri itu ke blog kita.
Jika susah @ tidak tahu membuat kerja-kerja back-up ini,korang boleh hubungi hosting provider korang untuk mintak tolong daripada mereka.Insya-Allah,mereka akan tolong korang semua.
1 comment:
syukur dh dapt blik..satu lg wan nak pesan..jgn sesekali klik link yg kita tak tahu..dan jgn pepandai nak masukn pasword or email kalau ade link yg suruh verify kecuali dr blogspot sendiri..
fishing sekarang nie akan dtg secara random terhadap mangsa..tak kisah lah pasword tu sekuat mana pun..tetap jugak kene godam kalau kita lalai..email blog jgn dikongsi k..
Post a Comment